Thursday, September 28, 2023

REVIEW | Filem PAGARI BULAN – Memaparkan Semangat Patriotisme Dalam Memperjuangkan Hak Wanita

Hi Korang,

Baru-baru ini kak lily bersama rakan-rakan sempat menghadirkan diri ke Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD serta edaran METRO WEALTH.


Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'comfort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.


Filem Pagari Bulan ini mendapat sokongan penuh daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.





Para pelakon filem Pagari Bulan

1. Nazeera Sardi sebagai Bulan

2. Aniq Durar sebagai Miura

3. Trisha Ooi sebagai Sui Li

4. Alvin Wong sebagai Kuzawa

5. Andy Teh sebagai Leftenan Azu

6. Michael Ang sebagai Ah Leong

7. Chelsia Ng sebagai Momosan

8. Laila Nasir sebagai Hasnah

9. Hazi Juzaili sebagai Nida


Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini dan Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.

Sinopsis Filem Pagari Bulan



PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahankan anak gadis yang menj adi sasaran tahanan oleh tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.



Semasa BULAN berjuang untuk terus hidup, muncul seorang leftenan muda, MIURA (hujung 20an) yang ditugaskan ke markas kuasa KUZAWA dengan membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk yang dijajah. MIURA juga seorang yang terpelajar dan telah mengkaji dan mengenali bahasa dan budaya penduduk Tanah Melayu sebelum datang bertugas. Apabila MIURA melihat begitu banyak kekejaman yang berlaku, dia tidak sefahaman dan menentang cara KUZAWA. MIURA juga mengenali kekuatan gadis bernama BULAN ini yang baginya luar biasa bagaimana semangat penduduk di situ dengan BULAN sebagai lambangnya kentalnya hati mereka mahu bebas dari kekejaman dan penjajahan.

Bagaimanakah pengakhiran kisah Bulan dan Muira serta apakah yang terjadi setelah Jepun kalah, erm kena saksikan sendiri tau

Review Ringkas Filem Pagari Bulan



Salah satu filem yang memperlihatkan semangat wanita cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman lelaki-lelaki jahat. Kak lily rasa sedih sangat pabila bila wanita-wanita ini di tangkap dan di dera kerana cuba untuk melepaskan diri, ermm cuba bayangkan kalau kak lily berada di tempat mereka ini memang tak sanggup rasanya untuk mengharungi dugaan ini. Percintaan Miura dan Bulan tuh sweet sesangat hah, ishk malu nak citer plak hah. Alahai risau kak lily nak citer lebih-lebih yang terbagi spoiler plak kang.

Rupanya ending tuh korang kena fikir sket dan takkan sangka siapakah yang memegang gambar Bulan tuh.

Tapi kak lily suker sinematografinya cantik walaupun manjang je hujan agaknya masa shooting tuh musim tengkujuh kot. Para pelakon ada yang nampak real Kelantanese namun ada yang try hard untuk cakap kelatan sebaik mungkin.

Overall filem ini sangat menarik dan sesuai di tonton sessi keluarga tapi kalau anak-anak kecik tuh tak payahlah kot sebab banyak nak kene explain nanti kan.

For me, I give 4 of 5 Star

Apa tunggu lagi, jom reramai datang menonton Filem Pagari Bulan di pawagam berdekatan korang yang bermula 5hb Oktober 2023.



No comments :