Wednesday, June 28, 2023

PENCARIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ KEMBALI!

 Hi Korang,

Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB). 

Angela Teo,Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:

“Pencarian pertama The Face of Healthy Beauty Guardian pada tahun 2019 adalah satu kejayaan besar dimana kita telah berjaya menemui ramai wanita Malaysia yang hebat yang melambangkan visi kecantikan sihat kami. Malangnya, disebabkan pandemik kami terpaksa menangguhkan acara tersebut sehingga tahun ini dan kini, kami sangat teruja. 

“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan.


“Kempen ini meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam, kecantikan dalaman dan luaran mereka. Healthy Beauty ialah individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik. Mereka juga mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka.”

Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.


Teo menjelaskan bahawa konsep Healthy Beauty adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.

“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.

“Dan trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani hidup yang sihat dan indah. Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” tambah Teo.

Empat (4) pemenang Peringkat Akhir masing-masing akan menerima:


Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian

Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain

• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000

• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian

• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang


Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian. 

Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’, satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.

Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:

   Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),

   Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),

   Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) 

   Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).

Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.


Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir.

Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

No comments :