Showing posts with label #IOIBigCatch #FishNCoMY #MYSeafoodInAPan. Show all posts
Showing posts with label #IOIBigCatch #FishNCoMY #MYSeafoodInAPan. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Makan Tengahari Di Fish & Co iOi City Mall Putrajaya Sempena Grand Opening

Hi Korang,


Tengahari kalau tak de apa-apa memang aku duk memerap kat opis ni je, malas nak kuarlah sebab panas.Sungguhlah hai puteri lilin kan. Padahal hitam legam melemiuh muka tu kan hahahaha


Bila dapat invite dari Fish & Co untuk ke grand launching outlet mereka yang terbaru iaitu di iOi City Mall Putrajaya of courselah tak nak lepaskan peluang. Lagipun lama dah tak ke sana so pegi jelah bukan jauh dari office.



Duduk semeja dengan blogger Suria Amanda, majority press yang ramai blogger cuma ktorang berdua je, sementara nak tunggu event start, of courselah bergambar di photobooth yang di sediakan.



Fish & Co melancarkan cawangan terbarunya di iOi City Mall Putrajaya berikutan kejayaan outlet-outlet sebelum ini di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Place Utama @ USJ 21, dan The Mines Shopping Mall.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media dan blogger. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Lee Yeow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad, bersama-sama dengan Director Fish & Co. Steve Tan





Ktorang di hidangkan dengan menu lunch buffet termasuklah Grilled PeriPeri Chicken, Grilled Salmon, Seafood Pizzas, Captain Hook (fish fillet), dan pelbagai lagi menu yang sedap dan lazat. Makan dalam kuali mestilah awesome kan hehehehe




Thank you Fish & Co sebab sudi menjemput Cik Lily Putih ke grand launching ni, so lepas ni tak yah nak pi jejauh nak makan ikan kan hehehehe

Cik Lily Terfikir : nasi butter diiorang ni sedap lah ek, nak tambah tapi malu la plak..