Showing posts with label Colgate. Show all posts
Showing posts with label Colgate. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

FAZURA Berkongsi Rahsia Tentang COLGATE Optic White


Hi Korang,

Kalau pasal artis korang memang cepat je klik kan.

Bagus bagus bagus, tingkatkan usaha lagi ek.


Last few week back aku sempat ke Colgate product launching di One Utama. Dapat invitation sorang, jawabnya kenalah pi sorang kan. Tak kan nak bawak rombongan Cik Kiah satu bas plak.



Cam biasa aku mesti sampai awal, so dapat spot cantik lah dulu. Betul-betul first row depan runways. Ada few bloggers lain yang hadir dan selebihnya media lah. Tapi yang paling best, cik FAZURA cantik tuh betul-betul duduk mengadap aku. Kira macam lucky gak ni hehehhee

Senyum sengsorang kejap tau!


Ok acara di mulakan dengan opening speech dari Mr Chris Pikounis Marketing Director of Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd mengenai produk terbaru keluaran Colgate ni Optic White. 



Ianya merupakan siri penjagaan gigi yang bertindak membasmi kaviti, melindungi enamel, menghilangkan plaque, memberikan nafas yang segar dan paling penting memutihkan gigi ke satu shade selepas 1 minggu di gunakan.

Now kita dengar apa kata FAZURA Duta Colgate yang terbaru ini.

‘Bila selalu berada di depan kamera, senyuman adalah yang pertama sekali orang nampak. Sebab itulah saya menjaganya bukan setakat senyuman, malah dengan gigi yang putih  bersihkan  melengkapkan lagi penampilan saya’.

‘Biar cantik mana seseorang itu kalau kebersihan gigi tidak di jaga, terus jadi tak cantik dibuatnya. Colgate Optic White ini sekarang sudah menjadi sebahagian barangan kecantikan saya dan ternyala nampak kesanya setelah saya mencuba‘ itulah dia penjelasan beliau.

Sempat gak aku snap a few photos of FAZURA.





Cantik kan dia? Memang anggun yang amat lah.




Di antara rangkaian Colgate Optic White ini ialah Colgate Optic White toothpaste, Colgate 360 Optic White toothbrush dan Colgate Optic White mouthwash. Di datangkan dengan pelbagai saiz yang berbeza dan berharga di antra RM5.90/12.90 bagi 40gm dan 100gm toothpaste, RM12.90 untuk toothbrush dan RM8.90/20.90 bagi 250ml dan 250ml mouthwash.


So korang yang rasa-rasa gigi tak berapa putih dan nak putih lagi, mehlah cuba produk Colgate Optic White ni. Aku pun belum start guna lagi, maybe dalam minggu-minggu ni kot.

Cubalah



Sunday, February 24, 2013

FAZURA Yang Anggun

Hi Korang,

2-3 hari ni tak leh nak update entry sangat

Sebab blogger OTAI Cik MiaLiana tengah duk sibuk mengodek blog aku yang comot ni.

Oleh itu,

ni je sempat aku upload entry untuk weekend ni

jeng jeng jeng

Jelitawan FAZURA

Ya ampun, cantik sungguh dia ni. Dahlah kulit cantik di tambah plak dengan senyuman yang sungguh menawan.

Berbeza sungguh dengan pompuan yang sebelah tu kan, langsung tak cantik....  akhakhakahkhahka

Jangan jelessss tau....


Tuesday, October 16, 2012

SOFTLAN Breast Cancer Charity Campaign 2012 Ke Arah 1 Million Pledges

Hi Korang,

Dah 4 tahun berturut-turut rupanya Colgate-Palmolive’s mengadakan SOFTLAN’s Breast Cancer Campaign yang bertujuan untuk memberi  kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pencegahan awal penyakit kanser payu dara (breast cancer). Ianya di adakan sempena World Breast Cancer Awareness Month setiap bulan Oktober.


Kenape aku boleh tak tahu? Ishkk memang teruk aku ni lah!


Dengan bertemakan ‘A Touch of Love, A Touch of Life’, kempen ini mengajak seluruh rakyat Malaysia membantu untuk mendapatkan 1 juta pledges dan RM100,000 untuk membantu mereka yang di dalam menghadapi penderitaan yang di tanggung selama ini.


Untuk menyebarkan mesej ini, Softlan telah melancarkan video kempen mengenai wanita-wanita yang gigih melawan breast cancer ini. Cerita mereka ini berkisarkan tentang kepercayaan, harapan dan cabaran yang boleh mengubah kehidupan mereka. Aku masa tengok video ni, hati jadi cam sayu je bila dengar semangat juang diaorang ni. Sedih tau nokss!


Untuk pertama kali juga, Softlan memperkenalkan kempen secara online (www.facebook.com/SoftlanBCC) sebagai cara yang mudah kepada umum termasuk generasi muda masa kini dengan membuat pledge. Terdapat juga info-info menarik mengenai  penyakit breast cancer ini dan cara pencegahan awal yang harus kita pelajari.

Cara untuk meraih 1 juta pledges?

Orang ramai boleh membantu dengan salah satu daripada 5 cara untuk menyokong BCC Kempen ini.

  1. Membeli barangan Softlan yang bertanda charity packs
  2. Singgah di Softlan Road show untuk sign the pledge
  3. Bergambar sambil meletakkan tangan di hati di Softlan Road Show
  4. Mengambil gambar sendiri dan mengupload di www.facebook.com/SoftlanBCC
  5. Share the campaign message di Facebook wall korang.

Dengan ini Soflan akan memdermakan RM100,000 kepada badan kebajikan Kanser ini.


Sepanjang bulan Oktober ini juga, Softlan akan mengadakan road show ke 7 lokasi pasaraya terkemuka di semenanjung Malaysia khas untuk orang ramai khususnya wanita bagi membolehkan mereka ini mendapatkan free check-ups dan belajar mengenai breast self-examination dari doktor dan jururawat terlatih.

Lokasi Softlan Road Show Dan Tarikh



Dengan adanya kempen seperti ini kepada orang ramai, Softlan mensasarkan jumlah kutipan dari RM75,000 tahun lepas ke RM100,000 untuk tahun ini bagi menyokong badan-badan kebajikan yang berkaitan seperti Breast Cancer Welfare Association (BCWA), National Cancer Council (MAKNA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).


Hah senang je kan? Duduk depan PC tu update blog boleh plak kan, apa salahnya singgah di www.facebook.com/SoftlanBCC dan buat 1 pledge. Kalau semua orang buat rasanya kita dah membantu ramai pesakit breast cancer ni.

Sekarang ni memanglah kita tak de apa-apa, mana tau kot-kot 10 tahun lagi akan datang. Langit tak selalunya cerah so sediakan payung sebelum hujan lah ye.

So jom kite pledge ye…


Monday, August 13, 2012

Buka Puasa ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ @ Restoran Nelayan Titiwangsa, KL.


Hi Korang,


Last week aku dapat jemputan ke buka puasa dengan Colgate ni di Restoran Nelayan Titiwangsa ni. Dah Churp2 & Colgate jemput haruslah tak tolak kan. Makan tuh rugi rasanya tak pergi kan.


Actually majlis ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ ni adalah acara kebajikan tahunan dari Colgate-Palmolive Malaysia bersempena dengan bulan Ramadhan ni. Acara ni adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang datangnya dari institusi pertubuhan yang telah di pilih oleh pihak Colgate.


Sementara menunggu waktu berbuka, ada pelbagai acara yang disediakan untuk anak-anak yatim ni seperti pertandingan membuat kad raya tercantik, ada persembahan istimewa dan pelbagai lagi.

Sejak dari 2008, pihak Colgate Berjaya mengumpulkan RM567,500 keseluruhan 4 kempen yang pernah di anjurkan sebelum ini yang kesemua bantuan derma ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan di seluruh negara.  Tahun ini Colgate memperkenalkan charity packs bagi Colgate Maximum Cavity Protection dan Koleksi Kayu Sugi. Dengan pembelian produk ini sepanjang kempen (1hb Julai sehingga 30hb September 2012) di dijalankan, pihak Colgate akan menderma kan 10 sen bagi setiap charity pack dan 20 sen untuk setiap twin pack





Ramai gak bloggers yang hadir macam Zaid, Anakperak, RedMummy sekeluarga, geng-geng Churpers dan Nuffies. Aku semeja dengan Eila (JejariRuncing), Kak Jem (Viruspadu) dan Ceera serta DustyHawk. Hah, berbual tak ingatlah kan sembang pasal nak raya, memacam citer kuar. Bila ambik makanan tuh, penuh semeja maklumlah steamboat kan. So bedal lah itu suka perut.


Bagi kempen ini juga, pihak Colgate telah pun memperkenalkan Facebook page yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda Malaysia ini melakukan kebajikan dengan menyebarkan melalui social media.

Caranya, mudah je

Orang ramai boleh membantu golongan anak yatim ni dengan 3 cara iaitu LIKE, PLEDGE dan SHARE.

Setiap ‘LIKE’ di Colgate Malaysia Facebook page, Colgate akan menderma 50 sen kepada badan kebajikan

Setiap ‘PLEDGE’ pula, Colgate akan menderma RM3

Setiap ‘SHARE’ atau dengan kad ucapan kepada sesiapa, Colgate akan menderma sebanyak RM1.

Best kan, so kunjungi website www.facebook.com/ColgateMY dan cuba sendiri. Mesti korang akan suka punyalah.


Lepas buka tu, ada sessi penyampaian hadiah bagi pemenang kad raya tercantik. Suka anak-anak yatim ni bila dapat hadiah kan.


Anyway, terima kasih pada Colgate yang sudi menjemput ktorg berdua ke majlis ni. At least dapat berpeluang meraikan anak-anak yatim ni kan.