Wednesday, March 20, 2024

TALIA Belanja Dua Motorsikal Untuk Kempen Ramadan Raya

Hi Korang,

Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.


Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

"Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan," katanya pada sidang media majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

Talia, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.


Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

"Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan. Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja," katanya.


Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.


"Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya," katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.

Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini. Meskipun sibuk, Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.


Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.


"Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak. Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap. Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu.

Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya.

"Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik," katanya.


Untuk info lanjut boleh check it out di social media berikut :

Website : www.talia.com.my


Facebook - TALIA HQ
Twitter - @bunda_liaaa
TikTok - @thaliabaiduri

No comments :