Friday, March 8, 2024

Buffet Ramadan 2024 | NOSTALGIA RAMADAN Di TH Hotel Kelana Jaya

Hi Korang,

Bersempena dengan kcdatangan bulan Ramadan tahun ini, TH Hotel Kelana Jaya tidak ketinggalan menawarkan hidangan Bufet Ramadan. 


Tema Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya pada tahun 2024 adalah 'Nostalgia Ramadan'. Tema ini dipilih kerana ingin membawa kembali pengunjung untuk mengimbau kenangan di masa silam ketika berada dalam bulan Ramadan sebelum ini. Dengan tema ini juga pihak TH Hotel akan membawakan menu masakan asli yang popular dan sentiasa diminati dari setiap negeri di Malaysia.






Antara hidangan Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya yang boleh dinikmati ialah Gulai Lemak Cili Padi Campur dengan Rebung yang merupakan resepi istimewa daripada Negeri Sembilan dan adunan resepi ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Pilihan menu istimewa lain adalah Ikan Bakar Muara yang menyajikan aneka jenis ikan bakar serta dihidangkan bersama air asam dan cili kicap yang dibawakan dari Negeri Melaka.








Sajian tarikan lain yang akan turut dibawakan adalah Roti Kacang Pool iaitu menu yang sinonim dari negeri Selatan Tanah Air, Negeri Johor. Dibawakan juga menu dari sebelah Utara Tanah Air, Char Kuew Teow yang tidak asing lagi berasal dari Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, terdapat pelbagai gerai sajian makanan yang sememangnya boleh menggamit memori semua untuk mengimbau kenangan lalu. Ubi Kayu Rebus juga tidak ketinggalan akan dihidangkan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Bunga Kantan, Kelapa Parut, Ikan Masin dan Gula Melaka. Hidangan yang dinikmati ini sudah pastinya akan membawa kembali menelusuri pelbagai kenangan semasa membesar di kampung halaman.








TH Hotel Kelana Jaya masih mengekalkan tradisi Bufet Ramadan pada saban tahun iaitu dengan menyediakan Kambing Golek yang dibakar secara langsung setiap hari. Kambing Golek yang disediakan boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dimakan begitu sahaja bersama sos pilihan iaitu Sos Pudina, Tomato Chutney, dan Cucumber Raita. Buat peminat sup kambing,jangan risau kerana Sup Kambing Berempah akan turut disajikan.




TH Hotel Kelana Jaya masih mengekalkan tradisi Bufet Ramadan pada saban tahun iaitu dengan menyediakan Kambing Golek yang dibakar secara langsung setiap hari. Kambing Golek yang disediakan boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dimakan begitu sahaja bersama sos pilihan iaitu Sos Pudina, Tomato Chutney, dan Cucumber Raita. Buat peminat sup kambing,jangan risau kerana Sup Kambing Berempah akan turut disajikan.

Selain hidangan bufet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pelbagai pemanis mulut yang lazat dan menyelerakan. Antara pemanis mulut yang akan dihidangkan adalah pelbagai jenis bubur manis, kuih muih melayu, buah-buahan tempatan, dan sebagainya.

Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya dibuka setiap hari dari jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam, dari 13 Mae 2024 hingga 08 April 2024. 

Harga bagi Bufet Ramadan 2024 ialah RM85.00 bersih untuk dewasa manakala RM55.00 bersih untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU.


TH Hotel Kelana Jaya juga menawarkan Promosi Pembelian Awal bcrharga RM75.00 bersih untuk dewasa (baucar adalah terhad).

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-7873 6297 atau melalui WhatsApp 017-2296297.


No comments :