Showing posts with label Fine dining. Show all posts
Showing posts with label Fine dining. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Makan Malam Ala ‘Fine Dining’ @ Majlis Kesyukuran Grand BlueWave Hotel, Shah Alam


Hi Korang,

Meh citer pasal dinner ala ‘Fine Dining’ ni nak? Ok ok


Ktorg dapat jemputan dari team Grand BlueWave Hotel Shah Alam ke majlis kesyukuran sempena Penganugerahan ‘Islamic Quality Standard For Hotel Design’ bagi hotel Blue Wave ni.

Hebat tuh! Hotel berkonsepkan Islamic.

Penerima anugerah ini perlu mematuhi dan mengaplikasikan setiap skop dalam standard kualiti yang telah ditetapkan menurut Syariah Islam. Kriteria-kriteria bagi standard kualiti ini bersifat menyeluruh dan merangkumi setiap aspek operasi di sesebuah hotel termasuklah set penjaggan diri, prasarana, makanan dan minuman serta perkidmatan lain yang ditawarkan.


Hotel Grand Blue Wave menerima anugerah ni pada 6 Disember 2012 oleh Universal Crescent Standard Center (UCSC) di 1st International Islamic Tourism Standard Conference (IITSC) anjuran bersama UiTM baru-baru ini.

So jom citer pasal makan ye.

Bertemakan  Fine dining style dengan konsep hidangan melayu. Moh kita tengok apa yang di hidangkan untuk ktorg sebagai tetamu ni ek

Pembuka Hidangan, seindah pandangan


Kerabu pucuk paku mentimun dan cucur limau bali dan isi ketam

Hidangan laut Bayu Nusantara


Pais ikan tenggiri berulam, sate teratak udang cili bangala dan paceri nenas kerisik mutiara

Warisan seni santapan Utama


Nasi Citra sempah sekawan, Ayam pandan bungkus halba serai, daging empeng dendeng berlado dan kambing simpul rendang penanggah

Santapan manisan pemanis selera


Pudding diraja pekan

Pembasah telaga penghilang dahaga


Apple juice, coffee and tea, mineral water

Wah, kelas kan nama-nama hidangan yang dipersembahkan pada ktorg. Ok la satu pembaharuan dari segi plating dan presentation. Taste wise, ok ok aje. Ada yang sedap ada yang tidak.

Kalau korang outstation atau nak cuba rasa cam ne hotel berkonsepkan islamic ni boleh la ke sini ye. Dengar-dengar ada floor yang khas untuk muslimah single bila menginap di sini.Even swimming pool pun ada special time untuk muslimah tau.


Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 603 - 5511 8811 / 1800-38-1388

Salam Maulidur Rasul...




Tuesday, August 23, 2011

Buka Puasa With Samsung & Nuffnang @ Enak KL

Hi Korang,

enak KL starhill gallery

Semalam aku dapat jemputan buka puasa with Samsung dan Nuffnang kat Enak KL Starhill Gallery. Pada mulanya tak dapat but suddenly check email ada plak. So apa lagi suka lah kan.

food and drinks
Main Dish dan Drinks, semua aku bedal

dessert yang lazat
Dessert memang terbaik sungguh

Aku rasa dalam 30 orang bloggers di jemput untuk majlis. Majoriti semuanya aku kenal, yelah coz selalu sangat jumpa kat event kan. 

nuffnang bloggers
Semuanya aku kenal

Acara di mulakan dengan makan, mestilah buka puasa dulu. Doa makan di baca oleh Darkbatman. Uishk dengan rela hati dia baca doa. Lepas tu apa lagi bedal lah. Macam-macam masuk dalam perut ni. So masa ktorg tengah makan tuh, staff Samsung sempat jugak menginterview ktorg lah, alah sembang2 kosong je. 

laksa johor sedap
My favourite 'LAKSA JOHOR'

Semua sedap-sedap belaka, yang paling aku suka Creme Burlee dan Laksa Johor. Woo memang mantap, terasa lemak2 kuah laksa tuh, yang Creme Brulee tuh rupanya lagi sedap dan manis dari puding caramel lah.

games

Dah kenyang, ada acara game plak. First game team ktorg 'LEMANG' yang diketuai oleh Mat Tiger, Hazman, Daydeck, aku dan Zuriey. Kalah uols coz cluenya cam payah sket. Second game aku ada lagi tapi tak menang pun coz mata aku tak nampak nak baca pamplet tu lah. Last sekali ada pop quiz baru lah aku menang hadiah kan. Jadilah untuk suka-suka je.

sporting bloggers

Anyway, terima kasih Samsung dan Nuffnang yang sudi jemput aku blogger kaki event nie. Hehehehehhe lain kali jemput lagi ek. Confirm ktorg meriahkan lagi event-event havoc nie kan 

P/S : Actually banyak lagi gambo but agak payah untuk insert dalam 'Window Live Writer' nie.. First time guna katanya.

Thursday, December 23, 2010

On Our 3rd Wedding Anniversary

Hi Korang,

Lama betul aku rasa x update blog. Yang korang baca2 tu semua entry lelama dan schedule entry. Minggu nie minggu berehat, ktorg amik cuti rehat seminggu sempena wedding anniversary ktorg yang ketiga. La baru 3 thn je aku kawin ek, ingatkan dah lama.. ishkk


This year, biasa2  je celebration je sebab yang di plan x jadi akibat hujan. Suppose ktorg nak ke Taman Negara but sekarang nie kan musim hujan so pihak resort x berapa advise lah kan takut if anything happen. Susah nanti. Nasib baik ada alternative plan, so here we are at Putrajaya only. Ala belakang rumah je..

Macam resort lama tapi dalam superb.

Siap dapat map cam ne nak pi ke bilik.

Eventho macam nothing to do kat Putrajaya but still ktorg penuh masa tu dengan aktiviti2 yang fun.


So once check in kat Pullman Putrajaya, ktorg merayap2 sight-seeing resort nie. Sesangat penat sebab besar gila even nak balik ke bilik hotel pun boleh sesat. Lepas bercamwhore bagai, masuk bilik plak, wah kagum sekejap aku dengan Executive Suite nie, super duper cantik. View pun indah. Amik2 gambo terus ke Alamanda. Kononya nak movie marathon kan, ermm hampeh coz wayang full house. So petang tu ktorg tengok 'AKU TAK BODOH'. Best dan sesuai untuk parenting guide lah. Nanti aku buat review ek. Bukan tak nak tengok citer omputih but semuanya aku dah tengok cam Narnia, Tron dan memacam lagi lah.


So malam plak, ktorg ada dinner kat hotel itself. The B's Restaurant. Not bad jugak food je. Orang x berapa ramai. Choices of food not bad. Tapi aku suka dessert sebab ada chocolate fountation. So bedal tu jelah bebanyak. Dah kenyang semedal, layan tengok bulan bintang plak kat langit. Konon romantik lah kan balik bilik terus siap-siap untuk movie marathon yang seterusnya.


Ktorg layan 'HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH' kat mana lagi kan, Alamanda lah. Tak sangka full house jugak midnite punya show. Memang kelakar tahap cipan lah cerita dia nie. Lawak2 nya memang unsangkarable lah. Nanti buat review jugak lah.


Balik hotel layan movie dan terus tido. Esoknya before check-out dan lepas breakfast sempat jugak aku pi swimming kat rooftop pool resort nie. Peaceful je sebab tak de orang. After that kemas2 terus check out. Itu je. Eventho simple celebration but meaningful.


Eh, tak lupa jugak Mr Big kasi aku nie.Hehehehehe aku suka. Ala ladies item lah. Dia kan tau aku suke wangi2 kan.

I Love U Syaiful Ridzman...