Showing posts with label Buffet Dinner di Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Buffet Dinner di Kuala Lumpur. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Weekend Dinner Buffet with DURIANS At Impiana KLCC Hotel

Hi Korang,


Kemain lagi tajuk entry English bagai kan tapi ceritanya of courselah in Bahasa melayu.


Jumaat lepas, kitaorang berdua dinner di Tonka Bean Restaurant ni, ermm memang tak plan pun. Memula cam jadi tak jadi je coz dapat confirmation lambat tup-tup jadi so bergegas ke masuk KL lepas kerja. 

As usual traffic pada hari Jumaat memang mencadar minda sket, akak Lily sampai KL dalam pukul 5.30pm cam tuh tapi di sebabkan stuck tak bergerak depan KLCC lama nau so terus masuk parking basement KLCC dan jalan kaki guna pedestrian bridge yang menghala ke Impiana Hotel ni. Ermm sekejapan je sampai, rupanya memang sesak teruk pun kat depan hotel ni. Nasib baik akak Lily mengambil langkah bijak hhehehehhe…

So dinner buffet, what you expect?

Mestilah ada appetizer, main dish dan dessert kan ahahhaaahaha then korang nak apa lagi? Durians? Wei kalau buffet Ramadhan memang la ada tapi ni dinner buffet biasa kot kan.

Tapi tidak di Impiana Hotel KLCC ye..


Untuk promosi bulan Ogos ni ada buffet Durians sekali tau.


Itu sebenarnya Mr Big suka tuh, sanggup dia makan dish lain sket-sket je dulu sementara nak tunggu buffet durian bukak kul 8.00 malam. Hauhauahuahu



Akak Lily memang tak makan just temankan dia je duduk makan kat luar tuh sambil di sinari lampu-lampu jalan dan kereta yang tengah jem tuh 

Selain daripada durian, main highlight untuk dinner buffet ni adalah BBQ Grill di LIVE STATION lah kan.



Akak Lily suka menu ni sebab boleh makan seafood grill free flow hahahaha akak lily kan hantu seafood ni so pilih-pilih je then bagi kat chef yang bertugas tuh dan tunggu chef tuh masak depan mata kita.

masak chef jangan tak masak

sambil tunggu chef masak, moh kita bergambar dulu ek

bahan perapan ni sedap tau, pedas pedas sedap

Nanti dia tanya lah nak well done ke, medium ke kan. Sekejapan je dia masak, then ambil 3 sos yang disediakan tuh kemudian makan.

Ala-ala korang menu lain pun akak lily makan jugaklah tapi semua rasa sket-sket yelah mana larat nak makan sorang semangkuk sepiring bagai kan. 


Banyak pilihan sampai tak tau nak makan yang mana satu ek

lama tak makan oyster raw ek, sedapnye

live station - pasta masak panas-panas ni tau

Harga dinner buffet galore with durians di Tonka Bean ni adalah

RM128nett untuk dewasa

RM64nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Hanya pada hari jumaat dan sabtu je tau setiap hujung minggu dari 6.30 pagi hingga ke 10.30 malam.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034, 3320 atau 3035.

Jom kita ke

Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia



Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315

Website: www.impiana.com

Ingat durian tuh tau, rugi kalau korang tak cuba kan..






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


Saturday, February 22, 2014

Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur Hotel Berwajah Baru


Hi Korang,

Pernah dengar tak hotel ni? ermm nama cam familiar kan but betul ke tidak ek


Itulah masa aku memula perasan nama hotel ni. Rupanya Hotel Vistana KL yang terletak betul-betul dekat area Pekeliling tuh di beri nafas baru. 

Ooo revamped balik la ye.


Once aku masuk je ke ruangan lobby hotel ni, rasa cam lain betul. Dah tak de design lobby hotel dulu lagi semuanya bertukar corak. Itu belum tengok area lain lagi ek


Pelancaran penjenamaan semula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, bersama-sama dengan Pengarah Urusan YTL Corporation, Tan sri Dato 'Dr Francis Yeoh Sock Ping. 


Tagline Vistana jenama baru ialah 'Vibrance, Verve and Value' yang menjanjikan suasana yang moden dan selesa ditambah pula dengan perkhidmatan yang lebih baik dengan tawaran harga yang kompetitif.

HUB 247

Cafe

Gym

Sekarang ada ada kemudahan free WiFi di seluruh hotel, ada HUB 247 yang membolehkan para tetamu melayari internet dan business solution dan juga Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makan baik breakfast, lunch dan dinner.

Meh tengok bilik hotel plak ek

Executive Deluxe Room RM300+

produk 'Mangosteen' keluaran YTL sendiri

Executive Suite RM500+

katil king tau

Lokasi Vistana hotel ni, bagi aku memang best sebab sekeliling kawasan hotel ni memang banyak public transport macam hentian putra, station monorel, station LRT. Semuanya walking distance je.

Mari berenang sepuasnya..

Korang bolehlah ke sini


Vistana Titiwangsa Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +60 3 4042 8000 
Fax: +60 3 4041 1400 
Email: viskl@ytlhotels.com.my 

GPS: N 03° 17' 45.39" E 101° 69' 56.2" 

Sekali sekala chil-chil di KL masa weekend apa salahnya kan. Seronok apa, travel by public transport kan.

Ermm, may be one day kot


Thursday, December 5, 2013

Christmas Day Marathon Buffet Di PARKROYAL Hotel, KL

Hi Korang,

Nak tanya sket ni ek, boleh lah kan.

Korang pernah attend makan buffet dengan cara marathon? hah tak pernah kan. Itulah aku sendiri pun yang kaki makan ni lagilah tak pernah.


First time dengar marathon buffet ni, semuanya di ilhamkan daripada PARKROYAL Hotel team ye. Cam ni caranya, korang boleh makan kenyang-kenyang dan keluar pi berjalan dan kemudian datang balik then sambung makan.

Apmacam, best kan. Sangat terbaik ooo

Meh lah kita intai di antara menu-menu makanan yang bakal dihidangkan untuk Christmas nanti ek

Seafood on Ice

Mussel and Oyster


Appetizer 

Cold Roasted Turkey and Sashimi

Western

Pan-fried Salmon Fillet with Caviar Cream Sauce

Chicken Schnitzel with Strawberry Balsamic

Buttered Brussels Sprout

English Cut Roasted Beef

Roasted Rosemary Potatoes

Christmas Turkey Gilbet and Gizzard Quiche

Carvery Station

Roasted whole Turkey with Chestnut Stuffing served with natural glaze and cranberry cause

Desserts






Christmas Fruit Cake, Christmas Log Cake, Christmas Stollen, Mince Pie, Warm Chirstmas Pudding

Action Dessert

Fried Churros with Cinnamon Sugar





Itu baru sebahagian daripada marathon buffet punya dish. Ada lagi banyak wei, belum kira yang LIVE station punya kan macam ikan bakar, seafood, some local dish dan juice bar.


Untuk ‘Christmas Day Marathon Buffet’ ni, ianya hanya pada 25hb Disember 2013 je. Just one day ye.

mushroom soup power, pekat sungguh!

pinggan orang lain

ini baru pinggan aku

makan beramai-ramai yang ni

Dari 12.30pm to 10pm. Panjang tuh, so korang boleh keluar masuk keluar masuk berjalan dan kemudian datang balik untuk makan. Best kan.

Harga Christmas Day Marathon Buffet ialah

RM108++ untuk seorang dewasa

RM54++ untuk kanak-kanak

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau email chatz.prkul@parkroyalhotels.com

Selain daripada itu, Parkroyal Hotel juga turut serta dalam aktiviti CSR bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. So pihak hotel membantu anak-anak di Stepping Stones Living Centre, rumah kebajikan yang terletak di Taman Seputeh.

Baguskan.


Terima kasih pada Park Royal team for this special invite, memang makan tak ingat dibuatnya lah. Seronok sambil makan-makan dapat gak chit chat dengan media-media lain.