Showing posts with label Dataran Pahlawan. Show all posts
Showing posts with label Dataran Pahlawan. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

The Pirates Adventures Kini Di Melaka Alive

Hi Korang, 


Memang kita tahu Melaka merupakan bandaraya bersejarah yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri. 


jadi media jap pagi sabtu ari tuh

Dan kini Melaka menambah lagi elemen keunikkannya iaitu dengan pembukaan The Pirates Adventures yang di bawahkan khas oleh Melaka Alive. 



Baru-baru aku sempat ke majlis pelancaran (soft launching) The Pirates Adventures ni, hah bestkan sampai ke Melaka ktorang berjalan untuk berblogging. Ermm itulah nama rezeki. 

Majlis ini di rasmikan oleh Mohd Nizar B Mohd Najib, Advisor to Nuevo Attraction & Destination bersama Y. Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.


Sedikit aku petik ucapan daripada En Mohd Nizar B Mohd Najib

“The appeal of Melaka Alive is that it makes the rich history of our city accessible to people of all ages and backgrounds”,there is great potential for tourism in this city – there is living history everywhere and a truly multicultural population – and we want to do our part to celebrate this history and boost the local economy”



Yeah, dengan rasminya The Pirates Adventures di buka untuk orang ramai ek



Jom kite explore apa yang ada di dalam kapal besar di The Pirates Adventures ni ek









Eee walaupun kat dalam ada ramai pirate but still rasa creepy jugak, maklumlah aku kan penakut set hehehehe. 


Ada tayangan video jugak dalam kapal besar ni, mengenai kisah si pirate ni semua.

bersama rakan media yang lelain ek

nampak tak aku, kecik nau bawah belon

Harga tiket untuk The Pirate Adventures bermula dari RM20 untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas, serta RM25 untuk dewasa berserta diskaun untuk pemegang MyKAD. Tiket-tiket boleh di beli di www.melakaalive.com.my atau pun di kaunter tiket Melaka Alive 


Untuk maklumat lanjut boleh check it out di


Melaka Alive Official Website Link http://www.melakaalive.com.my/index.php




Sunday, July 5, 2015

Buka Puasa Di Hotel Equatorial Melaka

Hi Korang,


Bagi korang yang hari ni tak tau nak pi berbuka kat mane especially korang yang ada kat Bandar Melaka tu. Meh sini aku nak kongsikan sedikit info mengenai tempat berbuka di Melaka ni


Di Hotel Equatorial Melaka ni, Executive Chef Mohamad Sharif ni bersama teamnya menyajikan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan menu antarabangsa bersama hidangan timur yang tengah IN sekarang ni kan. Lebih 200 jenis hidangan dihidangkan secara buffet harian yang mampu membuat korang lebih berselera kan. 



Untuk pengalaman makan Timur Tengah, para tetamu boleh memulakan dengan pembuka selera seperti Sotong dengan Mango Salad. Hidangan cara klasik salad mangga dengan gabungan mangga kuning rangup dan julienne sotong yang diperap dengan sos ikan, jus lemon dan tradisional Nyonya sambal belacan yang menggoda selera anda.



Untuk hidangan utama pula, korang tidak harus melepaskan seperti Udang Dengan Buluh. Para tetamu boleh menikmati udang goreng diperap dengan goreng pucuk buluh yang seimbang indah dengan sambal Melayu tradisional semasa makan malam mereka.



Untuk tetamu yang mencari masakan Melayu asli tradisional, Ikan Pari Assam Manga Muda (tumis Stingray dengan Spicy Young Mangga Sauce), dengan ikan yang crunchy, tumis dengan kunyit segar dan asam jawa buatan sendiri yang sempurna.

Harga buffet ramadhan di Phoenix Ballroom ni adalah

RM88nett untuk dewasa

RM44nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +06 282 8333 ext: 3331 atau email to grace.leong@mel.equatorial.com

Jom kita ke:

Hotel Equatorial Melaka 
Bandar Hilir, 75000, Melaka, Malaysia
Tel : 06-282 8333

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Thursday, March 20, 2014

Hatten Hotel Melaka, Semalam Di Sana


Hi Korang,


Masa aku pi launching Pacific Coffee hari tuh aku sempat bermalam di Hatten Hotel ni. La tak kan drive straight dari Bangi plak, malas aku lah nak bangun subuh sepiee ek.

kat traffic light depan masjid Sultan Al Azim ni

Check in Isnin malam dalam kul 8 malam cam tu, sebab aku sorang Mr Big tak leh nak cuti.

Hatten Hotel ni betul-betul dalam kawasan Melaka town, sebelah Mahkota Parade berhadapan Dataran Pahlawan. So tak yah nak pakai GPS sangatlah senang benau ek

tempat check in

Lobbynya simple je tapi luas nau sampai boleh main lari-lari. Tapi masa aku sampai tu ramai plak tourist dari China so penuhlah tempat tuh.


yang sofa Cleopatra tu kira cam hall gituh la

Masuk bilik, ermm mak ai cantiknya. Simple but nice. Ada 2 section, satu bed area dan satu lagi sofa area dan ada 2 tv ye. So tak yah nak berebut tengok tv kalau datang berdua ye.

Mehlah tengok apa yang ada dalam

king size tido sorang, harus guling-guling kan


Deluxe King Room (RM388++)

37 sq meters room with choices of city or sea view I 
2 LCD Televisions I Mini Fridge I
A small living area with sofa I 
Coffee/tea making facilities I 
'Rain' and 'hand' showers I 
Complimentary cable internet access I 
In-room safe
Breakfast for 2 person

mari surfing bersungguh-sungguh ye

Biasalah basic service bila duduk kat hotel kan. Tapi internet best, laju sungguh. Tengok you tube pun tak sangkut pun tau.


eh, dah ade selipar la, ok best2

sebelum tido layan kopi secawan jap



Memang best duk sini coz semuanya senang, yelah tengah town kan. Nak kemana-mana pun boleh. Teksi duk standby je depan hotel ni.

selesai sudah

kopi lagi

Sempat breakfast di The Chatters pagi esoknya, not bad buffet breakfast, sama cam hotel lain gak.

Ni alamatnya ek:-


Hatten Hotel Melaka
Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia. 

good morning everyone, malas nak bangun time ni

Ni time sekolah ni, baik booking awal kalau nak weekend gateway di Bandar Melaka, lokasi memang sangat terbaik.

Apsal aku yang excited cuti sekolah ni ek, ada apa-apa ke ermmm....