Showing posts with label Agrobazaar Online Challenge 2019. Show all posts
Showing posts with label Agrobazaar Online Challenge 2019. Show all posts

Monday, December 31, 2018

Agrobazaar Online Challenge 2019, Berita Baik Untuk Pelajar IPT Yang Suka Berniaga

Hi Korang,


Ni kak lily nak kongsikan kepada adik-adik di universiti di luar sana ni.



Adik-adik yang minat berniaga dan ingin mendapatkan pengalaman menjalankan perniagaan sendiri dan yang penting untuk menambahkan pendapatan, korang patut sertai Agrobzaar Online Challenge ni ek


Apakah Agrobazaar Online Challenge ni?

Agrobazaar Online Challenge merupakan program yang mengunakan konsep New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu program baru MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian. Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi “digital marketing”

NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan agrobazaar.com.my sebagai platform.

Pelajar akan dipilih dan akan di padankan dengan usahawan. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliputi perkara seperti komisen, stok dan penghantaran. Pelajar seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan samaada melalui media elektronik mahupun secara konvensional.

Setiap transaksi akan dikemaskini dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan urusan penghantaran barangan. Transaksi ini akan dipantau sepanjang masa oleh usahawan yang terlibat. Urusniaga yang dijalankan adalah tulen dan pelajar dapat menilai dan merasai sendiri cabaran dan imbuhan dunia perniagaan.


Bila ianya bermula?

Agrobazaar Online Challenge akan diadakan sebanyak 2 kali (2 semester) setahun di IPT Malaysia yang mempunyai Kelab Myagrosis. FAMA mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara.


Pilot projek NBME telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) pada julai hingga Ogos 2018 yang melibatkan 25 orang Usahawan Agrobazaar Online serta 505 orang Mahasiswa dan nilai jualan dalam tempoh program berkenaan adalah RM 64,131.52.

Agrobazaar Online Challenge yang juga merupakan konsep NBME merupakan pertandingan bagi mencari top seller di kalangan mahasiswa IPT.

Pelajar boleh membuat promosi dan jualan produk-produk usahawan secara terus ataupun atas talian. Bagi jualan secara terus, nilai jualan perlu dimasukkan di dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan penilaian.

Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA Mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan penyertaan 13,000 pelajar di 112 IPT di dalam negara. Setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000.00 bagi satu semester (6 bulan).


Bagi semester ini, Agrobaaar Online Challenge akan bermula mengikut semester setiap universiti yang menyertainya.

Langkah-langkah yang perlu di patuhi

Syarat Penyertaan?

1) Terbuka kepada semua ahli kelab MyAgrosis IPT.

2) Perlu mendaftar sebagai ahli MyAgrosis http://bit.ly/myagrosis

3) Peserta hendaklah berdaftar sebagai ahli NBME melalui Portal Agrobazaar Online - http://bit.ly/nbme2019

4) Penyertaan perlu melalui Kelab MyAgrosis IPT

5) Jualan dan semua transaksi jualan hendaklah melalui portal Agrobazaar Online sahaja.

6) Peserta terbaik akan dipilih berdasarkan 3 kriteria iaitu;-
      *Nilai Jualan Tertinggi
      *Bilangan Jualan Terbanyak dan
      *Penyediaan Portfolio Jualan dan Aktiviti Pemasaran 
        yang dijalankan.

7)Tempoh pertandingan bermula dari semester pertama dan semester kedua tahun 2019

8) Nilai jualan diambil kira setelah disahkan jualan atau close sale dilakukan di dalam portal Agrobazaar Online


Hadiah yang ditawarkan?

Pemenang Agrobazaar Online Challenge akan ditentukan pada setiap hujung semester. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM200,000.00

So adik-adik dah bersedia ke untuk Agrobazaar Online Challenge ek


Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi secara:


Telefon : 03-61262020

Datang ke

Cawangan Pemasaran Online 
Bangunan FAMA Point 
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

#agrobazaaronlinechallenge

Mari LIKE dan FOLLOW AgroBazaar Online di social media berikut : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM :