Showing posts with label Cik Lily Putih. Show all posts
Showing posts with label Cik Lily Putih. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

Samsung GALAXY Life App Launch


Hi Korang,

Keluar masuk ke KL lagi.


Now aku ke Renoma Cafe Gallery di Jalan Bukit Bintang last Friday. Nasib baik masuk KL tak jem langsung so cepatlah sampai before 6pm dah sampai. Dah awal apa lagi, duk borak-borak je dengan bebudak media lain la.


Sebelum event start, sempat gak lah check it out ada booth dari partners yang terlibat dalam Galaxy Life App ni. Ada Coffea Coffee dan Shawn Cutler selain daripada partners lain macam Celebrity Fitness, Bioterm, Easy Teksi, FoodPanda, BurgerLab, EscapeRoom serta banyak lagi




Tengok coffee art ni, rasa sayang plak nak minum ek. Cantik-cantik belaka malah kreatif plak tuh.


Sempat lagi kalau sesiapa nak touch up rambut kan, Shawn Cutler ready je membantu. Tapi aku malas nak buat coz bukan nak pi mana pun balik umah je pas ni.


Majlis di rasmikan oleh Mr Vincent Chong dari Samsung. Just nice simple speech je.




Kemudian ada fashion show dari ZALORA team, memperagakan pakaian mereka dengan Samsung Galaxy Life App di tangan. Gaya sangat!!



So korang yang Samsung smartphone owner boleh download dan install Galaxy Life App ni secara PERCUMA ye. Ala search je kat Google Play Store tau.


Nak tau lebih lanjut, meh klik kat http://bit.ly/GALAXYlife


Galaxy Life memberikan kemudahan yang ringkas buat pengguna samsung, lebih senang untuk di access dari beberapa category seperti: Live, Entertain, Learn, Play, Connect, Work and Surprise. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut download je cepat ek.


Aku memang dah lama install app ni,  yang penting setiap event yang ada di dalam samsung app tu korang boleh redeem untuk dapatkan harga promosi yang kaw-kaw punye. 


Monday, November 12, 2012

Terpilih Ke Cabaran Seterusnya Dalam IPhone 5 Gadget Impian

Hi Korang,

Berita gembira yang aku baru tau tengahari ni tadi.


Yeah, terpilih gak menjadi one of the contestant dalam Contest dari denaihati.com ni iaitu iPhone 5 Gadget Impian.

Tak caya ke?


Tengok list ye. Kan ada nama aku tuh. Wah bangga kejap tau. Ermm belum tau lagi cabaran untuk tugasan akan datang, janganlah yang susah-susah ye. Aku ni bukan pandai sangat berblogging ni.

Alah cuba-cuba nasib je, kalau tak menang tak per janji publisiti meningkat kan. 

So congrats gak 85 blogger lain yang join contest ni ye.








Thursday, April 26, 2012

Bila Blogger.Com Berwajah Baru

Hi Korang,

2-3 hari ni aku agak struggle sket bila nak tulis entry kat blogger.com ni. Mana taknya blogger.com nie  dah berwajah baru. Tak caya meh tengok nie.


Hah, pelik kan. Kat mane ko nak write new post, kat mana nak reply comments, nak view blog lagi.  Sampai nak cari button publish pun tak jumpa. ishkkk aduh aduh aduh mana tahan batin ku..


Yang lagi pening, time nak baca blog list blogger lain. Kat mane nak cari pun tak tau lah. Kena tekan semua button baru leh jumpa.

So korang, janganlah bising kalau aku lambat reply email ye. Memang tengah bersusah payah sekarang ni.

CLP notes : Sabar ek sebab sabar tu separuh dari iman....


Sunday, January 30, 2011

Awak Ni Cina Ke Melayu?

Hi Korang,

Hari nie aku berhibenasi je kat umah. Yelah kan hujan dari malam tadi sampai sekarang nie. Dah macam kat Cameron Highland dah cuaca kat umah aku nie.

Pagi semalam sebelum aku pi servis kete sempat jugaklah pi masukkan duit kat bank. Biasalah cukup bulan. Semu hutang2 mestilah kena bayar kan.

Hui, ramai jugak orang ek, yang masuk duit, yang kuar duit, yang masukkan cheque ermm memacam lagi lah. So abis je aku bank-in duit then nak kuar lah kan, tetiba aku kena tahan. Jeng jeng jeng... Ishk seram jugak kan. Pandang punya pandang rupanya ada satu auntie cina nie nak tanya aku something

Auntie Cina : dhskhfsfuF%#%%JSNCXKV (dia cakap cina, mana aku tau kan)
Aku : Autie wa po ming pai lah.. (Aku tak paham lah)
Auntie Cina : Eh, u bukan cina ke?
Aku : Eh, bukan lah saya melayu
Auntie Cina : Ayo.. dari saya ingat u cina lah. Ermm takpe2 mari tolong saya bacakan ini no account. Saya lupa bawak spek mata lah
Aku : Ooo ok ok saya tolong auntie..



 Lepas settle tolong auntie tu tadi aku terus masuk kete then terus citer dengan mrBig. Dia cakap apa, memang u dah muke cam cina, pakai pun dah macam cina. So cam ne orang tak ingat yang u tu melayu kan.


Cakaplah aku cini, aku kuntau korang nanti tau..

Tapi memang betul, kalau orang tak kenal aku mesti aku nie sabahan, sarawakian yang selalu tu orang ingat aku nie cina la kan. Eh, aku melayu tau.

Friday, November 26, 2010

Untuk Yang Tersayang

Hi Korang,

Nie sambungan citer semalam. Actually aku pi Starbucks tu pun ada sebab jugak. Selain nak minum Hazelnut Hot Chocolate aku jugak beli nie




Untuk someone tersayang. Eh, Bukan MrBig sorang je la. Ada ramai lagi jugak yang aku sayang tapi mrBig no satu lah kan.


Actually untuk sister in law aku.

Dengan ucapan :


Happy Birthday to Cik Siti Radz May all you wishes come true. Ktorg mendoakan yang terbaik untuk awak je tau.. We love u..

Sorry tak dapat join birthday dinner malam nie coz ada keje sket nak kena settle. Please redeem your gift kat Along ek.



p/s: Keje sket? Ada kene review 'Peter Pan The Musical' lah.