Hi Korang,
Semalam ada keje sket kat G-Tower Jalan Ampang tuh. Dari pagi ada seminar sampailah ke tengahari. So abis je seminar, ada lah sket jamuan makan. Alah simple2 je dishnya but semuanya healthy.
Ada bridge kat 28th floor ni. seram sejuk nengoknya
Yang bestnya seminar kat Mezzanine floor tapi lunch kat 28th floor, The Club Bridge Bar. Hah ko memang cantik betul tempat ni.
Simple Buffet Table
Tempat makan yang syiok
Deco pasal sejarah Malaysia
Deconya simple dan menariklah. Susunan meja teratur je so tak de lah orang serabut sangat nak pilih tempat duduk kan. So sambil makan dapatlah enjoy tengok KL view dari tingkat 28.
Tengok apa aku makan :-
Salad yang pelbagai jenis
Dessert yang menambat hati
My perfect lunch - semua ada
Sket je amik dessert
Simple je kan. Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari tuh. Rasanya dish yang simple lagi sedap di makan. Aku siap tambah lauk halibut masak lemak tuh. Pedas.
Dessert Creme Brulee plak aku bedal sampai 3 sudu sebab sedap dan tak berapa manis sangat.
Ampang Park
The Intermark Building, KL
Jalan Ampang yang selalu jem
Volkswagen Building, Jalan Tun Razak - kecik je
Tak sangka memang cantik KL dari 28th floor nie. Redup nya dan angin pun sepoi2 bertiup kan.
Thks to Ms Loh dan Nutrition Society of Malaysia.
CLP notes : Nanti nak ajak Mr Big makan kat sini lah. Boleh layan view cantik lagi.