Hi Korang,
Macam mane persiapan raya tahun ni, dah prepare ke ?
Ermm kak lily warna tema pun tak fikir lagi, mungkin pakai apa yang ada agaknya. Tapi nak jugak merasa baju raya baru juga kan.. hehehehe biasa lah orang perempuan memang can tuh.
Seperti sedia maklum yang baju raya menjadi satu perkara wajib bagi semua orang termasuk para wanita dan ibu-ibu yang teliti bagi persiapan berhari raya buat sekeluarga. Buat yang mencari kelainan dalam Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua.
Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.
Butik Chenta Lunar ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H. Butik ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.
Dalam usaha bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai.
Dan tahun ini membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi korang yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.
Kak lily berkesempatan untuk ke butik Chenta Lunar ni dan mencuba pelbagai jenis baju raya pelbagai corak dan warna dan tidak ketinggalan juga di sediakan baju melayu dan juga baju raya kanak-kanak termasuk tudung serta aksesori lelain seperti beg tangan dan juga jualan Raya Gift.
Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebih RM150 ke atas, tersedia free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar.
skrit labuh
shawl
Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.
PROMOSI HARI RAYA
Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.
Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.
Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan.Sudah tentunya akan memberikan anda sekeluarga banyak pilihan untuk lebih bergaya di hari raya!
Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam (Isnin tutup). Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.
Jom kite ke :
65, Jalan Plumbum P/7P,
Seksyen 7, Shah Alam,
Selangor
Ikuti mereka di social media berikut untuk dapatkan informasi lanjut:-
Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar
Instagram: www.instagram.com/chentalunar
Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar
#bcl
#chentalunar
#ChentaRaya2023
#bajuraya2023
#bajukurung
No comments :
Post a Comment