Sunday, July 14, 2024

Bercuti di Hotel Metrasquare dan AMES Hotel Ayer Keroh Melaka

Hi Korang,

Walaupun kak lily ni orang Melaka tapi nak jalan ke bandar Melaka pun ikut waze so camnelah kaedahnyer kan. Disebabkan cuti Awal Muhaharram yang kitaorang tak de tujuan tuh planlah untuk merehatkan diri seketika untuk hilangkan stress. 


Kenapa Melaka?? 
Sebab dekat nak balik tengok mak hah sekejap.

Sinonim dengan bandar bersejarah dan lokasi makanan kegemaran mr Big iaitu asam pedas dan ikan bakar maka kami memilih untuk menginap di hotel Metrasquare, Ayer Keroh Melaka. Lokasinya senang akses kepada highway utara selatan dan dekat untuk ke bandar Melaka.



Hanya 13 km dari pusat bandar Melaka, Metrasquare hotel yang bersebelahan dengan Ames Hotel ini terletak beberapa minit dari pusat-pusat pelancongan terkemuka di Melaka seperti Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Bukit Melaka, Zoo Melaka dan yang terkini Malaysia Heritage Studios.

Bilik di Hotel Metrasquare.


Kalau korang nak tau terdapat pelbagai jenis bilik yang korang boleh pilih bersesuaian dengan keperluan orang. Di antaranya superior twin, duplex, one bedroom apartment king, one bedroom apartment twin, deluxe quad, deluxe triple dan triplex.



Cubalah tengok bilik kitaorang ni, Duplex. 






Dia macam studio style bertingkat. Ada 1 katil queen di bahagian atas dan 2 katil single dia bahagian bawah, 2 bilik air atas dan bawah serta ada cabinet dapur yang comel siap dengan minibar dan coffee & tea maker. Wifi pun boleh tahan laju jugak lah.


Oh ya, bilik ini di datangkan bersama sarapan percuma untuk 4 orang tapi ktorangkan berdua jer so makan puas-puas hehehhehe.

Selain daripada itu terdapat kemudahan awam yang lain seperti peti deposit dan korang boleh beriadah di gymnasium yang di sediakan.







Kalau korang nak tau yang Hotel Metrasquare ni bersebelahan dengan AMES Hotel yang mana kedua-dua hotel ini di bawah naungan yang sama, dan setiap guest boleh menggunakan segala kemudahan di kedua-dua hotel ini.

Thai Seafood Night Buffet Dinner di AMES Hotel



Yesza malam pertama teringin pulak ktorang nak makan seafood tapi di sebabkan sampai Melaka lambat so ktorang makan di hotel sahaja.













Menarik juga menu-menu makanan yang di hidangkan di Thai Seafood Night Buffet dinner ni, 80% adalah menu makanan laut dan selebihnya makanan Thailand daripada pembuka selera sehingga ke pencuci mulut.

Siap ada steamboat jugak tau.



Buffet seafood ini hanya pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu dari 6.30 pm hingga 10.00pm.


Seratus Satu Rasa Hi-Tea Buffet di AMES Hotel



Sempat juga kak lily merasai hidangan hi-tea buffet di AMES hotel ini, bertemakan Seratus Satu Rasa yang menampilkan pelbagai jenis hidangan makanan








Buffet hi tea ini hanya pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari 12.30 pm hingga 4.00pm.

Santai di MOONBAR, AMES Hotel


Sebelah malamnya pula kami ke Moonbar yang terletak di atas roof top Ames Hotel ini, cantik sekali pemandangannya. 


Boleh nampak bandar Melaka di sekitarnya. Terdapat ruangan dalam yang beraircond dan juga bahagian luar yang boleh kita oleh menikmati keindahan malam.





Ada juga Cigar Room yang mereka yang ingin mengisap cigar dan rokok di bahagian dalamnya.


Bagi kak lily kedua-dua hotel iaitu Hotel Metrasquare dan juga AMES hotel sangat-sangat selesa dan sesuai untuk menginap seisi keluarga dan yang penting lokasinya yang sangat-sangat mudah bagi para pelancong untuk ke Melaka ini.

Jomlah bercuti di :


Hotel Metrasquare & AMES hotel
Jalan PKAK 1 & PKAK 2,
Pusat Komersial Ayer Keroh,
75450 Melaka

TEL: +06 318 3399


Ames hotel official website : https://ameshotel.com-melaka.com/

Metrasquare hotel official website : https://www.hotel-metrasquare.com/


No comments :