Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, July 6, 2020

Bonanza UlangTahun LULU Hypermarket Kini Kembali, Boleh Menang 1 Tahun Beli- Belah PERCUMA

Hi Korang,

Ya ampun bonanza ulang tahun Lulu Hypermarket datang lagi nieh.


Setiap tahun Lulu Hypermarket mengadakan promosi ‘shop and win’, dan hadiahnya I tell you memang best belaka seperti kereta, motosikal, barangan elektrik, gajet dan pelbagai lagi. 

Untuk tahun ini, Lulu Hypermarket menyediakan hadiah yang kak lily rasa begitu unik sekali iaitu menang SATU TAHUN MEMBELI-BELAH PERCUMA arrghhh cuba korang bayangkan!! Pergi Lulu Hypermarket ambil je apa yang korang dan bawak balik cam tuh seriously sangat-sangat best!!

Dengan hanya berbelanja RM75 dalam satu resit korang dah layak untuk memasuki peraduan Bonanza Ulangtahun Lulu Hypermarket ini. 

Alah kalau setakat RM75 apa lah sangat kan, kak lily selalu belanja barang dapur pun lebih dari RM200 walaupun duduk berdua dengan seekor kucing. Ermm kalau belanja RM200 boleh dapat 3 kupon nieh. 


Cara Menyertai Bonanza Ulangtahun ‘Belanja dan Menang’ Lulu Hypermarket

1. Berbelanja minimum RM75 di Lulu Hypermarket tak kira samada di outlet Capsquare Kuala Lumpur mahupun Lulu Taman Shamelin dalam satu resit.

2. Dapatkan borang penyertaan dan dapatkan kupon di pusat perkhidmatan pelanggan

3. Isi maklumat yang dikehendaki

4. Masukkan borang penyertaan dan kupon di tong yang di sediakan di hadapan pintu masuk Lulu Hypermarket.

Kemudian balik rumah doa setiap hari untuk menang kan heheheh, just kidding tau!

Peraduan berlangsung dari 1 Julai - 30 September 2020. Hadiah-hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000 tau

Hadiah-hadiah yang di sediakan: 



Hadiah Utama x 6 pemenang
Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000 (RM1,000 x 12 bulan)

Hadiah Pertama x 6 pemenang
Jam Tangan Pintar Huawei

Hadiah Kedua x 90
Tablet Ikon

Hadiah Ketiga x 180
Cerek Elektrik Ikon

Hadiah Keempat x 390
Periuk Nasi Ikon

Hadiah Kelima x 150
Seterika Stim Ikon

Hadiah Saguhati x 180
Baucer Hadiah Lulu bernilai RM100

Tarikah cabutan adalah pada 1hb Ogos 2020, 5hb September 2020 dan 3 Oktober 2020

Jangan lepaskan peluang ni tau.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Lulu World Food 2020 Festival



Selain daripada peraduan Bonanza Ulangtahun Lulu Hypermarket ini, terdapat juga promosi ‘Lulu World Food 2020 Festival' yang sedang berlangsung dari 3 Julai hingga 13 Julai 2019 di mana festival ini disambut di semua LULU Hypermarket di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran untuk memperkenalkan pelbagai makanan dari seluruh dunia kepada rakyat Malaysia. 


Terdapat pelbagai jenis tema pada setiap hari, di mana macam-macam jenis makanan akan di hidangkan seperti berikut : 

3 dan 11 Julai – Manisan Arab dan India 

4 dan 12 Julai - Briyani 

5 dan 10 Julai – Chaat dan Bakeri 

6 Julai – BBQ

7 Julai – Kek dan Pastri

8 Julai – Pizza dan Pasta

9 dan 13 Julai – Makanan Sihat 

Ermm macam-macam je, haruslah kena singgah jugak nanti ni. 










Ini baru sedikit yang sempat kak lily nak tunjukkan pada korang, sebenarnya banyak lagi ada yer

















Terdapat jugak produk-produk makanan di jual pada harga yang tidak masuk akal. Bagi mereka yang sudah biasa membeli belah pasti akan tahu harga-harga yang di tawarkan oleh Lulu ni betul-betul murah. 






Bukan setakat barangan makanan malah produk keperluan harian juga di tawarkan pada harga yang tidak di jangkau dek akal.

So apa tunggu lagi, jom kite ke Lulu.


Selain merasai makanan-makanan unik di seluruh dunia boleh juga berbelanja dan sertai Bonanza Ulangtahun ni mana tau ada rezeki kan.

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 



#LuLuMalaysiaWorldFood2020 
#LuLuShopandWin 
#OneYearFreeShoppingLuLu 
#LuLuKL 
#LuLuShamelin 
#LuLuMallMalaysia

Wednesday, June 24, 2020

Majlis Pra-Pelancaran PROJEK GILA Bersempena Meraikan Ulangtahun LEFTHANDED Ke-40 Tahun


Hi Korang, 

Dalam lipatan sejarah kegemilangan adegan muzik rock Malaysia khususnya pada tahun 1980-an sehingga awal 1990-an, kumpulan Lefthanded ternyata telah pun berjaya membentuk liga mereka sendiri dan tidak dapat ditandingi sama dari segi ‘sound dan style’ muzik serta persembahan mereka. 


Dengan memiliki dua lagenda gitar hero iaitu Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline solid daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi filem vokal unik Nash yang husky melejit tetapi penuh dinamik. 

Ya, di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka. Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Lefthanded masih tetap unggul serta dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda. 

Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik mereka di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan sebuah projek besar yang dinamakan PROJEK GILA


PROJEK GILA yang diadakan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, HERB LAB dan E-Green Enterpreneur ini adalah sebuah konsert jelajah yang akan diadakan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya sudah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah sebuah lagu yang diangkat dari album studio Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah suatu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa serta menyokong kerjaya muzik mereka dari awal kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato' Nash berkata, tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka. 

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 aabila bergabung filem bebera pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak iaitu Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik“ 


"Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam PROJEK GILA ini selain daripada memberikan manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri. Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ia juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded " katanya. 

PROJEK GILA ini ternyata amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ia bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air. 

Malah mereka akan turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan bermula dari saat rehearsal sehinggalah melakukan sound check serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat. 

Gitaris lagenda Lefthanded, Man Keedal berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan segalanya tentang Lefthanded buat peminat-peminat mereka. 


"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana fans kami. Ini juga adalah suatu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan contribution kami sendiri terhadap industri muzik tanah air" katanya lagi.

Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan

Seperti yang diwar-warkan Projek GILA ini juga mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan.




Antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).

Marilah Sokong Projek G.I.L.A

Bagi menyemarakkan industri muzik tanah air, jom sama-sama kita sokong Projek G.I.L.A Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai muzik rock yang menjadi lagenda satu masa dulu. 


Dengan pembelian tiket konsert pada harga yang cukup menarik, pakej sekali dengan diberikan produk kecantikan Herb Lab sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan.Selain itu, pelbagai ganjaran menanti korang dalam bentuk cabutan bertuah. Hadiah utama seperti kereta dan pelbagai lagi.


So apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama menyokong industri hiburan tanah air kita.





Wednesday, May 27, 2020

Komuniti yang memerlukan di Lembah Klang boleh dapatkan sumbangan di pantri komuniti #AyamWithU di Anjung Singgah dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah

Hi Korang,


Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 


Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™. 

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman. 



Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Penghuni yang tinggal di sini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Encik Amir. 



Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 




Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre. 

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.