Showing posts with label AVON MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label AVON MALAYSIA. Show all posts

Tuesday, February 18, 2020

Koleksi Casa Kayangan Dari AVON Sempena Hari Raya Nanti

Hi Korang, 


Inginkan sentuhan moden yang turut menggabungkan keunikan warisan tempatan? 

Masanya untuk mendapatkan koleksi langsir, linen, set hidangan dan dekor terbaru - Casa Kayangan dari Avon.


Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Koleksi Casa Kayangan dari Avon sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Diinspirasikan oleh seni halus Songket, koleksi ini menggabungkan corak tradisi bunga-bungaan dan geometri. Rona Maroon - lambang keghairahan, cinta dan kemeriahan ini menjadi warna utama bagi tiga rangkaian dalam koleksi ini: set hidangan, langsir dan set kamar tidur. 

Tingkatkan pengalaman santapan : Set Hidangan Casa Kayangan 



Pamerkan masakan terunggul dengan Set Hidangan Casa Kayangan dan balang biskut kaca, dihiasi bentuk geometri yang pasti akan mengagumkan tetamu korang nanti. 

Tirai mahligai impian: Langsir dan Dekor Casa Kayangan 




Lengkapkan keanggunan dan kemewahan ruang hadapan dengan langsir Casa Kayangan, dihiasi motif terulung tradisi Songket Bunga Pecah Lapan dan Tampuk Manggis. Sepadan dengan sarung bantal, alas meja makan dan 'runner' serbaguna. 

Keanggunan di ruang beradu: Set Kamar Tidur Bujang, Ratu dan Raja Casa Kayangan 


Set cadar, bantal dan selimut Casa Kayangan yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang lembut dan dingin ini akan membelai korang sepanjang tidur. Setiap set mengetengahkan satu warna mewah dan corak songket bagi menimbulkan suasana eksklusif dan harmoni. 

Serlahkan kediaman korang dengan Koleksi anggun Casa Kayangan, bakal dipasarkan mulai 1 April 2020.


So korang boleh riki-riki Avon dealer korang ek, diorang mesti dah ada sampel untuk korang rasai sendiri kualiti materialnya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800- 18-AVON (2866).

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 




Thursday, August 29, 2019

Wangian AVON LIFE COLOUR Dari AVON, Rekaan KENZO TAKADA

Hi Korang,

Pancarkan kegembiraanmu pada dunia dengan Avon Life Colour, haruman seindah dirimu. Avon memperkenalkan haruman eksklusif buat gadis dan jejaka, dicipta bersama pereka terkemuka Kenzo Takada. 


Haruman pelbagai-sensori ini menghidupkan personaliti penuh keriangan dan kegembiraan buat semua di sekelilingmu. Diinspirasikan oleh prisma, botol uniknya direka oleh Kenzo Takada bagaikan sejalur sinar cahaya yang memancar rona-rona prisma yang menakjubkan.
 

Dengan kejayaan dalam bidang fesyen dan haruman antarabangsa selama 40 tahun., Kenzo Takada dianggap merevolusi fesyen dan melangkau batasan kreativiti dengan palet rona-rona ria. Kolaborasi beliau bersama Avon telah melahirkan AVON LIFE COLOUR – haruman yang benar mencermin kreativiti dirinya. 

AVON LIFE COLOUR FOR HER EAU DE PARFUM 50ml

Haruman sungguh menggembirakan ini menyerlah dengan positiviti dan memukau dengan kombinasi unik pir segar, raspberi, magnolia serta kehangatan orris dan kayuan cedar. 


AVON LIFE COLOUR FOR HIM EAU DE TOILETTE 75ml

Gagah dan sofistikated, haruman moden maskulin ini mengetengahkan letusan prismatik kekal lama dari lemon, halia, magnolia, green Mate Absolute, vetiver dan oakmoss.


Avon Life Colour for Her EDP 50ml & For Him EDT 75ml boleh didapati dari Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON, atau dari shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 





Tuesday, October 2, 2018

Rangkaian Kosmetik MARK, Yang Terbaru dari AVON

Hi Korang,

Kalau korang dengar pasal MARK Cosmetic ni memang korang akan teragak-agak nak cuba kan tapi kalau kak lily cakap MARK by Avon Malaysia ermm confirm-confirm korang berlari nak dapatkan betul tak? hehhehehe betul lah tuh.

Di majlis pelancaran Mark by Avon Malaysia, of courselah kena bergambar kan

Dalam karya seni, sebuah kanvas kosong memberi ruang untuk kreativiti don ekspresi diri melalui pelbagai rona, bentuk don tekstur. Dalam mekap, wajahmu ialah kanvas. Oleh itu, Avon melancarkan jenama mekap global terbaru, Mark. yang memberi kuasa seni kepada pengguna don memberi ilham kepada pencinta mekap tegar untuk mencipta karya tersendiri. 


"Mark. melambangkan trend kecantikan golongan milenial yang ekspresif, don ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan paling diingati belia, terutamanya penggemar mekap," kata Onur Erdinc;, Pengurus Besar Avon Malaysia. 

Mark. menginspirasi wanita untuk meraikan identiti diri dengan mekap terkini, rona trendi, tekstur yang inovatif don alatan tepat. Mark. mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk mengekspresi dirinya, dari pilihan gincu yang mengubah warna serta - merta, hinggalah ke semburan wajah yang menyempurnakan mekap. 


Di majlis pelancaran Mark. turut memperkenalkan edisi terbaru keluarga jurusolek profesional Avon, Steven Sunny yang merupakan jurusolek selebriti terkemuka Malaysia. 

"ldentiti Mark. sememangnya menepati perspektif profesional don peribadi soya tentang mekap don seni. Soya omat teruja untuk mencipta don berkongsi karya teragung Mark. bersama semua," ujar Steven. 






Rangkaian kosmetik Mark. menawarkan 18 konsep baru: warna bibir berkemasan 'matte', gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warno dasar, 4 penggaris moto don kening berinovotif, 3 maskara, bedak kontur don 'highlight', pemerah pipi, cecair asas, bedak padat, palet pembayang mata yang boleh dipakai kering atau lembap, primer serta semburan penyempurna mekap. 

2 warna yang kak lily minat iaitu Flushed dan Dare to Bare. Cantik dan tahan lama

nampak si Aalya pun nak jugak, Head Turner warnanya


Olahkan apresiasi seni menjadi inspirasi kejelitaan dengan Mark. yang telah berada di pasaran mulai 1 September 2018. Untuk mendapatkannya, hubungi Wakil Avon korang  atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi talion bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari shop.avon.my.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, October 7, 2017

Koleksi "DESIREÉ " DARI AVON Yang Memikat Hati

Hi Korang,

Lama tak citer pasal Avon ek..

Avon kan memang popular di Malaysia ni kerana barangan berkualiti tinggi pada harga yang murah dan berpatutan.


Avon telah memperkenalkan jenama aksesori fesyen dan pakaian dalam berprestij pertamanya, Desireé yang mampu memberi inspirasi kepada wanita agar mereka lebih rasa yakin diri melalui fesyen. Desireé menggabungkan trend fesyen terkini bersama material berkualiti tinggi yang menyerlah status wanita bergaya masa kini.


Bagi tahun 2017, Desireé di datangkan dengan Koleksi Irina (Irina Collection) mewah yang melambangkan keyakinan dan tarikan wanita sofistikated. Irina Collection ini menampilkan pilihan beg, jam tangan dan pakaian dalam bermutu dan berekaan elegan mengikut feyen terkini. serta pemilihan rona merah membawa simbol berani mendominasi aksesori dalam koleksi kali ini.


Koleksi beg ini diperbuat daripada PU yang tahan percikan air dan calar serta di perincikan emas tahan karat bagi menambah lagi keanggunan si pemakai. Apa yang menarik beg PU ini boleh mengelakkan dari mudah untuk terlekat habuk dan senang untuk dijaga. Jahitan di beg juga sangat kemas membuktikan ianya adalah produk yang begitu berkualiti


Jam tangan keemasan dengan saduran kuadrupel (quadruple plating) sebagai jaminan perlindungan daripada kerosakan. Kerlipan batuan ala kristal pada jam yang disempurnakan bagi menyerlah kemewahan dan citarasa si pemakai. Akak lily dipahamkan setiap produk dihasilkan telah diuji dengan 'Ujian Kejatuhan' ini bagi memastikan setiap bahagian di jam kekal utuh.


Bra dalam rangkaian Irina dengan cup ‘memory foam’ serta renda ‘eyelash’ seksi menyokong selesa dan tetap bergaya. Sensualiti diri akan diserlahkan lagi dengan seluar dalam midi sepadan dan baju tidur satin yang menggoda.


Dapatkannya bermula 1 September 2017 melalui Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan Avon seluruh negara. Koleksi Irina juga boleh dibeli secara ‘online’ di www.avon.my atau www.zalora.com.my

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.avon.my









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Saturday, February 20, 2016

Pencarian BINTANG SIMPLY PRETTY AVON MALAYSIA

Hi Korang,

Ni ada berita baik gadis-gadis genit yang sukakan make-up kan.

Baca sini tau


Pencarian wajah baru buat rangkaian kosmetik Simply Pretty (Avon), kini bermula! Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd memulakan tahun 2016 dengan melancarkan pencarian besar-besaran buat gadis bertuah yang bakal menghiasi jenama kosmetik Simply Pretty (Avon).




Dengan kempen #faceyourfears, Simply Pretty mengajak belia untuk mengatasi cabaran dan tampil yakin setiap masa. Daripada menyapa jejaka yang diminati sehinggalah kepada temuduga kerja pertama, Simply Pretty ada solusi buat semua. Serlahkan potensi diri dengan Simply Pretty!



Pencarian Bintang Simply Pretty telah bermula daripada 1 sehingga 29 Februari 2016 dan dijalankan secara serentak di 191 buah Butik Kecantikan Avon seluruh Malaysia. Kemeriahan jelas terasa di 2 lokasi pelancaran terpilih iaitu di Butik Kecantikan Avon Galleria @ Kotaraya dan Butik Kecantikan Avon Kota Kinabalu bertempat di Api-api Centre Phase, Sabah. Acara pelancaran diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, demo solekan, persembahan dari artis undangan dan juga jualan barangan Simply Pretty.

Pemenang utama pencarian akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.00, kontrak sebagai Duta Simply Pretty selama setahun, dan penampilan dalam majalah Remaja. Pemenang tempat kedua dan ketiga juga akan menerima hadiah menarik berupa wang tunai dan juga penampilan di dalam majalah Remaja.


Mudah sahaja untuk menyertai pencarian ini:

1) Lakukan pembelian set barangan Simply Pretty bernilai RM20.00 dari 1 – 29 Februari 2016 dan daftar sebagai Wakil Avon secara percuma.

2) Isikan borang penyertaan, kepilkan gambar bersaiz 3R (kepala hingga pinggang) serta resit pembelian dan serahkan pada Butik Avon.

3) Nantikan panggilan dari pihak Avon!


Sertai pencarian besar-besaran ini. Untuk maklumat lanjut tentang Pencarian Bintang Simply Pretty, lawati Butik Kecantikan Avon terdekat, hubungi 1-800-22-AVON (2866) atau layari laman web rasmi Avon di http://www.my.avon.com

Sempat lagi ni kalau ada anak-anak nak join pencarian Bintang Simply Pretty ek.