Thursday, March 30, 2023

Tambahkan Produk Makanan Berasaskan Tumbuhan, yumeat™, yang Berkhasiat, Lazat dan Lestari dalam Diet Anda

Hi Korang,

Pengguna di Malaysia sering membuat perubahan positif terhadap alam sekitar melalui pilihan gaya hidup mereka

Anda tidak lagi menggunakan beg plastik pakai buang, bungkusan makanan sekali pakai, straw plastik dan lebih banyak yang telah berubah dengan menggunakan kenderaan elektrik. 

Apa lagi yang boleh anda lakukan?


Terokai diet flexitarian yang membolehkan anda memilih sajian berasaskan tumbuhan untuk sehari atau dua hari seminggu bersama yumeat™ iaitu satu produk daging berasaskan tumbuhan yang sedia dimakan dan stabil pada suhu bilik yang pertama. yumeat™ dihasilkan dengan teliti untuk mempunyai rasa dan tekstur seperti daging serta manfaat nutrisi dan pemeliharaan alam sekitar berasaskan tumbuhan.

yumeat™ membolehkan anda menikmati hidangan kegemaran tanpa berkompromi terhadap keenakan rasa, manfaat nutrisi dan kelestarian alam. Dimasak sempurna, yumeat™ menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang memuaskan selera kepada penggemar daging, flexitarian dan vegan. Padat dengan protein sehingga 10g bagi setiap 100g, yumeat™ memberikan tekstur dan rasa daging sebenar yang anda idamkan serta rendah lemak tepu dan 0mg kolesterol.


Tiada ramuan yang menjejaskan kesihatan dalam yumeat™, sebaliknya ia mengandungi ramuan bersih, bebas GMO, bebas MSG, tanpa kandungan hormon, antibiotik mahupun bahan pengawet yumeat™ juga diiktiraf halal. Rangkaian produk yumeat™ mengandungi protein tumbuhan daripada kacang-kacang, gandum, oat dan cendawan yang tanpa GMO.

Dengan mengambil kira faktor kelestarian, yumeat™ menyediakan produk berkualiti tinggi dengan impak alam sekitar yang lebih rendah. Ia juga sedia untuk dimakan, bukan makanan beku, sangat enak dan memuaskan selera. Ia boleh dimakan terus daripada tin ke burger, sandwic, sebagai sebahagian daripada hidangan salad, bersama taco atau roti bahn mi. Tambahkan dinamik rasa dengan menggoreng, menggoreng tanpa minyak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk hidangan goreng, mi atau nasi.

Jika anda belum membuat keputusan lagi, anda boleh mencuba Nasi Goreng Daging Berasaskan Tumbuhan. Masukkan nasi yang telah dimasak dan Daging Berasaskan Tumbuhan yumeat™ yang telah digoreng ke dalam sebuah kuali panas. Tambahkan Jagung Cawan Manis Ayam Brand™, garam, lada putih, bawang putih goreng dan kicap. Goreng sehingga semua ramuan sekata. Hias dengan hirisan daun bawang dan cili sebelum dihidang.


Bagi mereka yang menggemari sajian pedas, Aglio Olio Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas boleh menjadi pilihan anda. Tumis bawang putih sehingga harum. Tambah Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™ yang telah dipotong dadu, kepingan cili dan daun pasli. Masak selama 3 hingga 4 minit sebelum memasukkan pasta angel hair yang telah direbus. Masukkan perasa secukup rasa.

Layari laman www. yumeat.com untuk mencuba pelbagai pilihan hidangan yang enak dan lestari. Daripada bubur daging berasaskan tumbuhan sehingga kari Jepun dan popiah.

yumeat™ adalah pilihan lebih baik kerana tumbuhan yang digunakan ditanam seperti kacang soya, gandum dan cendawan yang bukan GMO, serta alga berkhasiat yang dituai dari laut. Tiada haiwan yang dibesarkan atau disembelih. Oleh itu, ia tidak mengandungi antibiotik mahupun hormon. Daging berasaskan tumbuhan seperti yumeat™ menghasilkan kurang 96% dalam pembebasan gas rumah hijau, mengurangkan sebanyak 87% dalam penggunaan air, 97% pencemaran air dan 98% penggunaan tanah.

yumeat™ dibuat dan dipek dalam tin-tin steril dengan kawalan kualiti oleh Ayam Brand™, jenama kegemaran dan dipercayai dalam industri makanan dalam tin dengan legasi selama 130 tahun. yumeat™ stabil pada suhu bilik, sedia dimakan dan mudah digunakan. Produk yumeat™ boleh didapati secara meluas di rangkaian pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai Official Ayam Brand di Lazada dan Shopee.

Berbanding daging merah, yumeat™ adalah lebih baik untuk anda dan insan tersayang kerana ia bebas kolesterol, GMO, antibiotik dan hormon serta mempunyai kandungan lemak dan lemak tepu yang jauh lebih rendah, pada masa sama, setanding dalam kandungan protein. Yang terbaik antara semua, ia tinggi serat yang penting untuk kesihatan menyeluruh anda.

Dapatkan setin yumeat™ - yang baik untuk kesihatan anda dan bumi agar anda boleh menikmati daging secara prihatin terhadap penjagaan alam dan tanpa perlu berbelanja besar. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan cara lebih sihat dan lestari, sebagai sebahagian daripada gaya hidup vegan atau flexitarian.

Harga dan Ketersediaan

Daging Berasaskan Tumbuhan yumeat™ dan Daging Berasaskan Tumbuhan Pedas yumeat™ boleh didapati pada harga RM7 untuk tin 190g dan RM12.90 (360g), manakala Daging Berasaskan Tumbuhan Dengan Pes Kacang yumeat™ dijual pada harga RM6.25 untuk tin 195g.

Produk yumeat™ boleh didapati secara meluas di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Lotus, Jaya Grocer, MYDIN, Hero, atau di Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.

Ikuti laman https://www.facebook.com/yumeat.malaysia atau https://www.instagram.com/yumeat.malaysia/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, resipi dan promosi menarik.

No comments :