Showing posts with label Cineleisure Damansara. Show all posts
Showing posts with label Cineleisure Damansara. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Movie Again : Hotel Transylvania Sangat Kelakar


Hi Korang,

Dah lama rasanya tak tengok wayang FREE dari Nuffnang dan Churp-Churp. So hari tuh adalah komen kat entry Hotel Transylvania ni so dapatlah tengok wayang FREE kat e-Curve Cineleisure Damansara.


Nasib baik ada muka-muka bloggers yang kenal so hang out dengan diorg je lah dan nasib baik gak lah dapat FREE pop corn dan FREE drinks. Rasanya sangat best!


Ok, meh citer pasal synopsis filem Hotel Transylvania


Sometimes monsters need a break too. That's why Dracula (voiced by Adam Sandler) opened Hotel Transylvania, a five-star resort where monsters and their families—including Frankenstein (voiced by Kevin James) and his bride, the Mummy, the Invisible Man, and a family of werewolves—can live it up without worrying about frightening or offending anyone in the human world.


Although he's a monster, Dracula is much like any other overprotective dad when it comes to his teenage daughter, Mavis (voiced by Selena Gomez). He makes up stories about terrible dangers in order to keep her from wanting to venture outside of the hotel. But that doesn't stop dangers from coming in.


Dracula's world starts crumbling when an ordinary human guy (voiced by Andy Samberg), manages to find his way into the hotel and happens to fall for Mavis

Bagi aku:

Filem ini mengisahkan kekeluargaan. Jalan cerita menarik, walaupun cartoon but sangat menghiburkan hati. Watak-watak macam Dracula yang very protective terhadap anaknya Mavis dan Jonathan yang gila-gila tuh sangat entertaining.


Kelakar itu yang boleh aku cakap sebab senantiasa korang akan tergelak dengan aksi-aksi lakonan hantu-hantu masa sampai di Hotel Transylvania ni. Cara diorg takut dengan manusia.


Mr Big kasi 4/5 star untuk filem ni. Best sangat.

Jom lah korang bawak keluarga menonton filem ni weekend ni, gerenti mesti korang gelak tak henggat punyalah.




Saturday, August 4, 2012

Premiere Screening Of Step UP Revolution

Hi Korang,

Last week aku dapat jemputan ke premiere screening filem Step Up Revolution di Cathay Cineplex kat The Curve Mutiara Damansara. Lama tak pi tengok wayang free ni. Best

Tak ramai yang aku kenal masa beratur amik tiket, majoriti cam blogger baru je.

Ok dah, jom layan sinopsis filem Step Up Revolution ni


The Mob sets the dancing against the vibrant backdrop of Miami. Emily arrives in Miami with aspirations of becoming a professional dancer and soon falls in love with Sean, a young man who leads a dance crew in elaborate, cutting-edge flash mobs, called "The Mob". When a wealthy business man threatens to develop The Mob's historic neighborhood and displace thousands-of people, Emily must work together with Sean and The Mob to turn their performance art into protest art, and risk losing their dreams to fight for a greater cause.

Bagi Aku :


Macam tengok filem muzikal je, mostly pasal flash mob dan tarian je. Jalan cerita mudah nak paham. Percintaan anak muda masa kini yang berlainan darjat. Satu kaya satu miskin yang akhirnya... jeng jeng jeng...

Pi tengok nanti kat wayang ek, kang kalau aku citer dah tak best plak kan.






Heronya sangat hensem dan heroin pun boleh tahan cantik jugak. Dari segi tarian memang terbaik lah, sangat cantik dan sangat smooth. Sampai step yang di kareograph tu tak terfikir dek akal. Best lah

Cam biasa Mr Big kat 4/5 star. Okla tu kan.



By the way, thanks to Nuffnang yang sudi menjemput ktorg ke premiere screening ni. Eh, bukan setakat tengok wayang FREE malah dapat juga merchandise filem ni kan.




Friday, March 23, 2012

Hunger Games Premiere Screening

Hi Korang,

Lama dah tak pi dating tengok wayang kan. So Mr Big apply citer Hunger Games ni. Then dapat plak ticket free dari Nuffnang. Apalagi pi lah tengok kat E-Curve. Ramai betul orang coz ada yang dapat free ticket dari company lain gak. Nak masuk pun boleh jem coz diorg nak check bag bagai kan.

Sempatlah sembang2 dengan Putra87, si pengantin baru Jamar dan Cik Nunu, adik beradik Zaid dan Uzair sementara nak masuk tuh.


Meh layan sinopsis sket filem Hunger Games ni:



Every year in the ruins of what was once North America, the evil Capitol of the nation of Panem forces each of its twelve districts to send a teenage boy and girl to compete in the Hunger Games. A twisted punishment for a past uprising and an ongoing government intimidation tactic, The Hunger Games are a nationally televised event in which “Tributes” must fight with one another until one survivor remains.

Pitted against highly-trained Tributes who have prepared for these Games their entire lives, Katniss is forced to rely upon her sharp instincts as well as the mentorship of drunken former victor Haymitch Abernathy. If she’s ever to return home to District 12, Katniss must make impossible choices in the arena that weigh survival against humanity and life against love.


Bagi aku:-

Jalan citernya slow sket. Aku hampir nak tertido untuk 1/2 jam yang pertama. Biasalah nak tunjuk pemandangan dalam District 12 tuh. Then barulah rancak sket dan faham jalan ceritanya. Game pasal hidup dan mati. Ada 24 peserta dan 1 je pemenang so kenalah diorg ni bunuh each other untuk survive. Action pun ngeri2 gak aku tengok.

Cam biasa Mr Big bagi 3/5 je coz dia rasa citer ni mengaibkan citer realiti tv. Last minute boleh tukar rules plak kan. Nasib baik budak berdua tu bijak so selamatlah diorg. Tapi ada yang tak selamat tau jeng jeng jeng..

Tak kan aku nak citer semua, korang pi tengok sendiri kat panggung je. 

CLP notes : Terperanjat aku bile ada binatang beso kuar dari semak tau... serammm uuuu


Thursday, February 2, 2012

Premiere Screening Of 'Chronicle' @ E-Curve Damansara

Hi Korang,

Dah lama tak dapat movie screening dari Nuffnang (padahal baru 3 week lepas tengok kan), so ktorg pun merayap lah ke Cineleisure Damansara coz screening 'Chronicle' kat sini. Tak ramai yang ada maybe time weekdays kot diorg ni malas nak berjalan. 


Aku mintak tolong khairi amikkan tiket dan sempat jugak ktorg borak-borak kosong dengan Nuffies Farah dan Joel sampai sreening start.

Meh baca dulu sinopsis 'Chronicle' movie ni ek


New technologies and social communities allow us to record, post and comment on every second of our lives, sharing our every emotion and opinion with the world, no matter how mundane.
For three high school classmates who suddenly gain superpowers from a mysterious substance, the chronicle of their ordinary lives is about to take on extraordinary turn. Initially they use their powers to play innocent pranks on each other and people around them, but soon they gain confidence and learn to control their powers better to take on more difficult tasks.

Their newfound sense of immortality and impunity will force them to evaluate their own morality to ultimately decide where to draw the line about how far they should go.

Bagi aku :

Okla jalan citer straight forward boleh agak endingnya. Action memang terperanjat-terperanjat aku tengok. Masa  bebudak bertiga ni lepak kat awan tup-tup kena langgar dengan aeroplane. Yelah bebudak remaja yang biasa-biasa tetiba dapat superpower, tak ke jadi bongkah dengan mengenakan orang ramai yang sampai bawak maut. Kesudahannya memang terbaik ooo. Korang pi tengok sendiri lah ek.

Mr Big kasi 3 / 5 rating. Ok ok je dia kata

Dah start pun filem ni kat panggung mulai 1hb Februari 2012. 

CLP notes : Kalau aku ada superpower, haruslah aku angkat kereta2 yang lembap duk sebelah kanan tu campak je kat tempat lain. Baru diorg tau kan. hahahahahaha



Friday, January 13, 2012

Première Screening Of 'Contraband' Film


Hi Korang,

Lama betul tak citer pasal movie screening kan? Yelah sejak pi Penang hari tuh mana aku ada masa nak pi screening. Terasa cam rugi gaklah coz banyak filem aku miss.


Bila Nuffnang open tiket untuk filem ‘Contraband’ ni, terus je aku apply kan. Mana tau ada rezeki dapat. Bukan 1 or 2 tiket aku dapat but 4 tiket ooo. Nak ajak sapo ni, ermm tak yah takut semua orang sibuk kan

Malam rabu tuh, ktorg pi kat Cathay Cineleisure The Curve tengok filem ni. Sampai dah lambat nasib baik, mintak tolong bro Jamar dengan Putra87 amikkan tiket. Lega sket rasanya, makan Mc D pun tak de tercekik sangat sebab nak cepat.


Orite, meh layan synopsis filem Contraband ni dulu ek:-

Chris Farraday (Wahlberg) long ago abandoned his life of crime, but after his brother-in-law, Andy (Caleb Landry Jones), botches a drug deal for his ruthless boss, Tim Briggs (Giovanni Ribisi), Chris is forced back into doing what he does best-running contraband-to settle Andy's debt. Chris is a legendary smuggler and quickly assembles a crew with the help of his best friend, Sebastian (Ben Foster), to head to Panama and return with millions in counterfeit bills. Things quickly fall apart and with only hours to reach the cash…. Jeng jeng jeng


Bagi aku :

First reason yang aku nak sangat pi tengok filem Contraband ni selain dari menang tiket wayang free ialah aku memang suker yang amat dengan Mark Wahlberg yang ensem ni. Majoriti semua filem dia berlakon aku tengok. Dia nie Nampak cool je bile deal dengan something. Bagi aku jalan citer mudah nak paham, boleh predict endingnya camne. Idea2 menyeludup ni memang hebat lah, yelah barang2 yang beso gajah pun diorg ni boleh bawak masuk. Semua yang tak di sangka2. Tapi kawan dia tu memanglah tak de hati perut langsung.

Citer pasal loyalty of friendship, kasih saying dalam family, kira oklah walaupun agak lembap sket pada mulanya. Biasalah semua citer cam tu, kalau nak action je baik tengok WWE or Muaythai.

Cam biasa Mr Big kasi 3/5 je coz dia yang kata citer ni lembap, padahal dia jeles tu coz aku suker nau dengan si Mark Wahlberg tuh. Khakahkahakha

Filem ni dah mula di tayangkan semalam kat pepanggung dalam Malaysia ni. Baik korang pi tengok at least ada jugak nak buat kan daripada duk lepak kat shopping complex tu ek.

CLP notes : Nak jadi menyeludup, kene belajar sains okeh. Pandai gunakan apa jua barang yang ado di sekeliling kito kan.

Pics : credit to google ( tapi nampak cam gambo tu pecah lah x cantik)

Saturday, March 12, 2011

Nuffnang Premiere Screening Mars Need Moms

Hi Korang,

Rabu lepas, aku dapat lagi tiket free dari Nuffnang untuk tengok citer Mars Need Moms kat Cineleisure The Curve. Aku sorang je coz Mr Big balik lambat so tiket yang lain aku bagi kat PojiePooh memandangkan dia free malam tu.


Meh layan sinopsis nie:-


Cerita ini mengisahkan usaha seorang anak dalam menyelamatkan ibunya yang di culik oleh orang2 kat planet Mars. Pelbagai halangan yang terpaksa si anak tempuhi dan macam-macam jenis makluk yang dia jumpa. Cerita ini memang ada suka dan duka, kelakar dan hiba.. Dalam cerita ini juga korang akan kagum dengan gadget2 yang digunakan dalam watak tersebut. Memang canggih betul kalah Bumi.


So far, oklah citer ni. Sesuai  untuk tontotan sessi keluarga time2 cuti sekolah ni nanti kan. Kalau mak2 yang tengok mesti ada feeling sedih2 sket.
 
Itu je

Thursday, March 3, 2011

Nuffnang Premiere Screening Iam Number Four

Hi Korang,

Lambat plak aku update citer pasal tengok wayang ni ek. Yelah busy betul lah katakan.

Rabu lepas aku dapat lagi invitation untuk premiere screening cerita Iam Number Four. Ermm sapa bagi? Mau tanya lagi plak, Nuffnang lah. Mr Big cakap citer ni 'Den  Nombo Ompek'. Bengong tak?


Aku sampai awal kat The Curve, so sempatlah dinner kat Little Taiwan kan. Not bad jugak makanan dia, korean style. Sementara tengah makanan sampai, aku pi beratur amik tiket dulu. Ramai jugak dah beratur. Nasib baik kenal lah, Tikkos yang sentiasa ditemani oleh ibunya dan Elywen yang tengah menunggu datenya. Borak punya borak, Jackie pun sampai. So lepas dapat tiket terus turun bawah sambung makan balik.


Di sebabkan movie start dalam kul 9.30pm, ktorg sempatlah merayau dalam bangunan ni, dari atas sampai bawah. Just cuci mata je. Dah boring naik atas balik, then sambung borak plak dengan K Red. Muka cam letih je, yelah baru baru dari event Dato Siti katanya.


Eh, dah melalut banyak nie, sambung pasal filem Iam Number Four ni balik okeh.

Nah, layan sinopsis citer nie dulu tau.


Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.
 
Mereka ini datang planet asing untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh musuh. Cuma ada 9 orang yang layak untuk menentang musuh dan juga membangunkan kembali keamanan planet mereka. Jadi Mamat yang no. 4 ni paling berkuasa di antara 9 yang lain. Dia kena mencari 5 lagi untuk bersatu menentang musuh. Kenapa 5 bukan 8 kan? So korang kenalah tengok citer, baru mantops!
 
Wei, best citer nie. Actionnya tak terduga. Korang kena berfikir sket lah untuk fahamkan karektor dalam citer nie. Ada sket romance lah. Suka kan korang romen2 nie.
 
Ok aku baru 4/5. Tapi itu dari pandangan contact lens aku yang power 600 ni kan. Tak tau lah korang.

Itu je..

Thursday, January 20, 2011

Premiere Screening Seson Of Witch

Hi Korang,

Ermm hari nie hari cuti yeah!.. tapi aku plak kene keje. TQ kat bos aku yang paksa ktorg kat site keje. huhuhuhuhu..


Eh, terlupa plak nak citer. Aku dapat tiket free citer Season Of Witch nie. Ala Nuffnang bagi hari tuh. Cam biasalah premiere screening. Tapi citer tu pun dah kuar kat sekarang nie so aku buat review sket jelah kan.

On the way beratur nak collect tiket tu, ramai betul bloggers tak aku tak penah jumpa. Majoriti semua bloggers baru yang aku kenal cuma Zaid dan Jejai je. Aku rasa memasing segan kot nak tegur aku dan aku pun segan nak tegur diorg kan yelah, aku nie kan muka gangster buat bodo je beratur sambil makan ayam goreng kan.


"A 14th century Crusader returns to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest, a grieving knight, a disgraced itinerant and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardises the knight's pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destructive force"


So pada pandangan aku :

Jalan citer okeh, tapi aku kena tengok betul2 sebab tak silap aku x de subtitle masa aku tengok hari tuh. Lagi plak English accent dirog nie pekat betul, kene listen and understand every word yang diorg cakap tu. Ada aksi seram2 wei, terbang-terbang lagi. Memang ada terperanjat2 sket lah. Jangan tertipu dengan tajuk bukan witch yang kuar pun demon/setan yang muncul tau.

So not bad jugak lah citer nie.

Ok nak sambung buat benda2 yang patut bila bos tak de kan.. huahauhauhauahau..

Wednesday, November 3, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

Hi Korang,


Rapunzel A Tangled Tale

Aku kalau dapat rambut emas 70 kaki panjang yang cantik giler nie macam Rapunzel, haruslah aku memanfaatkan sesungguh hati. Memanglah nak jaga tu susah tapi aku akan buatkan rambut Rapunzel aku nie berguna untuk aku.

So, bagi menampung perbelanjaan penjagaan rambut Rapunzel aku nie, aku akan buat business rekreasi kecil-kecilan di kawasan rumah aku nie iaitu


BUGGY JUMPING

La sebab ape? Aku kan duduk umah burung merpati (condo). Tingkat tinggi plak tu kan. So why not, aku cuba bisness nie. Lagipun kat tempat aku nie, tak de tempat untuk remaja belia beriadah. Kalau playground bebudak kecik tu adalah.


Aku buat bisnes nie on weekends je. Maklumlah time cuti kan. Semua orang ada rehat2 kat umah. So station nak lompat tu, aku buatlah booth kat tingkat yang paling atas sekali. So orang2 dari building lain pun boleh nampak.



Ala aku charge memurah je bukan harga oversea tau, lagipun aktiviti keluarga kan. Mak bapak anak2 pun pun boleh main sekali. Nanti pepandailah aku adjust ketinggian kan. Dah nama rambut Rapunzel.


So bolehlah diorg2 yang datang main nie praktis buggy jumping sebelum pi buat real buggy jumping kat oversea kan.



By the way, kalau betul2 aku ada rambut cam cik Rapunzel nie, ishk memang aku treasure bebetulah.

Tapi yang cuma ada:-

Ini je yang ado!... Cik Lily Putih Si perasan Rapunzel

La bukan apa, korang baca nie...Nuffnang la nie.. Ada nak kasi tiket wayang free lagi.

The 40 most creative blog posts will win a pair of invites to watch Rapunzel : A Tangled Tale 3D on 24 November! On top of that, we have a few prizes for those who outdo themselves in their blog post this time. Wanna know what’s up for grabs?





Oit, cepatlah join. Korang tak nak ke hadiah2 yang gerek2 nie ek?

Monday, October 25, 2010

Nuffnang premier Screening You Again

Hi Korang,

Ermm terlambat plak citer pasal nie sebab last week sibuk pergi course untuk jadi doktor tau. La korang tak caya ke? Tunggu nanti okeh.



Jumaat lepas, dapat jugaklah aku tiket free from Nuffnang citer You Again nie kat Cathay Cineleisure Damansara. Aku di antara orang2 yang terawal sampailah. Sempat lah pi makan kat Ikea kan.


Citer You Again nie best gak. Kelakar tau. Ala citer time sesekolah dulu. Yang asyik duk kena buli je kan. Bila dah besar yang membuli boleh jadi bakal kakak ipar yang dibuli. Hah, terus terperanjat. Disebabkan takut abang dibuli nie kena buli lagi teruk so memacam caralah yang dibuli nie memprotect abangnya dari sipembuli nie. Padahal pembuli nie dah insaf sebenarnya.


Dengan Akuzle Ayu


Ramai jugak jumpa bloggers lain seperti akuzle Ayu, Ruby,Vinnie, Nia, makdara terdiva dan Amy. Geng2 tali barut pun ada gak seperti CheArm,Sumijelly,Jejai Fink, Anakperak,Redlinda. La abis movies baru jumpa RedMummy yang padahal sebaris je duk dengan aku. Hamzah, sejak ko ada CikShara nie, k lily pun ko tak perasan ek.. ishkk menyampah tau..

Memekak2 dalam panggung sebelum citer tu start. Maklumlah ktorg duduk semuanya dekat2 belaka. Kelakar betul lah...

p/s: sesape ada gambau muke aku, bagitau tau. Nak ek? plz...

Wednesday, September 29, 2010

Premiere Screening of Alpha & Omega with ChurpChurp

Hi Korang,


Malam tadi Jac from Nuffnang ajak pi tengok wayang citer Alpha & Omega. Actually bukan dia ajak aku soranglah. Ishk perasan :).. ChurpChurp bagi tiket wayang citer nie. Ala tengok kat The Curve je.


So sampai awal gak, so pi meronda dulu satu cineleisure nie. Tak beli apa pun. Cuci mata je. Sebab semua dah ada. Wah riak gitu ayat!..

So pi amik tiket dengan Jac. Lawa plak dia nie. Bila aku pi office Nuffnang hari tu, dia cam ala2 tak kemas je. Maybe pi keje je kot so pakai sempoilah. tapi sayang x sempat amik gambo dengan dia coz dia cam busy2 plak tanda2 nama Churpers yang register lah.

Tengok pakai selipar je, coz tak sempat nak tukar kasut lah.

Nah korang layan sinopsis citer nie:

What makes for the ultimate road trip? Hitchhiking, truck stops, angry bears, prickly porcupines and a golfing goose with a duck caddy. Just ask Kate and Humphrey, two wolves who are trying to get home after being taken by park rangers and shipped halfway across the country. Humphrey is an Omega wolf, whose days are about quick wit, snappy one-liners and hanging with his motley crew of fun-loving wolves and video-gaming squirrels.
 Kate is an Alpha: duty, discipline and sleek Lara Croft eye-popping moves fuel her fire. Humphrey’s motto – make ‘em laugh. Kate’s motto – I’m the boss. And they have a thousand miles to go.
 Back home rival wolf packs are on the march and conflict is brewing. Only Kate and Humphrey can restore the peace. But first, they have to survive each other.

Bagi aku citer nie sesuai untuk bebudaklah. Tapi orang2 cam kita pun bagus tengok. Dapat pengajaran sket kan. Kalau korang nak tengok, aku suggest tengok yang 3D punya. Memang mengancamlah...

So, that it... Best!


p/s: HamzahIan, masa ko bermsg2 dengan K lily semalam, ktorg kat sinilah. Jangan jeles tau. Jumpa Chearmster dengan anak ikannya yang comel gitu. Eh! sejak bila plak ko jadi SumiJelly ek.

To Dak Mok, Hepi Burfday yang ke...... Mana boleh bagitau, rahsia katanya. Sorry tak dapat join makan kat Victoria Station semalam. Lain kali kite pu makan sekali ek

Saturday, June 26, 2010

Sesuatu Yang Diidamkan Ketika Ini

Selamat Pagi Korang,

Ntah tetiba, tengah2 duk melayan internet memalam nie aku mengidam benda2 nie.

Meatballs

Chicken Wings

Spagetti

Air Soda Yang Tak de rasa & colour tuh

Agaknya sebab perut aku dah start berirama hip hop kot, maklumlah aku dinner tadi pukul 7. Tapi bila memikirkan apa mrBig cakap kat aku tadi terus terbatal niatku nak makan biskut.

Korang nak tau tak mrBig cakap apa kat aku tadi? Nah cam nie..

Lily : Dear lapar plak memalam buta nie.
mrBig : Hah lapar lagi, biar betul u nie. U tak penah cam nie.
Lily : Hah la dear, lapau sesangat nie.
mrBig : U jangan dear, i tengok babat u dah tebal seinci sejak pindah Nilai nie. Kang jangan cakap i tak kasi warning..
Lily : Alamak! ye ke? Ishk minum susu jelah.

Aduh! kena berdebuk aku sekali. Jawabnya aku kene start diet nie.


Tapi sebelum tu, bagi aku makan lembu seekor dulu kat Marche nie. Baru aku start diet. Huahuahuahauhauhauhau!