Showing posts with label Buffet Ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label Buffet Ramadhan 2012. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Buka Puasa ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ @ Restoran Nelayan Titiwangsa, KL.


Hi Korang,


Last week aku dapat jemputan ke buka puasa dengan Colgate ni di Restoran Nelayan Titiwangsa ni. Dah Churp2 & Colgate jemput haruslah tak tolak kan. Makan tuh rugi rasanya tak pergi kan.


Actually majlis ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ ni adalah acara kebajikan tahunan dari Colgate-Palmolive Malaysia bersempena dengan bulan Ramadhan ni. Acara ni adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang datangnya dari institusi pertubuhan yang telah di pilih oleh pihak Colgate.


Sementara menunggu waktu berbuka, ada pelbagai acara yang disediakan untuk anak-anak yatim ni seperti pertandingan membuat kad raya tercantik, ada persembahan istimewa dan pelbagai lagi.

Sejak dari 2008, pihak Colgate Berjaya mengumpulkan RM567,500 keseluruhan 4 kempen yang pernah di anjurkan sebelum ini yang kesemua bantuan derma ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan di seluruh negara.  Tahun ini Colgate memperkenalkan charity packs bagi Colgate Maximum Cavity Protection dan Koleksi Kayu Sugi. Dengan pembelian produk ini sepanjang kempen (1hb Julai sehingga 30hb September 2012) di dijalankan, pihak Colgate akan menderma kan 10 sen bagi setiap charity pack dan 20 sen untuk setiap twin pack





Ramai gak bloggers yang hadir macam Zaid, Anakperak, RedMummy sekeluarga, geng-geng Churpers dan Nuffies. Aku semeja dengan Eila (JejariRuncing), Kak Jem (Viruspadu) dan Ceera serta DustyHawk. Hah, berbual tak ingatlah kan sembang pasal nak raya, memacam citer kuar. Bila ambik makanan tuh, penuh semeja maklumlah steamboat kan. So bedal lah itu suka perut.


Bagi kempen ini juga, pihak Colgate telah pun memperkenalkan Facebook page yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda Malaysia ini melakukan kebajikan dengan menyebarkan melalui social media.

Caranya, mudah je

Orang ramai boleh membantu golongan anak yatim ni dengan 3 cara iaitu LIKE, PLEDGE dan SHARE.

Setiap ‘LIKE’ di Colgate Malaysia Facebook page, Colgate akan menderma 50 sen kepada badan kebajikan

Setiap ‘PLEDGE’ pula, Colgate akan menderma RM3

Setiap ‘SHARE’ atau dengan kad ucapan kepada sesiapa, Colgate akan menderma sebanyak RM1.

Best kan, so kunjungi website www.facebook.com/ColgateMY dan cuba sendiri. Mesti korang akan suka punyalah.


Lepas buka tu, ada sessi penyampaian hadiah bagi pemenang kad raya tercantik. Suka anak-anak yatim ni bila dapat hadiah kan.


Anyway, terima kasih pada Colgate yang sudi menjemput ktorg berdua ke majlis ni. At least dapat berpeluang meraikan anak-anak yatim ni kan.



Friday, August 10, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @Shazana Pau Shop & Cafe, KL

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal buffet ramadhan 2012 ni kan. So kita sambung balik lah ye. Now bukan makan dihotel but di Shazana Pau Cafe di Kampung Baru, KL.

Actually tak plan pun nak ke sini but ktorg asyik tak jadi je nak pi buka dengan my MIL so kira cam plan last minit gitu lah kan. Nasib baik tokeh kedai ni kawan Mr Big so terus je call then buat booking. Syukur ada tempat lagi kan.


Not bad jugak, orang tak berapa ramai gitu lah maybe sebab weekend kot ramai buka kat umah bersama family agaknya. 

Ok dah jangan nak melalut, meh tengok gambar makanan ni ek





Ok meh tengok, main dish plak







Now, dessert plak






Ok kan. Simple je. Macam pi open house time hari raya je. Menunya simple dan setiap hari bertukar-tukar.

Tapi memang sedap. Bertambah-tambah ktorg makan. Sorrylah ye gambo ktorg makan tak de pun sebab boleh terlupa nak amik plak kan.

Harga buffet ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe ni RM25 seorang untuk dewasa. Murah sangat kan. Mana boleh dapat harga sebegini dalam KL nie, especially kat Kampung Baru kan.

Nak ke sini, jom lah



  • 77-E,Tingkat Bawah,
  • Wisma Yayasan Terengganu,
  • Jalan Raja Alang, Kg Baru,
  • 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +6012-9442495/6010-4343634





Sesuailah kalau nak bawah keluarga yang ramai untuk berbuka puasa di luar kan. Murah pun murah harganya.


Seronok dapat cerita pasal makan, sangat mengembirakan.







Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ The 39th Restaurant, PNB Darby Park KL.

Hi Korang,

Cerita mengenai ramadhan buffet ni memang tak abis lagi. Last week aku dengan Mr Big dapat jemputan lagi ke The 39th Restaurant, PNB Darby Park betul-betul dekat dengan KLCC Park.


Sebab apa di namakan The 39th Restaurant kerana restaurant ini terletak di tingkat yang paling tinggi sekali iaitu tingkat 39. Nasib baik aku dah biasa dengan tinggi so tak delah rasa gayat sangat kan.








Lebih daripada 100 jenis pilihan masakan yang menjadi pilihan semasa berbuka puasa di antaranya adalah Kari Kepala Ikan dan Roti Benggali yang menjadi signature dish bagi restaurant ini. Juadah lain yang menjadi pilihan ramai ialah Kambing dan Ikan Panggang, Pais Ikan, Ikan Siakap Tiga Rasa, Rendang Tok, Ayam Lemak Nangka Muda, Asam Pedas ikan Tenggiri, Sambal Belimbing dan pelbagai lagi.














Pelbagai makanan pemanis mulut tak kira tempatan dan juga antarabangsa turut dihidangkan.




















Jom tengok apa yang ktorg makan ye:-












Harga bagi buffet ramadhan di The 39th Restaurant ini ialah RM99.00++ (RM114.84 bersih) untuk dewasa dan RM69.00++ (RM84.04 bersih) bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

Jom ke sini ek,


The 39th Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suites,
10, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-7490 3939 (reservation)

Selain itu, korang juga boleh menikmati hidangan di restoran ini tanpa keraguan kerana PNB Darby Park telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi.


Aku rasa makan kat sini yang paling lama dan paling banyak sekali aku makan juadah makanan melayu sebab segala jenis kuih-muihnya sedap-sedap belaka.