Showing posts with label Covid -19. Show all posts
Showing posts with label Covid -19. Show all posts

Wednesday, May 6, 2020

Menu Buka Puasa Minggu Pertama Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Ya ampun nak citer pasal PKP tak abis lagi ni nak citer plak pasal ramadan ek. 

Seriously sekejapan je dah 12 hari berpuasa, langsung tak perasan. Dengan keja senantiasa berlambak banyak walapun work from home kan. 

Tapi tak per kak lily tetap bersyukur dengan apa yang diberikan. 

As usual tak de bazaar Ramadan tahun ni so kita masak je setiap hari. 

Start kul 4 petang kak lily dah keluarkan barang-barang dari fridge apa nak masak. Normally kak lily masak simple-simple je sebab ktorang kan berdua jer so tak yah nak masak bebanyak berkawah-kawah bagai hehehehee senang jer. 

Nilah kak lily nak kongsi beberapa jenis lauk yang di masak, kalau tak sempat masak Mr Big balik keje tuh singgah pi beli. 

Menu Minggu Pertama bulan ramadan 2020 

Hari Pertama 


Dah 38 hari di musim #PKP nieh dan inilah menu buka puasa hari pertama, sup sayur, udang sweet sour dan kerang rebus. 

Hari Kedua 

Hari 39 PKP. 


Kak lily masak sup telur, ikan berlado dan ulam sket. Mr Big suka makan bersup-sup ni so hari-hari masak sup pun tak per dia ok je no hal. Ulam tuh petik kat garden rumah, bayam brazil so jimat sket duit kan.

Hari Ketiga 

Hari 40 PKP. 


Kite buke pose dengan air ijau dan air itam hehehe.. Jus kedondong dan air kelapa laut hah dari Man Java @kaksue7273, sedap dan kene dengan tekak. Boleh order lagi pas nie, walaupun kat Rawang boleh delivery sampai ke Kajang, kemain sejuk lagi tadi dapat adik-adik runner ni anto. 

Hari Ke 4 

Hari 41 PKP. 


Tak masak pun sebab tak sempat meeting back to back. So kitorang cuba kaedah Potong-Q dari Dominos Pizza. Cepat mudah dan lekas, datang amik je terus. Berbaloilah dengan harga dan menu yang di berikan

Hari Ke 5 

Hari 42 PKP. Hari ni kak lily di murahkan rezeki, D’Kayangan Grill dan Steamboat di Shah Alam menghantar juadah berbuka puasa. 


Combo Nasi Beriani Ayam Masak Madu & Bawang Goreng DK dari D'Kayangan Steamboat. Menunya adalah Nasi Beriani Ayam Goreng, Telur Masak Kurma,!Kari Kambing Dalcha, Ayam Goreng Madu Bawang Goreng, Acar dan Papadom

Combo ni termasuk sekali dengan Roti John, Bubur Lambuk, Rojak Buah, Cucur Udang, Agar-Agar, Kek Coklat, Teh Tarik, Kurma. 

Makan sampai tersandar dan sebahagian terus di bawa ke sahur. 

Hari Ke 6 

Hari 43 PKP. Menu ramadan hari ke 6 ni datangnya dari @vivatelkl. Terperanjat tau tup-tup ade orang call suruh pick up makanan kat lobby. Hah meriah kan!!


Ayam Percik
Ayam Penyet Minah
Briyani Warisan Ayam

Retro Cafe Ramadan Tapau 'Selera Kampung' pada harga RM20 per set ni bole di dapati secara take out dan deivery jugak tau.

Korang bole whatsapp 013-2288840 ataupun call 03-92058888 untuk tempahan wokeh!! Syukur rezeki lagi. 

Hari Ke 7 

Hari 44 PKP. 


Ramadan ke 7 dah sekejapan sungguh kan masa berlalu. Lauk simple ari nie, daging sawi berlado, sambal kentang ikan bilis dan bendi celur bercili.

Apemacam?? 

Meriah tak menu lauk makan-makan ahkak ko ni. Itulah konsepnya masak apa yang ada janji tersedia makanan di atas meja. Bertambah bersyukur lagi ada pihak yang datang menghantar makanan untuk kami berbuka puasa jugak. Lazat-lazat belaka, kak lily berani jamin keenakkannya tau kalau korang nak order. 

Korang cam ne? 

Hehehhhee order ke masak seperti biasa.. 

Nanti kak lily sambung lagi menu-menu untuk minggu kedua dan ketiga ek, kalau nak mintak resipi pun boleh bagitau jugak lah nati kak lily tuliskan. 



Wednesday, April 29, 2020

VITS LANCAR KEMPEN BANTUAN DERMA PAKAIAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) UNTUK HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hi Korang,



Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru-baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama-sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak secara globalnya ke seluruh negara. 

Semenjak 18 Mac di mana bermulanya Yab Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia memutuskan perintah kawalan pergerakkan, Vit Makanan telah merangka pelan bagi membantu golongan masyarakat sebagai tanda menyumbang semula kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vits ini semenjak 1975 sehingga kini.





Antaranya dengan memberi agihan makanan kepada pasukan ‘frontliners” “roadblock’, balai polis, balai bomba dan juga pusat kawalan Covid 19 di Hospital Kuala Lumpur.



Selain dari itu juga Vit Makanan telah menubuhkah program bantuan makanan untuk warga emas di seluruh Malaysia. Semenjak 18 Mac 2020 sehingga kini seramai 500 warga emas telah menerima bantuan makanan ini, di mana mereka ini tidak mampu untuk keluar di atas faktor kesihatan, uzur dan sebagainya.



Selain dari memfokuskan kepada warga emas serta barisan hadapan “frontliners” dengan bantuan makanan, Vit Makanan juga telah menyumbang sejumlah pakaian PPE untuk Covid Team Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Vit Makanan sendiri, Malaysia Noodlesman atau Mr YT Lai kepada bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur untuk pasukan gerakan Covid19. Ini merupakan penghantaran yang pertama dari kami dimana, kami telah memesan sejumlah “isolation gown” dari pembekal untuk penghantaran bantuan kedua yang dijangka siap pada minggu hadapan kerana keperluan mereka adalah 20 000 helai “isolation gown’ sebulan, kata Mr YT Lai. 

Vits juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menyokong program murni ini dengan menghasilkan produk makanan menu terbaru Vits Italian Mi Goreng perisa Bolognese dan Aglio Olio. Hasil jualan dari produk ini akan didermakan terus kepada pembelian “Isolation gown” dan akan didermakan kepada pasukan gerakan Covid19 Hospital Kuala Lumpur. Vits berharap agar rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu dalam gerakan membanteras virus berbahaya ini. 

TENTANG VITS ITALIAN MI GORENG BOLOGNESE dan AGLIO OLIO 


Mi Goreng Bolognese ini adalah hasil mi goreng yang diilhamkan oleh menu klasik Itali. Memperkenalkan mi goreng bolognese yang dibuat dari buah tomato segar minyak zaitun premium dan campuran kemangi asli menambah aura masakan Itali. Bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 


Mi Goreng Aglio Olio Itali adalah hasil gabungan mi goreng dari menu klasik Itali. Memperkenalkan Aglio Olio goreng Vit yang terbuat dari minyak zaitun premium dan campuran ramuan dan rempah asli. 

Selain campuran ini, kami menyediakan campuran bawang putih, cabai dan daun pasli tambahan untuk menambah aura masakan Itali. bebas dari bahan pengawet dan warna bukan asli 

Untuk bersama-sama membeli dan menderma untuk program ini, klik link di bawah.







Saturday, April 18, 2020

Menu Masak-Masak Minggu Pertama Di Musim PKP Ni

Hi Korang, 

Rasanya dah sebulan kot duduk memerap kat rumah ni kan, yelah musim Perintah Kawalan Pergerakan #PKP so mana boleh suka-suka hati keluar berjalan ke mana-mana. Kalau setakat nak beli barang dapur itu bolehlah tapi hanya seorang je. 

So nak tak nak kenalah masak di rumah sajor, dengan bahan ape yang ada. Bohonglah kata kak lily tak kuar rumah kan, ade pi tapi pi kedai acheh kat bawah umah ni beli lauk tambah-tambah. 

Nilah kak lily nak kongsi beberapa jenis lauk yang di masak, kalau tak sempat masak Mr Big balik keje tuh singgah pi beli. 

Menu Minggu Pertama #PKP 

Hari Pertama 


Nasi Kukus Kak Lily hahahaha, rasenyer lepas abis Covid ni ahkak ko ni dah boleh bukak gerai meniaga kat bawah umah ni lah 

Hari Kedua 


Simple menu dinner malam ni. Tumis air suhun dengan telur, sambal ikan bilis, cencaru bakar dan cili kicap. Makan-makan semueee 

Hari Ketiga 


Nasi goreng simple jer siap dengan ayam goreng sekali. Cukuplah kan, makan-makan semueee... 

Hari Ke 4 


Kurma telur tak cukup rempah, ikan masin, bakchoy oyster dan sambal tumis ikan bilis lagi. Konsepnyer masak apa yang hado kat dapo ek sebab malas nak kuar lah. 

Hari Ke 5 


English Breakfast semampu boleh namanyer dan setin kopi seperti biasa. Makan makan semua dan duduk di rumah ajerr wokeh 

Hari Ke 6 


Bubur Nasi dan lauk pauknya. Kangkung pedas sket, ikan bilis goreng bawang, sambal tumis tak pedas dan telo asin. Makan-makan semueee 

Hari Ke 7 


Nasi goreng kosong pedas, telo mata dan nugget. Cukuplah makan berdua ajer 

Apemacam?? 

Meriah tak menu lauk makan-makan ahkak ko ni. Itulah konsepnya masak apa yang ada janji tersedia makanan di atas meja. Lagipun makan berdua jer so ok lah kan. 

Korang cam ne? 

Same cam akak ke hari-hari masak menu-menu simple. Ikutlah kan kalau ramai kat rumah so masak pun kena lebih lah kan. 

Nanti kak lily sambung lagi menu-menu untuk minggu kedua dan ketiga ek, kalau nak mintak resipi pun boleh bagitau jugak lah nati kak lily tuliskan. 



Saturday, April 11, 2020

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah

Hi Korang,

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah, durian. 

Korang berani untuk mencuba? 


Domino’s Pizza memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu, Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar D24. Nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. 

Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata, “Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!” 

Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata, “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.” 

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April. 

Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan. 


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact. 

Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/