Hi Korang,
Segalanya di hujung jari korang sajerr
Memang betul pun, tidak dinafikan era hari ini menyaksikan pelbagai transaksi dan perkhidmatan yang boleh diselesaikan semuanya di hujung jari.
Terkini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan proLindung, platform dalam talian yang membantu pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Menurut Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim, platform in merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Dalam era digital yang semakin pesat, prolindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien. Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja,
Encik Roslan Abdul Rahim,di dalam ucapannya di majlis pelancaran proLindung yang diadakan pada Majlis Aidilfitri "Raya Bersama' KOPETRO.
proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut - Pro + Lindung.
Tambah Encik Roslan lagi proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.
Turut hadir di majlis pelancaran proLindung adalah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.
Tawaran Istimewa Untuk Anggota KOPETRO
Istimewa buat anggota KOPETRO, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan.
Bersempena pelancaran proLindung hari ini, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 bat 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung.
Untuk mendapatkan proLindung bolehlah layari laman web www.proLindung.com.my. Jangan lupa untuk ikuti di media sosial Facebook dan Instagram @proLindung bagi mendapatkan promosi terkini.
Majlis Sambutan Aidilftri 'Rumah Terbuka' anjuran KOPETRO
Satu sambutan majlis Aidilftri anjuran KOPETRO turut diadakan sebaik sahaja platform proLindung dilancarkan. Majlis yang cukup meriah ini dihadiri lebih 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan-rakan niaga koperasi tersebut.
Para tetamu yang hadir telah dijamu dengan beraneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan seperti Lemang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong, Laksa Utara, Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah, Apam Balik dan Cendol.
Memang meriah sangat suasana majlis adilfitri yang diadakan. Hidangan yang disediakan semuanya enak dan paling mengujakan tetamu yang hadir turut melaram dengan pakaian hari raya.
Terima lasih KOPETRO atas jemputan ke Majlis Aidilfitri.
Untuk korang, bolehlah perbaharui cukai jalan dan takaful melalui proLindung.
No comments :
Post a Comment