Korang baca nie,
Hot Air Ballon Fiesta 2010
Semalam acara penutup bagi Hot Air Balloon Fiesta 2010, so aku pun pegi lah untuk mengisi masa lapang petang semalam. Sampai sana dalam 10 minit je dari umah. best kan!. Cari parking pun senang. Diorg dah provide banyak tanah lapang untuk parking.
Cuaca yang sangat panas terik
Kenangan bersama belon. Jadilah kan!
Cuaca sangat memberangsangkan, so disebabkan aku malas nak pegang payung, so ktorg pakai cap je. Senang kan. Bawak backpack yang dalamnya ada botol air beso dan sangat sejuk okeh. Aku dah prepare semua F&B dari umah. So senangkan.
Cantikkan belon2 angin nie ek!
Satu je belon ade masa nie
So startlah journey ktorg, berjalan dari satu section ke section yang lain. Sambil tu mata melilau mencari belon beso yang sangat2 gorgeous itu, tapi x de. Ishk pelik plak aku rasa. Tetiba mrBig buka mulut, belon lom sampai lagi, petang sket baru ade lah kot. Berjalan to each section sangat memenatkan sebab ramai orang sedang sibuk tawar menawar segala bende yang ade dalam kawan bazaar nie. Yang paling laku sekali korang nak tau ape? Bazaar Crocs lah. Diorg boleh jual 4 pasang RM50. Haruslah orang2 yg suka membeli-belah nie
seperti aku singgah tempat nie kan. Bebudak kecik sukerlah coz diorg ade tempat nak berhurah2, banyak playground yg cam belon pun ade,petting zoo dan macam2 lagilah.
Tengok betapa ramainya orang tunggu nak amik gambo belon2 nie
Sambil nak tunggu belon nie sampai, ktorg duk bersantai bawah pokok kat sini sambil peratikan gelagat orang2 yang datang kat sini. Pelbagai rupa, bangsa, corak pun ade. Tapi yang datang dengan camera dlsr yang canggih2 tuh memang banyak.
Kepala si darth vader nak mengembang
Cuaca semakin redup, so lagi ramailah yang bersantai2 bawah pokok tu kan, tetiba ade anouncement yang mengatakan belon nie akan mengembang. Ishk aku tertipu sebenarnya. Rupa2nya belon nie ada ade kat situ, cume diorg kat pasang lagi. So start diorg pasang, so one by one kembang2, tapi angin semakin kencang, diorg still cuba lagi mengembangkan. Kan situ aku dah nampak si darth vader tu start kembang.
Gelap giler kan, siap dengan ribut petir sekali!
Kembang punye kembang. bedebush hujan turun bukan main lebat lagi. Bertaburan orang ramai lari, macam kene kejar dengan dinosaur plak kata mrBig. Ktorg sampai kat kete x basah sangatlah. Masuk dalam kete trus, bukan main gelap lagi siap dengan ribut petir lagi tau. Tunggu punye tunggu memang confirm x berhenti hujan nie. Then trus je ktorg balik.
Hampa memanglah hampa tapi nak salahkan sape. Aku rasa pihak pengajur patut kene sediakan back-up plan jika jadi kes2 cam nie. Tengoklah betapa ramai orang hampa x dapat tengok belon2 panas nak cantik nie.
Apa-apa pun aku tumpang tengok gambo belon2 nie kat blog orang lain. Nak buat cam ne kan. mr Big cakap lain kali pegi ari sabtu, at least kalau hujan sempat lagi pegi hari esoknye kan.
p/s: itulah dia pengajaran kan. Tapi sampai skrg aku stil sakit nau hati sebab x dapat amik gambo dgn darth vader. Kalau korang camne? sakit tak ati?