Sunday, February 25, 2024

Resepi Chilli Crab

Hi Korang,

Chili Crab ataupun Ketam cili adalah hidangan makanan laut Asia Tenggara yang banyak dikaitkan dengan masakan Malaysia dan Singapura. Versi ketam cili yang terkenal pada hari ini boleh dikesan pada tahun 1950-an di Malaysia dan Singapura. Ini yang kak lily baca di google hah.


Makan hidangan Chilli Crab ini antara masakan yang popular di Malaysia.

Bukan sahaja rasanya memang enak bahkan ianya sangat mudah untuk disediakan. Tidak kira apa jua jenis ketam yang di gunakan ianya tetap sedap dan enak. Lagipun baha-bahan asas juga adalah mudah didapati dari rumah makanya ianya tidak sukar untuk sediakan pada bila-bila masa sahaja.

Weekend lepas kak lily berkesempatan untuk menyediakan hidangan simple ini, yelah semua bahan ada so kita masa jelah kan


Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :-

Ketam yang bersaiz sederhana.

Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau (kecil), halia, belacan dan asam jawa.

Maggi secukup rasa (untuk rasa yang lebih enak)

Maggi Sos Cili dan Sos Tomato.

Maggi pes sambal tumis

Telur (1 biji)


Cara-caranya:-

Kisar semua bahan sehingga halus, even kalau nak kasar-kasar pun boleh ikut kehendak korang. Tumiskan dalam kuali dengan sedikit minyak dan api yang sederhana.

Masukkan pes sambal tumis

Masukkan Maggi Sos Tomato

dan juga Maggi Sos Cili

Seterusnya masukkan Maggi secukup rasa.

Dan masukkan ketam yang telah dibersihkan

Pecahkan telur. Jika perlu tambah garam gula, boleh masukkan juga

Dah siap. Senang dan sedap. Boleh di hidangkan pada bila-bila masa sahaja.


Ok apa tunggu lagi, ayuh kite masak Chili Crab.

No comments :