Thursday, May 18, 2023

Tahniah 14 Artisan Wanita Tempatan Penerima Anugerah Daripada Persatuan Pembangunan Artisans

Hi Korang,

Persatuan Pembangunan Artisans (PPA) meraikan 14 ahli perniagaan dan komuniti terkemuka yang diterajui wanita berdaya tahan yang berjaya membina semula perniagaan mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak 3 tahun lalu.



14 artisan wanita yang cukup hebat ini telah menerima anugerah atas pengiktirafan ketekunan mereka yang tidak berbelah bahagi untuk muncul sebagai peniaga terbaik di The Artisans Haven, pasaran e-dagang khusus untuk usahawan tempatan. Majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 16 Mei 2023 di Pavilion Kuala Lumpur, ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kehadiran Yang Berhormat ke majlis sebagai dorongan dalam memperkasakan kesaksamaan wanita dalam persada keusahawanan di Malaysia. Berikut adalah 14 perniagaan yang diusahakan oleh artisan wanita seperti Helping Hands Penang Bhd, The Asli Co., Gocheeks, Cherita Chocolate, Tudung Saji Che Ton, Caropaya' Handicraft, Olfac3 Perfumes, Neecola Handmade, Mizzy Collections, Candle Pit Stop, TAS by Woman of Substance, Createe Kit, Puhus Pepper Plantation dan Enfiniti Academy.

Mohar Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pembangunan Artisans, berkata "Surviving and thriving in the past few years has been challenging even for large-scale businesses. That’s why it’s all the more inspiring to see the extraordinary courage, creativity, and resilience that these women entrepreneurs embody. PPA is honoured to have hosted them at this award ceremony in Pavilion Kuala Lumpur, and will remain committed to creating a more robust support and empowerment network for women and the local artisanal community".


Majlis anugerah itu adalah sebahagian daripada kempen Memperkasakan Wanita dan Komuniti 2023 yang juga merupakan satu inisiatif sepanjang Tahun yang bertujuan untuk mempromosi dan meraikan produk buatan tangan yang dihasilkan oleh wanita. Kempen ini turut disokong oleh CIMB Bank, DHL Malaysia, dan FMT Media. Menyinari kisah inspirasi tentang perusahaan artisan tempatan, PPA dan The Artisans Haven akan menganjurkan siri ceramah dan bengkel, serta tiga acara besar Jom Artisans Bazaar di Lembah Klang.

Julian Neo, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei berkata "As the world's leading international express service provider, we believe in the importance of giving sellers a platform to share their wares with the world. DHL has been supporting women-led and artisanal businesses in trading across borders through our global GoTrade initiative in 220 countries. We are proud to partner with The Artisans Haven and lend our support to celebrating small and medium-sized entrepreneurs, a core community for the global express service industry".

Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital Kumpulan CIMB berkata "We are proud to support The Artisans Haven and PPA in elevating the local artisan community and empowering women entrepreneurs through this meaningful campaign, as we work together to drive inclusive growth. As a purpose-driven organisation, we hope to generate greater appreciation for our local crafts and encourage more Malaysians to support these inspiring women for their exceptional resilience and creativity. We extend our heartfelt congratulations to all the award winners who are truly deserving of this recognition"


Bermula sekarang hingga 15 Jun 2023, pelanggan CIMB akan menikmati diskaun 10% bagi barangan berharga biasa untuk jenama terpilih di Jom Artisans Bazaars apabila mereka membeli menggunakan kad debit atau kredit mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama yang mengambil bahagian, sila layari https://deals.cimb.com/darti.









Bazar Jom Artisans yang kedua diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa sedang berlangsung sekarang sehingga 14 Jun 2023 di Pavilion Kuala Lumpur. Menampilkan 40 jenama tempatan. Menerusi bazar ini dapat membantu komuniti artisan tempatan untuk berhubung antara satu sama lain serta dengan lebih ramai rakyat Malaysia sekaligus dapat memajukan perniagaan kecil mereka.

Jade Lee, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama The Artisans Haven "Beyond purely supporting the development of our artisans, The Artisans Haven provides a platform and 3 outlets that connect them directly with Malaysians all over the country. These micro-ventures can create their own wealth of opportunities and reach a wider target audience to grow their businesses and income"


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Artisans Haven, layari https://www.market.artisanshaven.com.my


No comments :