Showing posts with label Bercuti Di Pantai Timur. Show all posts
Showing posts with label Bercuti Di Pantai Timur. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Percutian Sejauh 1080KM


Hi Korang,

Ingat tak entry aku pasal I need a break. Hah, yang itu lah.


Tertunai gak hasrat di hati ni nak pi bercuti kan. Itu semua last minute plan. Nasib baik tokeh aku a.k.a Mr Big siap booked everything dari resort tempat ktorg tidur, tempat snorkeling, boat untuk travel dengan kereta pun siap service lagi.


Yang lagi best tu bukan untuk ktorg berdua je tapi ada tambahan 12 orang lagi yang tup-tup nak ikut ktorg pi honeymoon, so tak de lah honeymoon jadi outing road trip dengan friends jelah.

Kite citer pasal travelling dulu ek, coz Mr Big belum sempat nak edit 730keping gambo percutian ktorg ni.

Tempat yang Mr Big pilih ialah Pulau Lang Tengah kat Terengganu. Dia kata Redang dah crowded sangat dengan orang so why not pi pulau tak berapa ramai orang, quite private dan coralnya yang cantik sangat.

Ktorg travel dari rumah dalam kul 8.00pm, then lepak kat Petronas Bentong tunggu geng-geng yang lain. Tepat kul 12am ktorg mulakan kan perjalanan. Banyak gak kereta nak ke Pantai Timur so takde lah cam sunyi sangat.

2 tempat je ktorg stop untuk lepak which is:-
  1. RnR Gambang – isi minyak, terkencing, berasap dulu, makan – kul 1.45am camtu

  1. Petronas Mesra Mall Kertih – bergossip pasal bebudak bank, berasap lagi, amik gambo – kul 3.45am, dekat 1 jam gak lepak kat sini.

Lepas tu straight drive ke Jeti Merang lebih kurang 2 ½ jam cam tu. Bila dah pagi drive langsung tak de kereta cuma bas ekspress je yang banyak. Masuk area Kuala Terengganu dekat nak subuh so nampaklah pakcik makcik berduyun2 pi masjid. Dah macam bulan puasa plak gamaknya.

Dari Kuala Terengganu nak ke Jeti Merang,ikut signboard nak ke Kota Bahru coz dengan sekelip mata je signboard akan hilang dan korang boleh lost tanpa tujuan tau. Aku ni nasib baik alert sket,so kena buat2 pandai ye.

Sampai Jeti Merang dalam kul 7.00am cam tu. Bersihkan diri kemudian breakfast.

Sebab ktorg sampai awal, so dapat naik first boat. Bukan boat beso ye, speed boat tau. Just untuk 14 orang je sekali jalan. Walaupun aku dah biasa dengan naik boat ni but speed boat for 45 minit dengan melawan arus ombak kuat lagi memang experience sangat.


Sampai resort, subhanallah memang terpegun sungguh dengan keindahan ciptaan allah ni.Sampai tak boleh nak cakap lah. Air laut turquoise ye. Ko mampu ?

Ok itu je nanti aku citer lain jeng jeng jeng kasi suspens sket lah

Travelling balik plak.

Sampai kat Jeti Merang balik dari resort dalam kul 12pm camtu.


Panaskan enjin kereta dan terus ke Bandar Kuala Terengganu untuk jejalan. Ktorg sempat singgah kedai yang jual banyak keropok losong, Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Pasar Payang sebelum teruskan perjalanan balik.


Dari Marang ke area Kemaman ni kena lalu Bukit Kuang, kat sini kena hati-hati sket coz jalan tengah construction so jem yang amat panjang untuk sampai ke Pekan Kemaman.

Sampai rumah dalam kul 2.00 pagi cam tu sebab banyak kali berhenti, hujan yang terlampau lebat, jem teruk kat Bukit Kuang, cari kedai makan sedap kat Cherating, hantar anak-anak dara ni balik lagi.

So ini yang dapat aku simpulkan,

Travelling tips to Kuala Terengganu (Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian)

Duit minyak kereta
RM200 je (dari Bangi – Jeti Merang – Jejalan area Kuala Terengganu-Cherating-Bangi) Ikut kereta lah, kereta beso so banyaklah duit minyaknya kan.

Duit Toll
RM19.60 x 2 = RM39.20 (Toll Lanchang ke Kuantan -return)
RM3.00 x 2 = RM6.00 (Toll Karak –return)
RM5.00 x 2 = RM10.00 (Toll Gombak-return)

Duit Parking kat Jeti Merang
RM15.00 x 2 night = RM30.00 (berbumbung ye)

Duit Jajan
RM150 je ( beli air kat petrol station, breakfast kat Jeti Merang, lunch kat Pantai Batu Buruk, beli buah kat Pasar Payang, beli keropok losong banyak sangat, dinner kat Cherating)

So jumlah perbelanjaan untuk travelling = RM435.20 untuk 2 orang.

Kira ok gak kan sebab dekat pulau ktorg ambil pakej FULLBOARD so semuanya dah siap termasuk makan 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner dan 1 BBQ dinner so tak yah keluar duit langsung.

Rasa cam worth it sesangat.


So sesiapa yang nak driving ke Pantai Timur, rasanya entry  Traveling Tips ini boleh di jadikan guideline, berapa yang korang kena budget/simpan untuk pi bercuti ke Pantai Timur ni.

Road trip sebegini memang best lah, memacam benda yang aku dapat pelajari dari road trip ni.


Thursday, April 26, 2012

Nuffnang Bloggers Bergembira Di Awana Kijal Resort – Day 3 Last Day


Hi Korang,

Sebelum tanya, sila baca entry Day 1 dan Day 2 dulu ye.


Final day, ermm sedih betul nak tinggalkan Awana Kijal Resort ni. Packing baju pun lambat2 je. Kuar dari bilik trus pi breakfast untuk kali terakhir kat Restoran Kampung Meraga Berias ni. Aku bedal nasi minyak, English breakfast dan banyak roti coz rotinya lembut2 belaka.



Sebelum balik tu, ktorg di bawa room tour oleh Pn Suriati Front Desk Manager kat Awana Kijal Resort ni. Macam2 bilik yang ktorg masuk. Di antaranya Premier Room Non See View, Deluxe Suite, Premier Suite. Memang cantik bilik2 kat sini. Nampak exclusive. Ktorg sempat singgah ke Meneri punya suite. Cantik sangat but kat sini tak boleh amik gambo ye.


DiorG da cuba spa ni, best katanya

Kemudian, ktorg di bawa ke Taman Sari Royal Heritage Spa. 5-star wei spa ni.Ada sijil pengikhtirafan lagi tau. Ada memacam package  seperti body treatment, aromatherapy massage, foot and hand therapy, beauty centre, hair saloon dan memacam lagi.


Abis sudah tawaf satu Awana Kijal ni. Dari hujung sampai ke hujung lah. Memang menyeronokkan holiday kat sini. Macam-macam boleh buat. Rasanya tak yah keluar dari resort pun ok. Aku kalau nak rileks memang nak ke sini lah. Terasa peaceful sangat, aman damai tak de gangguan langsung.



On the way, ktorg sempat singgah ke gerai Lemang Mak Ngah ni. Deretan gerai ni ada di jalan besar Kemaman – Kuala Terengganu. Alah korang kalau ikut jalan lama mesti lalu jalan ni lah. Sedap lemang Mak ngah ni, ktorg siap dia bagi rasa dengan serunding lagi. Abis semua bebudak ni borong. Aku tumpang makan jelah coz dah biasa makan lemang ni.


Lunch plak ktorg singgah makan kat Hai Peng Kopitiam, Kemaman. Ramai betul orang walaupun time tu dah pukul 2pm. Sempat rasa nasi lemak dan roti bakar serta kopi o ais. Lazat sungguh. Nanti citer nak entry lain ek.



Jalan lagi sampai ke Kuantan plak. Nak singgah beli ikan masin katanya. But jalan yang driver bas tu bawak terasa jauh betul. Aku kan dah biasa area Kuantan ni so tau shortcut yang senang kan. Nama kedai Sin Kee HunG Sdn BHd . Banyak giler ikan masin kat kedai ni. Yang besar, yang kecik semua ada.


Kali ni naik bas terus semua tidur, yelah dah kenyang. Mata of courselah ngantuk lah. Aku dengan Ruby tak berapa nak tidur ni pi kacau orang tidur. Snap sekeping dua gambo diorg ni kan. Hehhehehe

Ktorg sampai Wisma Genting dalam kul 8pm cam tu. Hah ko bukan main lama lagi. Bertolak dari Awana Kijal kul 11am sampai kul 8pm. Ermm 10 jam cam tu lah tapi yang penting enjoy. Penat tolak tepi kan.

Hah, abis sudah entry road trip ni. Later aku citer plak kedai2 makan yang ktorg singgah ek. Kalau nak citer dalam satu entry memang masaklah korang nak baca kan.


Anyway terima kasih sekali lagi Genting Team dan Nuffnang for this special holiday. Hopefully kalau ada lagi meh lah ajak aku kan. I senantiasa sedia berkhidmat.

TQQQQQQQQQQ..

CLP notes : Ada banyak sangat gambol ah, malas aku nak letak kat sini. Kang muak plak korang tengok kan. hehehehhe




DiorG yanG yanG join roadtrip best nie. KoranG leH cHeck it out kat bloG diorg Gak. 


Single Bloggers
Cik Lily Putih – http://www.ciklilyputih.com

Parenting Bloggers



Tuesday, April 24, 2012

Blogger Bergembira Di Awana Kijal Resort – Day 1


Hi Korang,

Sebelum baca kat bawah ni, baca sini dulu then baru faham tau.


Walaupun aku dah berfamily dengan Mr Big but still consider single lagi coz blom ada kids. So Mr Big selamat tinggal ye. Tolong jaga lagi Acai dan Jemah ek. So tempat berkumpul depan Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail tuh. Ramai betul orang lalu lalang kat situ yelah time kerja.


Bas datang dalam kul 9.30am cam tu. Kembara Tirai tapi sekali pandang cam Kembara Thai. Hehehe. Naik je bas terus pilih seat duduk sorang satu. Alah bukan ramai pun. Tak boleh jalan lagi, kena tunggu Team Genting dan media lain. 


Bila dah tunggu lama sangat, bosan plak jadinya kan. So ktorg di hadiahkan secawan Mocha dari Coffee Bean. Apalagi teguk dengan rakusnya air sedapkan.

Aku yanG palinG kecik kan ehehehe 



Ktorg start jalan dalam pukul 10 lebih cam tu. Naik je tol Gombak memasing dah mula lelap coz malam tadi tak leh nak tidur coz excited sangat kan. Dalam pukul 2pm cam tu ktorg sampai area Cherating coz nak pi makan Chinese food. Restoran Pak Su ni betul-betul menghadap laut. Sementara tunggu makan, bercamwhore sepuasnya. Pasal makan nanti aku citer kat entry lain ye.


Sampai Awana Kijal Resort dalam pukul 4pm cam tu. Sesampai je terus dapat welcome drinks dan wet towel dari staff yang bertugas. Minum tak henggat. Memasing nur cahaya excited dah terpancar dah. 


 Room mate Ruby


Sea view room


BoleH intai oranG time mandi


Ktorg geng #Meja Bulat dapat bilik sebaris di tingkat 5. Sebelah menyebelah plak tuh. Geng family dapat tingkat 6. Apalagi terus bergambo plak dalam bilik kan. Snap sana snap sini then bersiap untuk dinner plak.


Ini pinGGan pertama tau

Buffet dinner plak kat Restoran Kampung Meraga Beris. Makan je apa yang ada tanpa segan silu dengan orang lain. Duduk plak betul2 dekat table buffet. Tapi tak leh nak makan bebanyak coz lepas tu ktorg nak ke tempat tengok kelip-kelip. 


Nama tempat tu Kelip-kelip Yak Yah. Memang new experience for me lah. Naik sampan dalam keadaan gelap dan sunyi sepi. Kau hado? Tak do kan. Hakahkahak Itu pun aku citer dalam entry lain ye.

Kemudian ktorg di bawa ke City Of Light kat Paka. Tengok lampu-lampu dari Petronas Complex. Memang cantik betul. Tak sempat amik gambo pun coz tengok dari dalam bas tu.


Masuk je bilik, tengok tv kejap then terus terbungkang tidur sampai pagi. Banyak penat lah. Satu hari duduk dalam bas.

So tunggu entry seterusnya ye..

CLP notes : Actually letih makan je sebenarnya hkahakhakahkah


Monday, April 23, 2012

Bercuti Dengan Nuffnang Blogger Di Awana Kijal Resort Terengganu


Hi Korang,

Ni citer mukadimah dulu ek. Details ada lagi tau.

Memang tak di sangka-sangka weekend lepas aku pi bercuti dengan tak di rancang. Ni gara-gara mengadu domba kat Genting Evangelist website dah terus di jemput untuk bercuti ke sini. Hah, ko memang terperanjat masa Thara Nuffnang yang cantik molek tu call untuk confirmation mau pi ke tak. Itulah namanya rezeki.


Ada a few jugak bloggers dan media yang pegi. Bagi yang single ktorg naik bas yang Genting sediakan and yang berfamily pi naik kereta. Seronok tuh angkut sekeluarga sekali kan.


Travelling time pergi dan balik memang tak boleh ikut masa dalam itinerary list, biasalah yang nak terkencing, yang lapo, yang nak isap rokok jap, salah jalan, lalu ladang kelapa sawit, semua ada. Jadi time tu dah drag jadi lambat. But ok lah coz dalam bas ktorg di hiburkan dengan lawak2 super spontan dari blogger2 yang gegila ni kan dan ada satu ketika tuh ktorg di dendangkan dengan alunan dengkuran yang cukup mengeri kan.. kahkahak


Resort Awana Kijal ni memang cantik dan sangat tradisional. Macam masuk kawasan kampung pun ada. Rasa peaceful sangat. Staff memang friendly kan. Sentiasa je menolong ktorg yang kecoh2 ni. Hantarkan makanan kat bilik, bersih bilik 2-3 hari sehari syiok lah. Aktiviti yang team Genting sediakan pun not bad. Tengok kelip-kelip, tengok penyu, tengok org anyam tikar mengkuang, main colour2 batik, main water sports dan memacam lagi.


Bab makan ni lagi lah tak boleh nak cakap. Memang langsung tak de rasa lapo. Ktorg sentiasa di spoon feedkan. Memula coffee bean, makan chinese food, makan buffet, makan steamboat, ada hi-tea, lepak kat Hai Peng kopitiam, makan lemang ada lagi yang sampai aku tak tercakap lah.


Pendek kata, asal celik mata je, makan makan dan makan.

Anyway thanks to Suzie, Lin dan Will dari Genting Team yang sentiasa melayan kerenah blogger2 yang gila-gila ni dan juga Shah dan Willy Nuffnang Nuffies yang sentiasa jaga ktorg dari start travel sampai time balik kan. Kalau ada lagi jangan lupa jemput ktorg lagi ye.

Great job you guys..


Aku tau ramai yang tak puas baca citer aku yang agak simple ni kan. So tunggu ek. Rasanya lebih kurang 6-7 entry untuk event ni. Jangan korang muak nak baca dah lah ye. Aku akan selit2 info2 dan tips bila pi bercuti ke pantai timur ni.

So tungguuuu…

BloGGers yang peGi : Ruby, Uzair, Nisa Kay, DD Fabolous, Redmummy, Jess Lee, Madammondoq, Nadia, Anis, Jq Lee Submerryn, Fazrol Amer dan SHannon.