Wednesday, October 16, 2024

Perumahan IRAMA SENDAYAN 2 Pentingkan Gaya Hidup Yang Di Ingini Seisi Keluarga

Hi Korang,

Kalau korang nak tau gaya hidup merupakan cara bagaimana seseorang hidup. Untuk di perkuatkan lagi gaya hidup ialah kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik.

Selalunya, ramai orang bimbang bahawa mereka mesti memilih antara rumah idaman mereka dan gaya hidup mereka.

Untuk Perumahan Irama Sendayan 2, ianya direka untuk memberikan faedah memiliki sebuah rumah idaman sambil mengekalkan gaya hidup yang korang inginkan.


Info Mengenai Perumahan Irama Sendayan 2


Memperkenalkan Irama Sendayan 2. ‘Irama Sendayan 2 ialah pembangunan pegangan bebas seluas 69 ekar yang berkembang pesat dalam kawasan pertumbuhan tinggi bersebelahan dengan bandar raya Bandar Sri Sendayan. Apatah lagi Irama Sendayan 2 dikelilingi oleh kemudahan yang sedia ada dan kesemuanya dalam radius 5km


Irama Sendayan 2 menawarkan ’2 storey linked house‘ unit terhad, bersaiz 20’ x 70’ yang mana ruang tamunya yang luas dengan kawasan binaan antara 2,142 kaki persegi hingga 2,311 kaki persegi dan setiap rumah mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, menjadikannya ruang yang sesuai untuk keluarga dari semua saiz.


Mempunyai susun atur berkonsep terbuka yang membolehkan rumah kecil akan berasa lebih besar dan disediakan Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal. Perbangunan Perumahan Irama Sendayan 2 ini sendiri dilengkapi dengan pelbagai kemudahan taman permainan eksklusif seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gazebo, gim luar dan sebagainya.

Oh ya setiap unit di lengkapi dengan ruang 4 kaki untuk menyambung dapur atau bertukar menjadi berkebun peribadi, maka boleh beriadah sambil berkebun sesama keluarga.



Lokasi yang terletak di dalam Kawasan Bandar Sri Sendayan yang mana ianya mempunyai jalan akses keluar ke KLIA, Nilai, Bandar Enstek & Tiara Sendayan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Irama Sendayan 2 di www.iramasendayan2lifestyle.com



Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes

#Lifestyle #Iramasendayan2 #Matrixconcepts #DreamHome

No comments :