Showing posts with label Bangsar Village. Show all posts
Showing posts with label Bangsar Village. Show all posts

Tuesday, March 29, 2016

ENCHANTEUR PARIS EAU DE TOILETTE, Ermm Wangi Selalu La Nampaknya

Hi Korang,

Wangian, parfume memang jadi kewajipan kena sembur sebelum keluar rumah kan? Kalau tak rasa cam tak lengkap je lah, mulah rasa confident tu hilang on the spot. 


Kalau keluar date tak pakai parfume? alamak pengsan jap hehehhe..

Yelah kang keluar plak bau-bau yang tak menyenangkan dan BF ko rasa tak selera ek hehehe

Di antara deria manusia, deria bau adalah yang pertama untuk memberikan tindak balas terhadap persekitaran dan merupakan yang paling kuat serta sensitif. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Dalam kehidupan seharian yang sibuk dengan pelbagai cabaran dan serba digital ini, wangian dapat membantu seseorang individu menonjolkan diri dan mendapatkan perhatian.

Jojo Struys selaku pengerusi majlis, sesuai benau dengan perwatakan beliau kan jadi MC untuk event nie


Baru-baru aku sempat ke media launch untuk wangian Enchanteur ni di Bangsar Village. Seronok jugak wei dapat kenal produk wangian hebat ni kan.

Diinspirasikan daripada keindahan Kota Cinta Paris, wangian ENCHANTEUR Paris dicipta khas buat setiap wanita muda, romantis dan elegan. Dihasilkan daripada seleksi wangian inspirasi Perancis yang terbaik, ENCHANTEUR Paris akan memberikan transformasi kepada hari biasa agar dipenuhi detik istimewa yang tiada penghujungnya. Wangian ini adalah kombinasi sempurna pesona romantis flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetus keyakinan diri serta merealisasikan mimpi seseorang wanita.

Sejak wangian mula ditemui, ianya digunakan setiap hari dan bukan hanya pada situasi istimewa sahaja. Wangian juga sebahagian daripada elemen penting di dalam rejim harian kecantikan diri kita. Ia bukan sahaja melengkapkan pakaian yang digayakan atau solekan yang dikenakan malah turut memberi ruang untuk mengekspresi personaliti diri si pemakai. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dengan sentuhan elegan dan menambahkan aura keyakinan diri mereka.

Ms Pan Choi Yen – General Manager of Marketing Wipro Unza (M) Sdn Bhd

ENCHANTEUR Paris Eau De Toilette kini hadir dengan wajah baharu yang menarik dilangkapi dengan kombinasi haruman tersendiri yang pasti memikat. Botol kaca yang anggun terkenal dengan penutup signatur berbentuk reben ini kini dipamerkan di dalam sebuah kotak yang cantik dan menampilkan illustrasi gadis berbeza bagi melambangkan haruman memikat Mon Amie, Belle Amour, Adore dan Magique. Berlatarbelakangkan keindahan panorama kota Paris dengan Menara Eiffel yang ikonik, sekaligus menghidupkan gaya hidup dan pesona wanita bergaya.

VIPs with the launched ENCHANTEUR PARIS EDT
(Left - Right)
Ms. Kazlina Kassim, Senior Product Executive ENCHANTEUR
Ms. Ooi Boay Khim, Product Group Manager – ENCHANTEUR
Ms. Tiffany Tang, Regional Brand Custodian – ENCHANTEUR
Mr. Loke Kar Yew, Sales Director of Wipro Unza (M) Sdn Bhd
Ms. Pan Choi Yen, General Manager of Marketing Wipro Unza (M) Sdn Bhd
Ms. Chen Eng Tean, Senior Product Manager ENCHANTEUR

Sejak setahun yang lalu, ENCHANTEUR telah bekerja rapat bersama pakar wangian dari Perancis untuk menghasilkan wangian Edisi Terhad daripada ENCHANTEUR Paris – Magique yang direka berdasarkan trend wangian antarabangsa dengan kombinasi haruman flora, buah-buahan dan Gourmand bagi merangsangkan deria para wanita moden dan pasangan mereka. Wangian edisi terhad ini amat sesuai dijadikan sebagai koleksi atau sebagai bingkisan istimewa buat insan tercinta. Ia boleh didapati dipasaran sementara stok masih ada.


Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam:


· ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)

Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.
 

· ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda. 


· ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.


· ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.


Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari 


atau 

laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di 



Tuesday, May 15, 2012

SUPER GT 2012 - Round 3 Malaysia, Jom Kita Pi Tengok!

Hi Korang,

Siapa tak tau SUPER GT, angkat tangan cepat!


Meh sini aku nak citer, SUPER GT tu merupakan salah satu siri Grand Touring Race yang bertaraf dunia, sangat popular dan ternama yang berasal dari di negera Jepun. Kira macam F1 gitu lah. Daripada 8 round race ini di adakan di Jepun, satu-satunya round 3 ni di adakan di Malaysia. Hah hebat tak ? Ok mood bangga kejap


So last week aku dapat invitation ke SUPER GT 2012 official media launch kat Bangsar Village. Pepagi lagi aku dah sampai sebab nak tengok kereta2 sport yang mewah ni punya roadshow sementara nak tunggu official media launch start kan. Hah, ko memang banyak sangat dan cantik2 belaka.

Hannah Tan Sexy

Super GT ni anjuran kali kedua JPM Sotorsport bersama penaja dari Honda Malaysia, Tumasek Pweter, Affin Bank, Tourism Malaysia dan banyak lagi sponsor yang awesome lah. SUPER GT 2012 akan di adakan selama 2 hari iaitu dari 9hb June hingga 10hb June di Sepang Circuit.


JPM Motorsport juga mengumumkan perancangan mereka untuk menyokong dengan memberi bantuan kepada Kids Charity Foundation dengan menyumbangkan RM50 bagi setiap tiket SUPER GT yang di jual RM100 (di roadshows) kepada badan kebajikan seperti Stepping Stones Home, Rumah Kanak-Kanak Angels dan Agathian’s Shelther


Bercakap mengenai penyertaan Super dan Performance car gathering You are encouraged to contribute RM200 in which RM100 of it will be channelled to the Kids for Kids Charity Foundation, while the balance will be given back to you in the form of preloaded Touch ‘n Go card. We hope this little gesture will go a long way for the kids in the foundation.” kata Mr JP Chin selaku penaung JP Motorsport.


Acara separuh akhir untuk SUPER GT Queen Search 2012 juga turut di adakan selepas majlis pelancaran ni. Finalist dipilih untuk ke peringkat semasa SUPER GT nanti. Selain dari itu ada acara jugak Malaysian Final round of Sony Playstation 3 Turismo 5 Asia Online Tournament untuk Super GT Cup.


Aku nak tambah sket ni mengenai SUPER GT yang akan di adakan 9th dan 10thJun 2012 nanti. Actually bukan acara untuk peminat kereta je malah acara yang sesuai untuk sessi keluarga. Ada Motorshow, bazaar untuk shopping, acara untuk kanak-kanak dan memacam lagi lah. SUPER GT has something for everyone!


Nak beli tiket, tu check it out kat bawah ni.

Tiket grandstand berharga RM100 sahaja, ianya boleh dibeli secara online di www.ticketcharge.com.my  atau di mana2 organised roadshows. Kanak-kanak di bawa 12 tahun masuk percuma. Diskaun untuk Korporat masih ada lagi. Untuk maklumat lanjut boleh call the respectively JPM representatives or visitwww.supergt.com.my.

Every ticket purchased will stand a chance to win lucky draw prizes such as 50’’ TVs, Compact Cameras, DSLR, Samsung S2, Net Book, Anti Virus Product by AVIRA, GARMIN GPS, V Kool Tinting Services, Paint Shield Detailing and also motorcycles from NAZA.

Public do not need to worry about the traffic and where to park their car. In order to ease the commute for fans, Skybus will be providing shuttle services from KL Sentral to SIC (details can be found at http://www.supergt.com.my.)


About SUPER GT
SUPER GT was born in 1993 as the Japan Touring Car Championship, and shortly after was renamed the Japan GT. Upon expansion into Malaysia, the event was essentially renamed the SUPER GT in order to reflect its international ambitions. This race is utterly unique due to it having two racing classes: GT500 and GT300. The GT500 is raced by leading Japanese automobile manufacturers such as Honda, Nissan and Lexus, while the GT300 is raced by leading aftermarket auto-accessories makers, who use machines such as the Ferrari 458, Lamborghini LP570, Aston Martin V12 Vantage, Audi R8 GT3, Chevrolet Corvette, and even mean green machines like the Toyota Prius and Honda CRZ, making it the most diverse race!

The race originally started with 500 and 300 as the maximum brake horsepower (BHP) of the participating machines in their respective classes. Over the years, this output has increased significantly and the machines today are unrated as of yet, however the category names remain the same. The machines are masterpieces of exceptional technical engineering, and the GT500 is the fastest Grand Touring Race in the world, surpassing even the FIA GT1 and DTM races. One would be hard-pressed to find a more colourful race anywhere in the world! All the race cars from both categories are fitted with low-cutting splitters and humongous GT wings, and then given a bright coat of colours ranging from orange to crimson red to Japanese white. In true Japanese fashion, some cars are even anime-themed! All ensure that the fans are entertained with a visual feast!


Sunday, May 13, 2012

Kereta Mewah Idaman Si Jejaka Malaya

Hi Korang,

Banyak jugak gambar yang dapat aku snap masa Super GT media launch semalam. Daripada tak kenal sampai jadi kenal lah semua kereta2 nie.

Nah, korang tengoklah sendiri













Apa macam? Cantik kan. Memang nampak exclusive kereta2 ni.

Aku suka Lotus warna biru tuh nampak cam sesuai dengan jiwa raga mak ni noks..

Korang plak pilih yang mane ek? Bagitau lah sket sebab apa kan. Kalau ada rezeki korang aku nak kasi korang tiket Super GT secara percuma bulan depan ni.

Hah, cecepat komen ye..



Saturday, May 12, 2012

Kereta IdamanKu

Hi Korang,


Kalaulah kereta hitam ni jadi milik aku kan best.






Rasa macam dunia ni ana yang punya. Tapi bila fikir balik, boleh ke aku masuk dalam kereta ni ek. Kecik bebenor.

Eh, aku ada banyak koleksi gegambo kereta memahal ni kan. Ada Ferrari, Lambroghini, Lotus ermm memacam lah. Later aku upload ek. Nak kasi korang tengok..