Hi Korang,
Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd, yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014.
Edisi kali ini turut mendapat sokongan padu
daripada Majlis Perbandaran Sepang, Perbadanan Putrajaya, dan Avisena
Specialist Hospital, Shah Alam selaku Rakan Kesihatan Rasmi. Dalam
pada itu, Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX), yang berlangsung pada 10
dan 11 Januari, berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 40
jenama dan syarikat sebagai vendor, sekaligus menambah kemeriahan kepada acara
tahunan ini.
Penganjur, Ten Senses (M) Sdn Bhd,
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan
acara ini.
"Kami amat menghargai sokongan
rakan kerjasama seperti Cyberview yang telah mengilhamkan Twincity Marathon,
serta Avisena Specialist Hospital yang telah bersama kami sejak 2024. Tidak
dilupakan, Boom Beverage Sdn Bhd yang memastikan peserta kekal bertenaga
sepanjang perlumbaan dengan minuman isotonik BOOM+. Semua ini tidak mungkin
dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada para penaja, peserta, dan seluruh
komuniti larian," ujar Datuk Najib Ibrahim,
Penasihat Ten Senses Sdn Bhd.
Dengan semangat kesukanan dan kejayaan
edisi ke-10 ini, Twincity Marathon terus membuktikan dirinya sebagai acara
larian ikonik tahunan yang wajib disertai.
Bagi edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput semua peminat sukan larian dari dalam dan luar negara untuk turut serta memeriahkan Twincity Marathon 2026. Bersama-sama, kita nantikan detik penuh keseronokan dan pengalaman larian yang tidak akan dilupakan!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web
rasmi di twincitymarathon.com
dan ikuti media sosial @twincitycyberjayamarathon di Instagram atau Twincity
Marathon di Facebook dan TikTok.
No comments :
Post a Comment