Showing posts with label DRB-HICOM. Show all posts
Showing posts with label DRB-HICOM. Show all posts

Friday, August 16, 2013

DRB – HICOM Auto Fest 2013 Sangat Menarik Dan Berinfomatif

Hi Korang,

This is 24 hours sponsored post, scroll down for new entries...

Ingat lagi tak pasal citer aku hari tuh, event DRB-HICOM Auto Fest 2013 kat Penang. La lupa la ek, meh baca jap.


Kalau korang nak tau, lebih 18,000 orang penduduk dari merata Penang dan sekitarnya, mesti orang Taiping, orang Kulim,Sg Petani mai ni kan membanjiri DRB-HICOM Autofest 2013 yang telah pun diadakan di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE). Nama dulunya Penang International Indoor Arena (PISA).  Hah barulah korang boleh ingat kan. Sebelum tuh, DRB-HICOM Auto Fest 2013 ada buat di EON Complex, Glenmarie pada Januari 2013 lepas.

Selama 3 hari diorang berkampung di sana iaitu bermula 28 Jun dan berakhir 30 Jun 2013.





Lebih daripada 10 jenama di bawah DRB-HICOM Group seperti  Audi, Can-am, Honda, Isuzu, Lotus, Mitsubishi, MODENAS, PROTON, Suzuki and Volkswagen turut menyertai dan juga ada presentation daripada mereka kepada orang ramai tentang info-info dan maklumat tentang apa yang ada didalam DRB-HICOM group nie.




Event ini juga disokong oleh badan bukan automotive macam Multi Automotive Services and Assist (MASA) dan DRB-HICOM Leasing (DLSB). Syarikat di bawah DRB-HICOM group synergy seperti PUSPAKOM, ICAM and DRB-HICOM Human Capital turut menyertai booth pameran untuk memberi penerangan mengenai info dan tawaran kepada orang ramai.


PUSPAKOM unit bergerak pun ada, siap bagi pemeriksaan percuma kereta pada mereka yang tiba awal masam event tu. Bagus kan.




Memacamlah aktiviti yang telah pun di sediakan baik dalam dewan mahupun diluar kawasan lapang SPICE ni. Tapi yang paling ramai sekali orang duk pi ialah Lotus Driving Experience dan juga stunt show dari MODENAS. Yelah ko, menda-menda cam ni yang jarang kita dapat tengok ni haruslah best.





Ada gak convoy dari beberapa kelab kereta dari model Suzuki, Proton Inspira, Preve, Exora, Saga, Persona, Satria, Lotus, Mitsubishi Trition Tuners Club dan MODENAS. Kereta-kereta biasa yang dah di make-up kan dan dihias dengan pelbagai jenis hiasan kereta, haruslah menarik hati.



Kat bahagian dalam pulak, ada beberapa aktiviti seperti pameran Mitsubishi G4 concept car, perlancaran model terbaru MODENAS, 118 EFI dan preview Suzuki Jimny. Sedap plak nama kereta ni cam nama orang ek.




Yang bawak anak-anak pun tak bimbang kalau anak-anak boring coz ada colouring contest, main games dan adalah a few things untuk bebudak kecik ni masa time event. Kira anak-anak ada aktiviti, parents pun dapatlah melayan kereta-kereta cantik ni kan.

Tempat concourse area adalah tempat yang paling busy sekali masa event ni, yelah tempat makan tuh. Ada banyak booth makanan tapi yang jadi favourite ialah Burger King, Pizza Hut dan Rasamas. Mestilah fast food kan senang.




Tarikan utama DRB-HICOM Autofest 2013 ni haruslah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah kereta baru Proton SAGA SV dan juga motorsikal MODENAS CTRIC. Pengunjung yang berumur 18 ke atas hanya perlu isikan borang penyertaan untuk join. Sapalah yang beruntung, of courselah bukan aku.

Rugi plak pada sapa yang tak pi hari tuh coz aku dengar banyak special promotion dan deal yang menarik daripada jenama kereta yang buat promotion ni, mesti ada diskaun kaw kaw punyalah.

Ermm kalau tahun depan ada lagi, confirm-comfirm aku tak nak lepaskan. Mesti kena pergi jugak jangan tidak-tidak lagi. Mana tau lucky drawnya makin hebat.

DRB-HICOM Autofest 2014 nanti buat kat KL ek, baru best kan


Thursday, June 27, 2013

Mai Pi DRB – HICOM AUTOFEST 2013

Hi Korang,

This is 48 hours sponsored post, please scroll for new entries 

Hah, mai sini cheq nak habak citer Hot Story yang akan berlaku kat Penang nanti wei.

La apsal plak aku cakap loghat utara ni ek

Ishk ok ok cakap KL la senang


Camni aku nak citer sket pada hujung minggu ni akan berlangsung DRB–HICOM AUTOFEST 2013 di SPICE (Subterranean Penang International Convention Exhibition yang lebih dikenali sebagai PISA.Eh bukan menara condong kat Itali tu ye.


Of course banyak nanti jenama kereta-kereta keluaran DRB-Hicom seperti Proton, Lotus, Audi, Volkswagen, Honda, Suzuki, Mitsubishi, Isuzu, Modenas dan Can-Am Spyder akan dipamerkan untuk tontotan orang ramai. Dengan ini, orang ramai dapat lebih mengenali kereta-kereta keluaran DRB-HICOM ni, so tak delah orang kebanyakan cam kita ni ingat kereta-kereta ni mahal dan diimport dari luar negara.


Lagi plak event ni bukan sekadar pasal car showcase je, ada gak informasi terkini dan tawaran hebat yang berkaitan dengan kereta macam pakej sewa beli kereta, loan pinjaman dengan dan pakej trade-in pun ada gak.


Di antara kemuncak event DRB–HICOM AUTOFEST 2013 adalah pertunjukan Mitsubishi G4 Concept Car, preview kereta terbaru dan motorsikal dan yang best tu ada pertunjukan stunt motorsikal Modenas dan juga para pengunjung dapat test drive kereta impian semua orang di Malaysia iaitu Lotus sports car.

Apa? Lotus sports car, haruslah aku mau kan.


Tak per tak per, kalau tak dapat test drive its ok sebab para pengunjung berpeluang memenangi hadiah utama iaitu kereta  baru dalam lucky draw special dan termasuk gak  3 buah motorsikal elektrik Modenas CTric dan hadiah-hadiah lumayan yang lelain semasa acara berlangsung.


Wei orang utara meh mai singgah na..


DRB-HICOM AUTOFEST 2013

Tarikh: 28 hingga 30 June 2013

Lokasi: SETIA Spice (formerly known, PISA) Jalan Tun Dr. Awang Pulau Pinang

Masa: 11 pagi – 9 malam

Masuk PERCUMA tau! FREE of charge. Tak yah kuar duit ek. Kalau ade orang mintak kat pintu masuk tuh, pepandailah korang kuntau ek. Eeehe



Ishk buat kat KL kat best, bolehlah aku habaq kat Mr Big confirm dia mau punya lah. Tapi bagi chance plak depa kat utara tu kan.

So orang Penang, Kedah, Perak Utara (alah korang pun dekat kan) mai na ke DRB–HICOM AUTOFEST 2013, mau tau kot-kot berkenan dengan kereta yang dipamerkan tu kan.

CubalaH korang tengok kereta Proton Saga yang bayaran bulanan RM250 tuh, mau tau berkenan dihati kan


Bestnya, boleh usher kereta baru kan!