Showing posts with label Baba's. Show all posts
Showing posts with label Baba's. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Majlis Penyampaian Hadiah Selfie Bersama Produk Baba's & Pengumuman Pengakhiran Siri Rancangan Masakan "Baba's Cu~bits"

Hi Korang,


Aku di jemput ke majlis penyampaian hadiah pemenang Peraduan Selfie Bersama Produk Babas dan juga majlis penutup siri rancangan masakan yang disukai ramai Baba's Cu~bits telah diadakan di The Royal Chulan Damansara.


Bersungguh-sungguh la drive ke Damansara kan, nasib baik sampai on time.

Setelah 3 musim rancangan masakan ini dikeudarakan untuk tontonan orang ramai dan akhirnya siri masakan ini melabuhkan tirainya tanpa ada kesinabungan pada musim akan datang. Pastinya kita akan merindui untuk melihat Chef Kamarul Hasni Che Rose dengan sepersalinan glamor Chef, sut hitam double-breasted berkolar mandarin hitam dengan jeans 

Sedikit Tentang Perjalanan Chef Kamarul dan Siri Masakan Tajaan Baba's

Sejarah kebangkitan Chef Kamarul bermula dengan Cabaran 1001 Rasa BABA’S sebuah program masakan mencungkil bakat baru di mana cabarannya bukan biasa-biasa, sembilan tahun yang lalu. Chef Kamarul pada hari itu, mengulang rutin yang sama sebagai tukang masak, menunjukkan kepakarannya dalam bidang masakan, kelebihannya yang cukup mashyur di kalangan pelajarnya sendiri, ahli keluarga dan peminatnya. Ini bukanlah pertama kali kami menikmati masakan air tangan selebriti terkenal seperti beliau. 

ade demonstrasi masakan bersama-sama chef-chef jemputan Cubits

Memasak dengan menampilkan trend mirip hidangan novelle cuisine, menjadi ujian terbesar buat Chef Kamarul setelah dipilih menjadi hos rancangan BABA’S cu~bits sejak mengacarakan musim pertamanya lagi, dua tahun lalu. Bukan tidak pernah menghasilkan sajian moden ala Perancis ini yang mementingkan sajian ringan yang bukan sahaja lazat, mudah disediakan, malah unsur paling penting ialah keutamaan dekorasi sesebuah hidangan. Dan, ya “cu~bits cuisine” lebih kepada konsep kulinari yang menggabungkan dua unsur tempatan iaitu masakan pelbagai citarasa dan tabiat kita sejak dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan. Terutama sekali dari segi penciptaan resipi-resipi tempatan dan antarabangsa dalam jelmaan baru dan unik hasil penggunaan sepenuhnya rangkaian produk BABA’S; yang telah lama menjadi jenama rempah pilihan tempatan. Malah inspirasi untuk menggelarnya “cu~bits” ilham gabungan perkataan “cuba” dan “bits” untuk 
menggambarkan trend hidang baru ini.


Kenyataan ini turut disokong oleh Mr Navin (Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S) yang merupakan pencipta trend cu~bits ;

“Keunikan cara persembahan dan konsep masakannya menjadikan cu~bits muncul sebagai ‘trendsetter’ dalam dunia kulinari masa kini. Kami ilhamkan resipi-resipi baru yang lebih sedap dengan kaedah penggayaan makanan lebih mantap yang dicipta menggunakan produk-produk BABA’S” 


Bersempena majlis penutup siri masakan BABA’s cu~bits, barisan Chef jemputan diperkenalkan kepada media sepanjang 26 episod cu~bits bersiaran. Turut serta di majlis eksklusif ini ialah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad dan Seelan Paul, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad bersama jemputan lain. 


Sedikit kata-kata dari Chef Kamarul yang sangat berinspirasi,

“Dari permulaan sebagai hos cu~bits, digabungkan saya bersama isteri, Yati Rahman sehinggalah bergandingan dengan Chef-Chef jemputan, saya yakin cu~bits mencapai dan menepati konsep keseluruhannya untuk memupuk semangat berkarya dengan mempelbagaikan masakan sendiri di rumah dengan lebih kreatif, setaraf masakan mewah yang hanya terdapat di cafĂ©, restoran dan hotel-hotel lima bintang”.

“Tetapi untuk Musim Ketiga cu~bits, saya lebih teruja dengan idea kolaborasi dengan Chef-chef terkenal dan ternama. Ia menjadikan cu~bits lebih advance dari yang disangkakan. Konsep memasak sebenarnya satu proses pembelajaran hari-hari. Berpeluang cu~bits di dapur bersama barisan Chef-chef hebat ini, secara tidak langsung dapat berkomunikasi dua hala antara kedua-dua pihak. Saya dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan serta melihat bagaimana Chef-chef berbangsa asing ini berentrepretasi dalam masakan-masakan kita. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi dengan BABA’S cu~bits semuanya seolah dipermudahkan”. 

jeng jeng jeng...


Tibalah masa untuk mengumumkan pemenang peraduan selfie yang dianjurkan menerusi laman sosial FB Baba's.Untuk pengetahuan korang pemilihan gambar pemenang adalah berdasarkan gambar paling kreatif berserta slogan yang menarik..








Tahniah kepada semua pemenang..

*****
Sedikit info mengenai Cu~bits :=)




Cu-bits mengambil inspirasi warisan tempatan, makanan terbaik yang dikongsi dengan penuh keindahan menerusi cara yang berbeza. Cubits terilham dari asalnya ‘cuba’ dan ‘bits’, yang menterjemahkan budaya baru mengenai perkongsian pelbagai rasa hebat sesebuah hidangan bersama mereka yang tersayang, keluarga dan sahabat handai. Cu-Bits ialah sesuatu yang ringkas dan ‘sedikit’ tetapi memenuhi citarasa sempurna sebuah hidangan yang seharusnya dinikmati semua tanpa merasa bersalah.


Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu~bits dan perkembangan terkini BABA’S, sila layari laman Facebook BABA'S & U