Hi Korang,
Sejajar dengan potensi pasaran industri kecantikan yang semakin banyak menyaksikan dominasi jenama keluaran tempatan di Malaysia, selebriti Nynaa Harizal bijak memanfaatkan peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, ‘Her Beauty’ yang dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup yang diadakan baru baru ini
Membuka langkah pertama sebagai usahawan dalam bidang kosmetik, Nynaa Harizal menerusi jenama ‘Her Beauty’ memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.
Buat julung kalinya juga, tayangan perdana iklan televisyen komersial ‘Her Beauty’ yang diterbitkan khas sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan produk kosmetik Fire & Ice Lip Booster Serum turut dipertontonkan kepada barisan media secara rasminya sewaktu majlis pelancaran tersebut.
Mohamed Fahmi Ilyas sebagai tulang belakang kepada Nynaa Harizal
Mengulas lanjut mengenai pelancaran produk Fire & Ice Lip Booster Serum, Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ berkata, “Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.
Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ untuk jenama ‘Her Beauty’, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.
Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.
Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi ‘Her Beauty’ ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.”
Dipasarkan dengan harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak, produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.
Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.
Manakala serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah.
Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi melalui ejen dan stokis berdaftar.
web rasmi di www.herbeauty.com.my
atau platform media sosial
Instagram @myherbeauty
atau Tiktok @myherbeauty
No comments :
Post a Comment