Showing posts with label Alamanda Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Alamanda Putrajaya. Show all posts

Tuesday, December 11, 2018

WHIMSICAL CHRISTMAS Di Rasai Di Alamanda Shopping Centre

Hi Korang, 


Lama betul tak ke Alamanda Shopping Centre ek, dulu rajin gak ke sana tapi sejak busy keje sampai malam ni memang dah jarang ke sana. 

Kebetulan public holiday di Selangor ni hari ni, so tadi tak de apa program terus je ke sana, alah jalan-jalan cuti mata kan, singgah makan dan membeli belah sket. 

Wah kemain cantik lagi ek, di dalam Alamanda ni. 


Bertukar menjadi lain tau hehehe… Dengan bertema ""Whimsical Christmas" keseluruhan kawasan di centre court di Alamanda Shopping Centre ni bertukar menjadi sebuah bandar bunga poinsettia yang menakjubkan, dihiasi dengan ribuan lampu berwarna-warni dan pokok krismas bersalji dan perhiasan yang diilhamkan oleh kristal yang menarik. Yang best tuh, taman yang indah ni di jaga rapi oleh tentera Nutcracker yang macho tuh.


Seriously sama cantik macam Suria KLCC kan, yelah Alamanda Shopping Centre dan Suria KLCC ni di bawah satu group mall yang sama so haruslah tema Krismas tuh mestilah sama jugak kan.

Terus kak lily ke Centre Court ermm apalagi bergambar lah kan 



Cantik betul hiasan dekorasi di dalam Alamanda Shopping Centre ini, bukan kak lily je yang poyo bergambar tau tapi ramai jugak pengunjung tak lepaskan peluang untuk bergambar di patung-patung Nutcracker gergasi ni hehehehe 

Berbelanja dan Nikmati Ganjaran 


Untuk korang pengujung setia di Alamanda Shopping Centre ni, ada berita baik tau. Dengan pembelian minimum RM650.00 dengan maximum 2 resit daripada store yang terpilih korang boleh menebus hadiah misteri. 

Redemption counter terletak di Centre Court ni 

Hadiah-hadiah misteri seperti gabungan shopping voucher ataupun hadiah premium dari Alamanda seperti Cosmetic Pouch, Condiment Pot dan T-shirts. Menarik bukan. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalChristmas

Tapi ingat tau, kempen ni bakal berakhir pada 2 Januari 2019. 

Pertunjukan Istimewa “Christmas” 8 Disember – 25 Disember 2018 


Selain daripada dapat bergambar patung-patung nutcracker yang besar tuh, korang jugak boleh saksikan beberapa pertunjukan istimewa yang akan di pertontonkan kepada para pengunjung Alamanda Shopping Centre daripada 8 Disember sehingga 25hb Disember 2018 ini. 

Di antaranya adalah : 

Christmas Carolling 

Santa & Santa Rina Meet and Greet 

Santa & Santa Rina Walkabout 

Acoustic Performance 

Christmas Dance 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalPerformances

Aktiviti VIKIDS Di Hujung Minggu 


VIKIDS Club merupakan kelab kanak-kanak di bawah naungan Alamanda Shopping Centre dan VIKIDS Club ini tidak juga ketinggalan mengadakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir di Alamanda Shopping Centre pada setiap hujung minggu sehingga Krismas nanti. 

Di antara aktiviti yang disediakan seperti : 

Sand Art Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

DIY Snow Globe Workshop 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS dengan minimum RM50 jumlah pembelian di dalam satu resit 

Christmas Colouring Activity (by Rotiboy) 
Terbuka kepada 30 orang kanak-kanak ahli VIKIDS 

Bagaimana untuk menjadi ahli VIKIDS? 

Hanya dengan berbelanja minimum RM50 di bahagian kanak-kanak / maternity stores dan kemudiannya mendaftar di bahagian information desk. 

Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalVIKIDSActivity

Kempen CSR Bersama Hospis Malaysia 


Di kala kita bersuka ria, golongan-golongan yang kurang bernasib baik ni tak patut dilupakan jugak kan. Dengan ini Alamanda Shopping Centre juga turut bekerjasama dengan Hospis Malaysia dalam mewujudkan kesedaran dan mendapatkan sokongan orang ramai terhadap program penjagaan paliatif. 

Penjagaan paliatif adalah program khusus untuk orang yang menghidap penyakit yang membatasi nyawa dan ia memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup untuk pesakit dan keluarga. 



Bermula dari 8hb Disember 2018, pelbagai aktiviti di jalankan bersama Hospis Malaysia seperti Face dan Body Painting untuk kanak-kanak 




Nak info lanjut, meh klik ni ye : http://bit.ly/AlamandaWhimsicalCSR

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Krismas di Alamanda Shopping Centre  sila layari : 

Alamanda shopping Centre : https://www.alamanda.com.my/


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



Friday, April 5, 2013

It‘s T.G.I.F Mr Big Birthday Dinner


Hi Korang,

Actually Mr Big tak suka nak heboh-heboh sangat pasal birthday dia. So ktorg tak de celebrate mana-mana pun due to tak boleh nak cuti coz keje melambak-lambak kat opis kan.


Sudahnya malam tu pi makan kat T.G.I Friday kat Alamanda, Putrajaya. Yelah yang paling dekat dengan rumah kan. Nak pi Bangsar makan Chilis makan masa plak.

Order yang biasa-biasa je tak de pun special coz birthday boy ngidam nak makan kat sini. Padahal hari tu baru je melantak makan lamb ribs kat Tony Roma’s kan. Jawab dia itu lain, TGIF ni lain. Mana sama.

Ktorang order

Apptizer

Friday's® Pick Three-For-All



Boneless or traditional wings,  Fried Mozzarella, Loaded Potato Skins and Celery. Sedap + suka = makan selahapnya. kahakhak 

Main Dish


Beef Ribs


Ini memang favourite Mr Big. Dagingnya lembut, tolak dengan garfu dah terkeluar isinya.

Chicken and Shrimp


Aku makan ayam jelah. Senang mudah dan cepat nak abis. Daging ayam beso part dada kot. Letih nak mengabiskannya. Udang sedap, simple je sosnya

Desserts

Brownie Obsession®


Sangat terbaik dessert ni. Brownienya tak manis but bila di campurkan dengan aiskrim dan caramel pecan sos oit mantop ooo. Boleh kencing manis dibuatnya kalau makan selalu kan

Bila aku tanya nak kek lagi, jawabnya tak yah coz dah terlebih makan ni.




Simple je birthday boy punya celebration tahun ni, tak yah nak beria sangatlah. Lagi plak bila meningkat umur ni dia kata se simple as we could, kalau boleh nak buat doa selamat je.

Ok Insyaallah, next year kita buat doa selamat ye dear….