Showing posts with label Cendol Sedap. Show all posts
Showing posts with label Cendol Sedap. Show all posts

Wednesday, July 12, 2017

Makan Tengahari Masakan Penang di Teochew Cendol

Hi Korang,

Kan aku cakap payah nowdays nak pi lunch kan sebab kedai makan tak do so sometimes kalau mood rajin aku ke The Mines, alah dekat bebenau shopping mall ni dengan office aku cuma nak balik je jauh sket dan kena bayar tol

Hari tuh sebab dah rasa bosan nak makan nasi ayam goreng kunyit tuh kitaorang berjalan ke The Mines ni, tak plan pun nampak je kedai cendol ni then terus masuk. 


Rupanya bukan setakat cendol je tau ada lagi menu-menu lain makanan orang Penang. Ya ampun tengok menu je dah pening tak tau nak makan yang mana sebab nampak sedap bebenau.

Sudahnya aku makan

Prawn Mee hoon

Kuahnya ringan sebab bukan bersantan pun, isinya banyak of courselah mesti ada udang , tak terlalu pedas, portionnya banyak sampai rasa tak larat nak abiskan tapi habis jugak sambil borak-borak. 

Si Anne kawan aku ni makan


Mee Kari

Memula aku ingatkan kuah putih mee kari ni, sekali nyonya tuh cakap gaulkan sambal kat sudu tuh nanti baru kuahnya bertukar warna ermm memang ye pun ko. Terus tukar warna, tak terlalu pekat, rasa cam masin sket maybe sebab pastenya pekat agaknya. Tapi still tak boleh lawan Mee Kari FoodCourt KLCC yang sedap bak hang tuh!! 

Dah sudah semestinya kena order cendol, barulah lengkap pi makan di Teochew Cendol ni.

Cendol Original

Ada jugak pelbagai jenis cendol yang boleh dipilih, durian ada, pulut ada, jagung ada ikut kesesuaian tekak korang lah kan. 

Ermm teringin nak makan?

Boleh je singgah di mana-mana outlet Teochew Cendol ni, kang kalau aku listkan penat pulak korang nak baca ek. 

Dah itu je



Kaki Bebel,


LILY




Thursday, October 14, 2010

Kerja Oh Kerja


Kerja
Semua orang nak keje sebab nak dapat duit

Kerja
Memang penat, maklumlah cari rezeki kan

Kerja
Bos aku cakap `Never Ending Process’, sebab hari-hari buat benda yang sama

Kerja
Kenalah banyak bersabar dengan orang yang ada sekeliling kita nie.

Kerja
Kalau boleh jangan bertangguh, bila nak siap

Kerja
Jangan terlalu bergantung dengan orang lain, payah nanti

Kerja
Kalau berkira mesti tak jalan punya


Tapi bila kerja
Dah mula melambak2 atas meja, rasanya harus aku campak je kat tong sampah kan.


Dah lah kerja,
Baik aku pi kantin dulu, isi perut dengan cendol, wah sedap gitu…


Ermm nie gara-gara x sempat nak makan tengahari tadi.. Itu yang marah tuh.

Wednesday, March 10, 2010

Cendol Sedap di Waktu Petang

Salam bahagia,

Cendol, adalah sejenis manisan yang sungguh sedap dan enak di makan di waktu petang yang cuacanya tengah panas mencarak yang peluh2 menitis cam air hujan.

Sebenarnya aku manalah pandai buat cendol nie. Nie semua mak aku lah yang ajar. Dia nak ajar cara buat cendol sendiri, tapi aku cakap tak payahlah. Ajar cara yang paling mudah dan cepat untuk makan cendol nie.

So dia pun tunjukkanlah cara membuatnya.

Memula sekali:
mesti ade cendol

masak gula kabung/gula melaka sampai cair

Santan kenelah perah dulukan, kemudian barulah dicampurkan cendol yang di tapis tadi

pas tu campurkanlah dengan gula melaka tadi

inilah cendol

tapi gambo cendol yang dalam mangkuk tu aku amik kat google, sebab cendol yang dah siap di decorate tu dah kene sambar dengan model aku yang paling setia iaitu mr. Big. Dia nampak je trus amik bawak makan kat bawah pokok depan umah mak aku ari tu.

Yang best tu, lepas dia tambah 3 kali, trus masuk bilik dan tido. Korang tengok, tak ke macam ular sawa kan? ishk...

p/s: mrBig memang cam tu, dia suker makan. la korang jeles ke??