Hi Korang,
Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘The Ultimate Sports Experience - Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024.
Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.
Berikut adalah senarai nama 10 pemenang:
Menurut kenyataan Encik Farouk Abdul Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan, "Kami sangat gembira untuk mengumumkan dan memberikan hadiah kepada pemenang untuk bulan Mac dan pemenang hadiah utama keseluruhan kempen.
Keutamaan kami adalah memastikan bahawa pelanggan kami yang telah menyokong kami sepanjang masa berasa berpuas hati dan gembira. Saya mewakili Syarikat Al-Ikhsan, mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan dan tahniah.
Tidak diragukan lagi, kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia, sedar atau tidak, telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti menawarkan harga yang berpatutan dari pelbagai jenama antarabangsa termasuk jenama dalam (in-house brand) seperti AL dan ALX.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.al-ikhsan.com/
No comments :
Post a Comment