Showing posts with label Gila Masak. Show all posts
Showing posts with label Gila Masak. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Cekodok Udang Geragau

Morning korang,

Korang mesti kenal cekodok kan? Sedap apa makan time sarapan pagi. Cekodok nie memang jadi makanan sarapan ktorg bila time cuti nie. Maklumlah senang, pas tu kenyang sampai ke tengahari.

So ari nie cam biasa, walaupun aku baru balik dari opis tadi coz ade urgent case kat site yang bos aku suruh datang gak, aku tetap akan masak cekodok nie. Tapi ari nie letak udang geragau sket. La korang tak kenal udang geragau ke? Meh aku tunjuk kan.

Bukan udang baso lah, udang geragau nie kira cam anak2/cucu2 udang lah.

So sekarang dah start masak la ek:-


So tak sempat nak ambil gambo time bancuh tadi. Tengok licin semangkuk beso aku buat kan! NIe salah satu favourite mrBig nie.

Dah dalam kuali . Cantik kan?  Bukan kuali aku lah, tapi cekodok tu lah. Ishk korang nie lah

Tapis dulu minyak kang kolesterol aku naik nanti, sapa nak jawab? Aku gak yang susah kan.

Kene buat kopi dulu, yang beso untuk mrBig. Yang kecik tu akulah yang punye okeh!

Itu dia sarapan bagi orang2 yang malas cam ktorg pagi nie. Apa macam? Lazat tak?

So hopefully dapatlah bagi inspirasi kat korang yang tak tau nak buat sarapan apa kan. Simple je nie.

Alamak tak letak lagu lah, sebab asyik terlupa nie. Lain kali la ek!


Friday, April 23, 2010

Kerang Rebus

Salam korang,

kerang rebus. apa yang best tentang kerang rebus nie ek?

Sedap dimakan panas2. Bagi aku kalau makan kat luar. Mesti ade appetizer kerang rebus. Sedap oo kene plak dengan sos yang ala-ala pedas tak pedas kan.

Setiap orang cara rebus kerang lain daripada yang lain. Macam aku sebelum kawin, pas aku basuh kerang tu, aku letak halia dengan bawang hiris kemudian aku tenggek kat dapur sampai mendidih then trus tutup api. Tapi bila dah kawin nie, mrBig suruh aku masak lain cara plak. Masukkan air dalam periuk, kemudian bila betul2 dah mendidih yang kaw-kaw sampai membuak tuh, masukkan kerang kemudian trus tutup air. Dia suka makan half cook, sedap tambah darah katanya.

Tapi kawan aku si Milah dot com plak, cara masak dia pelik lah sket. Dah basuh kerang tu bersih2, didihkan dengan air atas dapur, tunggu sampai kering. Then baru leh angkat. Ermm jawabnya sampai kapanlah aku tak dapat merasa kerang rebus kau la milah dot com.

Tapi yang pelik, kenape aku cerita pasal kerang rebus ek? Aku nak lawan K ina KL ke pasal masak-masak nie ek? Tak la. Sebenarnya aku mengidam nak makan kerang rebus tapi malam nie ktorg ade jamuan teh diraja anjuran JMB umah aku so tak dapatlah makan kerang rebus. So tangguh jelah niat nak mkana kerang rebus nie ek!.

By the way, cam ne korang rebus kerang ek?

Monday, March 22, 2010

No Sweat

Salam mesra yang ku berikan,

No sweat? ko tau ke ape? Tiada peluh lah. Ishk tak kan itu pun tak tau, kalau tak tau gak pegi kat Google Translate. Nanti keluarlah, apa maknanya kan.

Nie pasal peluh nie, biasalahkan semua orang berpeluh. Kalau tak peluh tu tak tau species apa plak tu kan.

Tapi orang berpeluh nak banyak kategori. Ada yang peluh tapi tak berbau dan ada yang berpeluh tapi baunya ya allah boleh pengsan lah. Pas tu plak, tak semua orang kuar peluh kat tempat yang sama, ada yang kepala je peluh2, ade yang ketiak basah dan ada plak yang satu badan basah disebabkan peluh.Agaknya hormon x berape stabil kot kan

Nak2 mrBig, ya allah dia nie memang kuat peluh. Kejap je dah peluh, kekadang tu pas mandi pun dia boleh berpeluh. So far kalau dia berpeluh taklah busuk sangat lagi kan. Kalau busuk gak. aku suruh je dia pakai nie.

Tapi dia memang pakai barang2 dari Adidas pun. Selain dari toiletries, baju, seluar, kasut semuanya Adidas. Maklumlah orang sukanlah katakan.

 
Apa-apa pun, aku nak promote kat korang jangan lupa tengok Project Alpha Season 2 nie. La korang tak tau ape bende nie, hah korang click kat sini:-

Korang tengok dulu, nanti korang tau lah project apa nie tau! Project nie start bulan April 2010 nanti.Project nie dapat tajaan P1wimax dan MAS (dapatlah aku terbang2 ke awan ek) dan dipersembahkan oleh Adidas Action 3 (ermm bertambah2 lah wangi mrBig kan!)
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1wimax and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

p/s: pics credit to Google.com

Friday, March 12, 2010

Alangkah nikmatnya kalau...

Ermm petang2 cam nie, elok buat apa ek, selain keje? Ermm apa lagi, makanlah kan.

Alangkah sedapnya, kalau dapat makan cocktail pudding tu kan. Aku penah buat sekali je, ikut resipi kat internet nie. Memang jadi memang sedap. Tapi kalau korang nak suruh aku buat balik, confirm aku tak tau langsung cam ne nak buat kan.

Nantilah, aku surf2 cari resipi nie ek. Tepek kat sini bagi air liur korang meleleh sket.

p/s: korang, ade next gath, nak suruh aku buat pudding nie gak ke?

Wednesday, March 10, 2010

Cendol Sedap di Waktu Petang

Salam bahagia,

Cendol, adalah sejenis manisan yang sungguh sedap dan enak di makan di waktu petang yang cuacanya tengah panas mencarak yang peluh2 menitis cam air hujan.

Sebenarnya aku manalah pandai buat cendol nie. Nie semua mak aku lah yang ajar. Dia nak ajar cara buat cendol sendiri, tapi aku cakap tak payahlah. Ajar cara yang paling mudah dan cepat untuk makan cendol nie.

So dia pun tunjukkanlah cara membuatnya.

Memula sekali:
mesti ade cendol

masak gula kabung/gula melaka sampai cair

Santan kenelah perah dulukan, kemudian barulah dicampurkan cendol yang di tapis tadi

pas tu campurkanlah dengan gula melaka tadi

inilah cendol

tapi gambo cendol yang dalam mangkuk tu aku amik kat google, sebab cendol yang dah siap di decorate tu dah kene sambar dengan model aku yang paling setia iaitu mr. Big. Dia nampak je trus amik bawak makan kat bawah pokok depan umah mak aku ari tu.

Yang best tu, lepas dia tambah 3 kali, trus masuk bilik dan tido. Korang tengok, tak ke macam ular sawa kan? ishk...

p/s: mrBig memang cam tu, dia suker makan. la korang jeles ke??

Thursday, February 11, 2010

Pasal Ayam Kenny Rogers

Bukan aku makan kat kenny rogers malam tadi. Tapi aku masak panggang sendiri okeh ayam tuh.

Itu bukan aku okeh. Sumber dr Google

Semalam balik awal sebab air con opis kene trip. Dah bersauna free aku dalam bilik aku nie. Dah lah tak de tingkap nasib baik ade exhaust fan so kira sejuk sketlah. Sket je okeh, tempat lain panas.

So sesampai je umah, trus kuarkan ayam. Pas tu blank tak tau nak masak ape. Then trus on PC, online jap masuk blog K Ina KL. Then ternampak plak Ayam Kenny Rogers dia tu, macam sedap je lah so apa lagi berlari2 anak lah aku dapur ke bilik entertainment tu, ke hulur ke hilir nak menengokkan resipi tuh.

Nasib baik semua bahan ade, tapi ayam aku dah siap potong kecik2 la plak. Ala tak perlah, 1st time nak cuba kan, bedal jelah. Sambil menyanyi2 aku pun memblenderlah apa yang patut. Pas tu terus memfacialkan ayam2 tulah. Dah siap trus masukkan dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Pas tu prepare side dish lelain plak, takkan makan ayam je, dah macam musang plak aku rasa kan?

Ayam Hitam Kenny Rogers berserta Baked Potato Bercicah Garlic Butter & Nuggets Sebagai Pembuka Selera

Lebih kurang dalam 2 jam aku ke hulur kehilir kat dapur tu, so siaplah makanan untuk dinner aku. Ishk lambat plak mr Big nie balik, aku dah lapo nie. Tengok ayam hitam nie meyelerakan sungguh lah. Baked potato tu aku belah tengah letak garlic butter spread then aku goreng nuggets sket. Wah! mane tak gemuk badan aku nie.

mr Big yang balik dengan muke penat dia trus bertukar jadi cam jadi musang bile nampak ayam tuh. Trus merenggek2 kat makan. Ishk cam bebudak betul lah. Pas tu dia leh cakap ape? ari2 nak makan ayam kenny rogers bole tak??

p/s: K ina, resipimu ini sungguh sedap walaupun aku masak boleh jadi hitam. Hah, korang bile nak cuba plak? sedap ooo

Tuesday, December 29, 2009

IceCream Float Coktail

Cuba bayangkan tengah panas2 nie dapat makan ice-cream float coktail.
Ermm lazatnya..

Nak buat? ala senangnya. hah cepat2 amik pen dgn kertas, salin cepat.


Bahan-Bahan : korang tengoklah gambar nie. Ice-cream,vanila coke, fruit coktail


Memula cari satu cawan yang besar untuk korang gunakan. Tengoklah cawan nie, macam modelnya jugak.


Bukak fruit coktail tu, then masuk kan kedalam cawan. Ikut suka, nak banyak ke nak sket ke kan.


Kemudian, tuangkan vanila coke dalam cawan tu, ikut suka gak


Pas tu, cedok ice-cream ke dalam cawan tau.


Kacau-kacau kan sesukaati


Then di makan & diminum seperti biasa.

Terima kasih kepada mr Big kerana sudi menjadi model dan juga menyediakan bahan2 sekali. Masa nie kat umah bondaku, dia haus sangat petang sampai sanggup pegi kedai mencari bahan2 nie. Aku tukang jadi reporter je.

Sekian dari dapur cik noriah kite.

p/s: memang sedap pun, very cooling!!

Friday, November 6, 2009

Spageti Aglio Olio

Semalam aku cube masak Spagetti Aglio Olio, dan ini hasilnyer..



Boleh la rasanyer, mr Big cakap macam berminyak sket la.. tapi tak per coz aku pakai olive oil so tak de kolestrol kan... lgpun baru 1st time buat so mane leh perfect.. betul tak??

Aku amik resipi nie dari sini, Cik Inahar67

Tapi bahan-bahannyer aku adjust sane sini, harap Cik Inahar tak marah tau...

So ini dia makan malam ktorg, kepok lekor tu aku goreng sbb aku teringin sangat nak makan... Limau tu untuk pencuci mulut...

Itu aje..

Wednesday, October 21, 2009

Mushroom Soup & Wedges

Malam tadi,
Ermm masak lagi.. tapi tak tau nk masak aper.. tetiba teringat ade lagi barang2 dapur dlm gobok tuh, so jumperla nie semua


Aperlagi terfikirlah nak masak mushroom soup cecah dgn garlic butter bread then goreng wedges sketla...









Nie tgh dalam proses memasak, wedges sedang di goreng, soup tgh direnehkan then baru abis sapu roti dgn garlic butter spread seblom dibakar dlm oven.

Inilah hasilnyer, masakan untuk org tak pandai masak cam aku hehehehhe



Dari tingkap luar mr Big dah jerit, lapo la... trus hidangkan then makan panas2.. sedap oooo

Tuesday, October 20, 2009

Mee Hoon Sup

Malam tadi, penat aku fikir nk makan aper untuk dinner.. sampai nak langgar2 pokok tau.. Penat betul aku fikir.. last2 aku masak nie...

Meehoon Sup......

Yang best tuh, sambal kicap tu aku buat sendiri amik kat Resipi nie. TQ diucapkan kepada tuan punye resipi yang aku terlupe nak amik nama dia..

Nak lagi sekali aku snap..
 Mr Big siap tanye ade lagi tak meehoon nie?/ sedap la.... Sampai hirup2 kuah..