Showing posts with label CRES. Show all posts
Showing posts with label CRES. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Hasil Berblogging, Memang Berbaloi.

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal couple yang naik darah sebab stress sangat keje. La korang tak tengok lagi. Ni click kat sini.

Hehehehhehe jangan marah tau. Untuk entry tu walaupun aku tak menang but still the sponsor sudi memberi saguhati kepada ktorg yang tak menang ni as per Nuffnang said. Wah gembira jugak lah, kiranya berbaloi jugak tak menang.

So hadiahnya ialah

Tiket wayang dari GSC.
Cian jugak aku paksa mrBig pi collect hari tuh kat Nuffnang opis. Aku siap type instruction how to get there by sms je. Nak jumpa sapa, naik lift tingkat berapa, kat mana nak parking ermm memacam lagi lah.

Tapi yang dia perasaan ada set PS3 kat tepi dinding opis diorg ni, siap ada guitar dan drum tuh untuk main Guitar hero punya game. Kagum plak dia kata. Mesti seronok kalau dapat keje kat Nuffnang ni.

Dapatlah beli product mencantik kan diri kan

Selain daripada menang tiket wayang dari Nuffnang, aku jugak ada menang product voucher dari Cres Wellness Spa. Dah pi collect pun hari tuh but tak sure nak guna bila untuk beli product diorg ni. Tengah fakir-fikirlah ni.

Ermm sapa kata berblogging merugikan? Untung apa. Walaupun aku jarang dapat B.E but still aku selalu dapat sponsored post kan.

Hehehehehhe jangan jeles.

p/: Aku dah 2 event utk review, 2 product review. Aduh, kene kuat keje lagi ni.

Friday, October 8, 2010

Terasa Begitu Manja Sekali

Hi Korang,


Mesti bestkan dapat lepak kat spa lelama.

So 2 hari lepas aku berpeluang untuk merasai cam ne agaknya duk lelama kat spa buat body treatment especially buat facialkan. Spa Cres di Jusco Balakong jadi pilihan lagipun dekat dengan umah aku.


So dah buat appointment bagai, aku pun sampai. Sementara tunggu diorang siapkan bilik, sempat jugak diorg hidangkan aku chinese tea dan some sweet. Lepak kat hall sambil tengok2 majalah kejap. Tup-tup diorg panggil suruh masuk bilik tukar baju. Bilik memang just nice untuk 2 orang je, but ada jugak bilik2 lain yang besarlah.


So lepas dah tukar baju bagai, so process facial pun bermula selama 1 jam lebih. Tugas aku baring je. Memang seronok lah, terasa dilayan seperti tuan puteri yang turun dari kayangan lah. Ms Connie iaitu tukan tepek segala mak neka cream kat muka aku nie memanglah lembut je buat keje. Sket pun tak rasa pedih ke cream masuk mata ke, urut kuat sangat ke. Memang superb lah dia nie. Mesti dah lama training kan.

Dari satu proses ke proses yang berikutnya, memang indahlah. Aku siap tetido tuh.Maklumlah dengan bau haruman yang cukup wangi sambil dibuai instrumental melodi. Korang bayangkanlah. Bila aku celik mata je, dia cakap dah siap dah.


Ternyata memang bestlah kalau dapat lepak kat spa selalu.

TQ CRES dan TQ Ms Viruspadu sebab bagi aku peluang hang out kat sini.