Showing posts with label Bangsar Village II. Show all posts
Showing posts with label Bangsar Village II. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Beli Majalah EH Dapat PERCUMA Produk Neutrogena

Hi Korang,

Semalam lepas abis keje photoshot kat Bangsar Village II ni, ktorg jejalan la dalam mall ni.

Tempat orang kaya tuh

So tak shopping apa pun, just duduk minum kopi kat Artisan Bar je. Sedap gak kopinya, smells good sungguh.

Abis minum terus turun, tup-tup lalu kat depan BORDERS bookshop ni. Apa lagi singgah kejap cuci-cuci mata sket tengok ada buku-buku best tak. Ingat nak cari majalah sket untuk baca dalam kereta nanti, so pi la kat magazine rack.


Boleh terpandang plak majalah EH untuk bulan Mac nanti. Covernya FAZURA tuh. So terus je pi kaunter nak bayar. Then budak cashier masukkan menda lain dalam beg plastik aku.


So aku cakapla itu bukan aku punya, dia kata Kak, kalau beli majalah EH terbaru ni dapat FREE gift. Oh, ye ke, aku pun orait jelah.


Masuk dalam kereta je, amik majalah tu sekali tengok dapat 2 produk Neutrogena ni lah. Bukan sample set tau tapi botol beso. 2-3 kali aku membeleknya. 

Ini sudah bagus!


Selain daripada dapat beauty produk, ada gak dapat buku pasal fesyen. Segalanya pasal fesyen, so bolehlah refer nanti ek.


So korang yang kaki freebies tuh, baiklah dapatkan cepat. Alah magazine pun baru RM7.00 je. Harga produk pun lagi mahal dari tu tau.

Rasanya kalau kedai mamak tak de kot, cubalah korang pi tengok kat bookshop yang beso sket kot macam MPH, BORDERS, Kinokunya, Times ke kan.

Baik cepat sebelum abis tau...





Tuesday, June 12, 2012

Afternoon Hi-Tea and Fashion Workshop with Crocs Official Stylist Calvin Cheong


Hi Korang,

Aku dapat invitation Hi-Tea dan fashion workshop ni daripada kawan blogger aku Kelly Chin. Yelah Ms Kelly Chin Lay Lee ni wakil Malaysia dalam ‘New Crocs New You’ iaitu Crocs Malaysia makeover contest.


Kelly dah pun memenangi sessi ‘personal styling’ dengan fasHion stylist Calvin Cheong dan shopping spre worth RM15,000. Banyak tu kan. Jeles I ok.


So untuk celebrate kemenangan kecil dia tu, so dia jemputlah ktorg blogger ni ke Afternoon Hi-Tea party di T Forty Two (Bistro 42) kat Bangsar Village II. Cantik tempatnya cozy je dan sangat inggeris.  


MC for event tu Shirleen Low merupakan PR for Crocs dan beliau memperkenalkan Kelly dan Calvin Cheong selaku fashion stylist yang akan berkongsi tips mengenai style dan fashion terkini dengan Crocs. Memang sangat menarik

My afternoon tea, tenGok 2 brown suGar ye

Foodies... I love it!


Alah tak ramai pun lebih kurang 7-8 ladies bloggers gitu very itimate session. Ktorg dihidangkan dengan segala jenis food for Hi-Tea. Ada scones, macaroons, cakes, sandwich, butterscotch dan juga tea and coffee. Memang sedap-sedap lah.

Simple je

Ladiesnya

Ini pun sesuai untuk weekend

So sambil makan-makan, ktorg di persembahkan dengan ‘Kelly’s Catwalk’.  So sambil Kelly memperagakan fashion-fashion baju dan kasut Crocs ni sambil itu jugak Calvin Cheong menerangkan apa yang patut dan tidak patut di pakai mengikut sesuatu fashion yang di peragakan.

TenGok pakai topi pun cantik gak

Ikat depan pun, lawa juGak la

Dah nama pun perempuan kan, ktorg memang tak lepaskan peluang untuk bertanyakan itu dan ini mengenai cara pemakaian outfit yang betul. Apa yang sesuai dan apa yang tidak. Banyak jugaklah ilmu yang aku pelajari mengenai fashion sekarang ni. Kadang-kadang kita tengok tu sesuai but sebenarnya tak sesuai langsung dengan kita kan.


Sempat juga aku cuba kasut-kasut Crocs for Summer/Spring 2012 Collection ni. Memang cantik2 lah. Rasanya memang nak angkat satu, sesuai dengan aku yang aktif ni kan.

Sekarang ni Kelly akan mewakli Malaysia untuk peringkat regional untuk memenangi  hadiah ultimate makeover bernilai US$8,000. Banyak tu kan, bukan tu je grand prize itu akan dapat tiket penerbangan return untuk 2 orang ke mana-mana bandar pilihan pemenang seperti China, South Korea, Japan, Taiwan, Hong Kong, Singapore, Thailand, Indonesia, Philippines, Malaysia, Australia, India or South Africa. Best kan.


Nak bagi Kelly menang, senanG je cuma dengan mengundi di ncny.crocsasia.com kat situ boleh tau mengenai voting system dan siapa dah mendahului ye. So apa lagi, jom kita vote reramai untuk Kelly ye.


Anyway many thanks to Kelly, Calvin Cheong dan Shirleen and teams for this special Hi-Tea. Memang best dan dapat tambah ilmu lagi mengenai fashion. So tak de lah aku jadi mangsa fashion lepas ni kan.


Kalau nak tengok Crocs punya collection ni boleh layari di www.crocs.com.my untuk lebih details ye. Aku pun nak view jap lagi coz aku dapat voucher untuk sepasang kasut FREE dari Crocs ni as door gift. Best tuh kan… heheheheh

CLP Notes : Sakit mata Mr Big coz aku dapat kasut Crocs baru kan sebab dia pun minat dengan dengan Crocs ni