Showing posts with label Christmas Party. Show all posts
Showing posts with label Christmas Party. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Fish & Co Christmas Party Dan Fish’mas Platter Set Menu.

Hi Korang,


Biasalah bila dah dekat hujung tahun ni, blog Cik Lily Putih ni dapat banyak jemputan makan-makan sempena perayaan Krismas tidak lama lagi. So memang senantiasa makan jelah kan.


So baru-baru ni Fish & Co memperkenalkan hidangang menu Krismas yang dikenali sebagai Fish’mas Platter. Majlis di adakan di outlet Fish & Co Pavilion KL.





Party yang cukup meriah yang dihadiri lebih dari 150 tetamu termasuklah media, VIP selebriti seperti Hujan, Vagabonds, pahit manis dan Oh Chentaku! Turut hadir ialah blogger lifestyle seperti Shakiddo.com, HazmanFadzil.com, Mahamahu.com, CikLilyPutih.com dan KitePunye.com.




Ok sempat ktorang bercamwhore di photobooth yang di sediakan. Posing sebanyak mungkin la iolls, sampai bosan dah budak yang jaga booth tuh.. hehehehhe teruk ek




Steve Tan, Pengarah Ikan & Co merasmikan pelancaran Fish’mas Platter bersama-sama dengan Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion KL.“ This Christmas, we were inspired by Caribbean cuisine. Traditionally, people at the Caribbeans grabbed whateveringredients they have and cook it in a pot. We wanted to serve our guests with some oven-baked Cajun seafood goodness with extravirgin olive oil and various spices,” Steve memaklumkan kepada tetamu.

Ermm abis je launching, ada pelbagai permainan yang di sediakan untuk ktorang yang hadir ni.




Sempatlah ktorang main game as ‘Most Amazing Santa Beard’ dan ‘Fill the Stocking’. Sampai sakit-sakit perut gelak kan, semasa main game ni. Game ni biasa je, tapi lawaknye yang lebih. Menang bawak balik voucher makan di Fish & Co RM50 ermm best kan.

Ok its makan time,

Inilah dia Fish’mas Platter Set




Terdiri daripada sekuali besar makanan laut seperti clams, mussels, udang dan sotong serta termasuk juga dengan ayam yang dibakar berjuicy dengan rempah Cajun. Di tambah sekali dengan Fish’mas secret spices dan minyak zaitun.

Set ini di datangkan sekali dengan sup dan minuman ringan untuk 2 orang.

Harga RM89.95++.


Jom dapatkan set Fish’mas Platter ini di ke semua outlet Fish & Co seperti 1 Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, Tempat Utama @ USJ 21 dan outlet terbaru, IOI City Mall @ Putrajaya untuk masa yang terhad bermula dari 1 Disember 2014.


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, 



Friday, November 21, 2014

Jom Ke Bazaar Le Marché de Noël, CARCOSA Seri Negara & Hadiah Menarik Menanti Korang

Hi Korang,

baca sampai abis untuk sertai giveaway tau!


Sekarang ni, kan dah dekat dengan bulan Disember kan


So Christmas is coming, yeah.. walaupun kita ni tak menyambut, tapi kemeriahan di Malaysia ni tetap terasa. Sana sini shopping complex sibuk dah gantung sana-sini deko untuk Krismas kan. Office aku ni lagi lah, keje dengan orang German ni ikutlah adat diorang. Tak lama lagi, adalah pokok yang siap berlampu-lampu dengan pintu office ni.


Bagi mereka yang menyambutnya ermm dah sibuk dah cari barang-barang untuk di hadiahkan pada yang tersayang, dah cara diorang cam tuh. Bertukar-tukar hadiah…

By the way, kalau tak tau apa lagi nak dihadiahkan pada yang tersayang, korang boleh ke Le Marché de Noël iaitu Bazaar Amal Perancis yang di adakan setiap tahun.


Lebih 50 gerai yang mengambil bahagian di dalam Bazaar ini yang menjual produk-produk buatan tangan seperti, baju kanak-kanak, wanita, aksesori unik, makanan tradisional Perancis, boleh minum-minum kopi sambil di dendangkan dengan alunan lagu-lagu tradisional Krismas Perancis. 

Ermm bestnya


Ini merupakan tahun keempat Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas anjuran sekumpulan like-minded wanita Perancis yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ini. Segala hasil amal kutipan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Pada tahun ini, acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM130,000 untuk Make-A-Wish Malaysia dan A- Heart for A-Heart Programme (oleh Gleneagles Kuala Lumpur). Tahun lalu, anak-anak menderita kanser tulang, kanser ovari, dan leukemia limfoblastik akut dan osteosarkoma dibantu dengan memenuhi kehendak mereka dan pembedahan jantung disokong untuk mereka yang bertuah ini.

Le Marché de Noël berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak dan keluarga mereka dengan menyumbang ke arah penjagaan perubatan mereka atau dengan menunaikan hasrat- hasrat Krismas mereka. Ahli-ahli jawatankuasa, Barbara Bersano-Bosc, Elodie Michel, Flavie Causse-Ozair, Nadege Lubrano, Sandra Cociella dan Zou Little, akan sedaya upaya membantu mereka-mereka insan yang teristimewa ini.

Korang yang excited nak pi, ermm ini aku kasi details ek


Le Marché de Noël 

Venue: 
Carcosa Seri Negara 

Date: 
4 December 2014 

Time: 
Christmas Bazaar: 10:00 am - 5:00 pm 
French Christmas Party: 7:30pm - late 

Ticket Price: 
Christmas Bazaar: RM20 per person pre-sale and at the door 
French Christmas Party: RM150 per person with advance purchase 

Where to buy tickets: 

1. Gadis Manis, Publika 
2. Lycee Francais de Kuala Lumpur 
3. French Association of Malaysia 
4. Selected international schools 


Ok ada berita baik untuk korang,

Team Bazaar Le Marché de Noël bermurah hati untuk hadiah kat pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Eleh sukar lah tuh.

Korang kena jawab 2 soalan dan 1 slogan kreatif mengenai bazaar ni tau.

Soalan 1 : 
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Soalan 2 : 
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana_______________ (ikut kreativiti koranglah dan yang penting meletopss)

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama :
Email : 

So senang sket aku nak contact korang nanti.

Hadiahnya adalah :

Pemenang Pertama : 
1 Melvita hamper worth RM250
Pemenang Kedua : 
 1 Sothys Voucher worth RM50
Pemenang Ketiga : 
 1 Melvita Voucher worth RM20

Itu sahaja


Untuk details lebih lanjut mengenai Bazaar Le Marché de Noël, korang boleh log in ke 


ataupun 

Facebook page https://www.facebook.com/leMarchedeNoel.


Telefon : Barbara Bersano-Bosc 017-351-4871 or Flavie Causse 012-6823-411 

So cepatlah jawab ek..