Tuesday, August 20, 2024

Meneroka Kembara Arab Saudi: Lawat Pameran Pelancongan Saudi di Putrajaya!

Hi Korang,

Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA). 

Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, nikmati pelbagai pertunjukan menarik, serta banyak hadiah-hadiah hebat akan diberikan.


Alami kembara pengisian rohani yang bukan sekadar ibadah Umrah melalui lebih 15 pakej eksklusif baharu daripada lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, dengan tawaran diskaun istimewa dari Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, Rayhar Travel dan banyak lagi. Nikmati kepelbagaian budaya Arab Saudi dan pemandangan menakjubkan melalui pertunjukan secara maya, pameran berinteraktif dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam di samping banyak lagi pameran diversiti budaya Arab Saudi yang pasti akan membuatkan anda terpegun.

Ikhlas, teraju utama agensi pelancongan Air Asia, turut akan melancarkan platform terbaharu mereka yang direka untuk Free Independent Travelers (FITs) yang mengaturkan perjalanan sendiri yang bukan sekadar mengerjakan Umrah. Platform ini membolehkan para pengunjung mengatur perjalanan mereka dengan lancar – dari tiket penerbangan dan penginapan hotel, segalanya di tersedia di sini.

Samada anda ingin bercuti sambil mengenali seni budaya asing, menerokai aktiviti penuh cabaran, atau mencari pengisian rohani, Pameran Pelancongan Saudi ada segalanya yang anda impikan untuk sebuah kembara yang menakjubkan.

Tak tahu nak ke mana? Di sini ada beberapa persinggahan yang boleh anda pelajari dan temui lebih lanjut di Pameran Pelancongan Saudi:


Jeddah
Hab kebudayaan Arab Saudi adalah gabungan kedua-dua, tradisional dan moden, yang kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya. Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, menampilkan keunikan rumah yang diperbuat daripada batu, galeri warisan bersejarah, serta kafe-kafe selesa, saling menghidupkan suasana yang indah. Sambil menikmati pemandangan Laut Merah yang mendamaikan, kaya dengan warisan bersejarah, dan berada di kedudukan tinggi untuk keselamatan di antara negara-negara G20, Jeddah adalah pilihan tepat untuk semua pengembara.

Sebagai pintu masuk untuk ke Mekah dan Madinah, serta pusat kulinari hidangan tempatan yang eklektik, Jeddah menyambut kedatangan semua tetamu dengan hati yang terbuka, samada anda bersendirian atau bersama yang tersayang, segalanya begitu lancar sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.


Riyadh
Ibu negara Arab Saudi dan pusat ekonomi yang gah, adalah sebuah bandar sibuk dan sentiasa padat dengan lebih 17,000 aktiviti tahunannya. Sebagai nadi pelancongan, Riyadh adalah akses mudah untuk melawati mercu tanda Islam, termasuklah untuk ke Diriyah’s At-Turaif asal usul pertama negara Arab Saudi yang berusia 300 tahun dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai sebuah tempat bersejarah dan dikenali dengan seni bina batu bata yang diperbuat daripada lumpur.

Untuk kelainan dan lari dari kesibukan kota, saksikan keindahan padang pasir melalui kembara safari di mana anda akan dihidangkan dengan sajian tradisi Arab Saudi sambil mencuba pelbagai aktiviti penuh cabaran seperti meluncur di padang pasir dan menunggang unta.


Diapit antara dua oasis indah di barat laut - Khaybar dan Tayma, AlUla yang juga merupakan tempat asal kaum kuno Dadan, salah sebuah bandar termaju pada alaf pertama Sebelum Masihi di Semenanjung Arab, dan Jabal Ikmah, perpustakaan terbuka yang baru-baru ini telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia UNESCO.

AlUla juga telah diiktiraf sebagai sebuah Destinasi Terkemuka Dunia di TIME 2024, baru-baru ini. Dar Tantora, The House Hotel dan Sharaan Nature Reserve yang menampilkan transformasi daerah tersebut menjadi hab warisan, kebudayaan, seni, kembara dan pusat pelancongan yang terunggul.

Keterhubungan dan Visa

Kini, sememangnya mengunjungi Saudi adalah lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan dari 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia (Kuala Lumpur ke Madinah), dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia (Johor Bahru ke Madinah) telah menjadi titik utama kewujudan penerbangan terus ke Arab Saudi selain dari melalui pintu utamanya yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL).

Dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan, program eVisa kini merangkumi 66 negara. Rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Visa Persinggahan 96 jam percuma atau memilih eVisa yang diluluskan. Bagi mereka yang dalam perjalanan untuk tujuan bekerja atau beribadah, visa adalah sah sehingga 90 hari untuk Umrah, dan boleh memilih untuk melanjutkan berada di sana bagi menziarahi destinasi lain seperti Jeddah, Riyadh atau AlUla. 

Untuk menambahkan lagi akses dan keterhubungan, kapasiti syarikat penerbangan telah meningkat di seluruh AirAsia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air dan SAUDIA, dengan penerbangan terus kini tersedia untuk ke Jeddah, Madinah, Taif dan Dammam.

No comments :