Showing posts with label Fuddruckers Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Fuddruckers Malaysia. Show all posts

Friday, December 5, 2014

FUDDRUCKERS Hamburger Sedap, Kini Di Lot 10 Bukit Bintang KL

Hi Korang,

Tengok nama restoran cam senang-senang nak sebut kan.


Memang pun, aku pun masa first time dengar ni rasa cam mencarut plak kan. Cara sebutannya ‘FADD-RUCKERS’ itu kalau sebutan style orang melayu kita lah.

Rileks ok, meh baca lagi.


ni tempat untuk smoker- non air con

ini dalam restaurant

Fuddruckers merupakan restoran franchise American Casual Dining yang menghidangkan pelbagai jenis makanan barat seperti burgers, pasta, steak dan memacam lagi. Ianya adalah di bawah naungan AAR Fusion Industries Sdn Bhd, yang mempunyai rangkaian franchise meluas di luar Negara

Meh citer sket sejarah Fuddruckers ni ek

Founded by Philip J. Romano, it is known to serve the freshest ingredients in their menu from high-quality Angus beef to freshly baked buns twice daily. Additionally, the eatery allows customers to customize their burgers from the Hamburger Toppings Bar which provides garden fresh vegetables, different sauces and cheeses. This guarantees that every burger caters to everyone’s palate and health preferences

mesin bentukkan daging Angus tuh

tempat bakar roti

besar ktichennya

Yang specialnya dengan Fuddruckers ni, segala jenis bahan makanan semuanya dibuat sendiri di dapur mereka ni. Baik bahan utama daging mahupun roti bun pun tau. Aku dah masuk pun ke dapur mereka, memang equipmentnya amat canggih. Terima kasih kat En Kamal coz sudi ajak ktorang team Cik Lily masuk ke kitchen mereka yang awesome nie.

Mereka menggunakan high-quality Angus beef untuk segala jenis hidangan mereka. Kira daging Angus ranking no. 3 terbaik daripada daging Kobe dan daging Wagyu tau. 

2/3lb Beef patty


1/2lb beef patty

1/3lb beef patty

tengok dalam urutan, dari kecik sampai beso. puas nak abiskan 

tengok daging steak 1/2kg ni, jenuh nak abiskan ek

Kemudian portion setiap daging burger berbeza-beza. Masa order nanti, waiter akan tanya saiz patty burger yang korang nak, ada 3 pilihan iaitu 1/3lb, 1/2lb dan 2/3lb. Pilihlah ikut suker korang ek.


ini salad bar sementara, nanti diorg nak tukar yang baru tau.


Sementara nak tunggu order siap, kita boleh ambil salad di salad bar. Its free, kira macam compliments dari restoran la kan. Memacam salad ada, ikut tekak korang nak yang mana satu. 





Lepas tu lepas tuh ada jugak sauce station. Pilihlah sos ikut kegemaran korang, nak cuba semua pun boleh. Yang penting jangan nak membazir ek.

Sudah membebel banyak plak, meh tengok apa yang dihidangkan untuk ktorang berdua pada harituh. 

Chocolate Milk Shakes dan bottomless soft drinks.

Appetizer Platter

Chili cheese fries, crispy mozzarella cheese sticks, buffalo chicken wings, pizzaiola quesadilla, onion rings, served with carrot & cucumber sticks, cool honey mustard and creamy ranch dressing for dipping.

Komen Cik Lily : kena makan panas-panas baru sedap. crispy, crunchy


Hot Rocks Hamburger



Charbroiled burger, cooked to order, crowned with sizzling hickory smoked beef bacon, melted pepper jack cheese and balsamic onions relish, drizzled with ranch dressing, served with mixed lettuce, sliced tomatoes and chipotle mayonnaise dressing on freshly bakes bun

Komen Cik Lily : roti lembut dan boleh rasa kepanasannya lagi. daging charboilednya lembut gak. isi yang lelain sedap.

The Works Hamburger

Charbroiled burger, cooked to order, crowned with sizzling hickory smoked beef bacon, sautéed mushroom, melted cheddar cheese, served with mixed lettuce, sliced tomatoes and chipotle mayonnaise dressing on freshly bakes bun

Komen Cik Lily : roti lembut dan tak pecah bila di pegang dan boleh rasa kepanasannya lagi. daging charboilednya lembut gak. isi yang lelain sedap.

Fudds Volcano

Warm chocolate cake with raspberry chocolate sauce, served with chocolate coated vanilla ice cream and garnished with dark chocolate sauce

Komen Cik Lily : ya ampun, sedap sampai nak menangis di buatnya. gabungan panas dan sejuk, sekali masuk mulut ermm terus speechless lah. Sesuai makan untuk 3 orang coz portionya besar.

Ko rasa, tak gembira ke aku makan ek? Haruslah bergumbira sebab sedap hingga menjilat jari.


Sekarang ni, Fuddruckers Malaysia sedang mengadakan promosi set lunch promo (11am - 4pm) dimana korang boleh order a set of main course (burger/steak) dan korang boleh dapat free flow salad buffet dan di tambah lagi bottomless soft drinks. Kira macam, dah boring makan kat café office korang bolehlah kemari kan.

Hah lagi satu, lagi satu ni. 


Sesuai untuk mereka yang kaki makan, kuat makan, suka makan dan mampu makan sebanyak mungkin. Fuddruckers juga mengadakan FUDDS MISSION IMPOSSIBLE CHALLENGE setiap hujung minggu. Pihak restoran akan menyediakan beberapa jenis makanan untuk korang habiskan di dalam masa yang telah ditetapkan. 

Dah teragak la tu kan, meh kesini


Fuddruckers Burgers in Malaysia @ Lot 10, Bukit Bintang
R1 & R2, Annexe Block,
Lot 10 Shopping Mall,
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Restoran ni dekat tepi Lot 10 tapi dalam bangunan yang sama, mengadap Sg Wang Plaza. Pintu masuknya depan hotel royal kalau tak silap aku. Memang betul-betul tepi jalan. 


Sedikit fakta menarik mengenai bahan-bahan di Fuddruckers


1/3 lb Original Burger w/ Wheat Small Bun: total calories – 525kcal, saturated fat – 9g, sodium – 513mg, total carb – 49g 

1/3 lb Green Chilli Burger w/ Wheat Small Bun: total calories – 692kcal, saturated fat – 16g, sodium – 2047mg, total carb – 50g 

Napa Valley Salad w/ Grilled Chicken: total calories – 517kcal, saturated fat – 6g, sodium – 803mg, total carb – 24g 

Ribeye Steak Sandwhich: total calories – 456kcal, saturated fat – 11g, sodium – 331mg, total carb – 1g 


Berkhasiat kan.

Ok rasanya nak ke sini lagi nanti, nak cuba makan steak plak kan

Selamat menjamu selera korang…