Showing posts with label Dot Com. Show all posts
Showing posts with label Dot Com. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Dengan Bangganya Saya Digelar Dot Com

Selamat Pagi Jumaat,

Di pagi yang mulia ini, saya dengan rasa bangganya mempersembahkan nama baru di blog saya ini CikLilyPutih.Com. Setelah puas di komen oleh Eyriqazz dan setelah penat saya berfikir cam macam nak memperbetulkan komen2 yang telah diberikan, maka datang seseorang yang di panggil Tasha untuk membantu saya. Dia cam tau tau je saya memerlukan bantuan. Dengan segeranya dia membuat kerja2 magic ini tak sampai satu hari dia telah menyetelkan semuanya sekali.

Cuba korang amati kronologi ini:-

a) Sebelum

b)Dalam proses

c)Setelah


Ermm cantik kan. Saya sendiri hampir tak percaya dengan apa yang terjadi. Sampai sekarang saya masih belum ada masa untuk godek2 layout dalam blog saya ini. Semuanya masih dalam tukar sana, tambah sini, cilok situ sket..

Apa-apa pun buat hari ini saya akan mendabik dada cam ayam serama lah dengan kejayaan saya ini.

Terima kasih kepada angel yang telah menolong saya.


Sebagai tanda terima kasih saya telah pun membelanja dia makan kat kedai perabut keluaran Sweeden semalam sambil bawak dia jejalan ke TV3.

Korang kalau nak ber dot com yang simple cam aku, sila2lah contact dia nie. Sure dia boleh tolong, kalau tak de apa hal lah.

p/s : Semalam aku betul2 demam okeh! Tak caya nanti aku scan MC aku tau! Btw apsal aku bahasakan diri aku saya nie, ishkk weird la plak!