Wednesday, March 8, 2023

Buffet Ramadhan 2023 | Selera Juadah Kampung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Hi Korang,

Kepelbagaian hidangan yang ditawarkan di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur cukup mengujakan! Apatah lagi juadah kampung yang sentiasa dirindui terutama setiap kali tibanya bulan ramadhan. Yup! Pada bulan inilah kita merindui zaman kanak-kanak yang mana ibu dan nenek akan sama-sama bersungguh memasak masakan tradisi untuk dinikmati seisi keluarga sebaik sahaja laungan azan maghrib bergema.

Untuk buffet ramadhan 2023, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur telah berbesar hati membawakan lauk pauk hidangan kampung bukan sahaja sajian melayu bahkan masakan India dan Cina yang popular juga ada ditawarkan.

Pengunjung boleh menikmati Selera Juadah Kampung di restoran Thyme dalam suasana yang cukup meriah. Selain daripada kemeriahan makanan, alunan muzik ghazal dari persembahan live turut menghidupkan suasana keseronokan berbuka.


Susunatur kerusi meja dan dekorasi di Restoran Thyme memang sangat kemas dan cantik. Rasa selesa dan tenang sahaja apabila datang menikmati juadah berbuka di sini.





Selera Juadah Kampung di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Bayangkan kita boleh menikmati kepelbagaian sajian seperti yang dimasak oleh nenek dan ibu kita. Terdapat gerai-gerai yang disediakan, santapan ala fresco lengkap dengan suasana berasap dan pelbagai algi elemen yang dapat menyentuh jiwa kita tentang nostalgia lama.

Antara sebahagian juadah selera kampung yang ditawarkan seperti :-























Antara hidangan tradisional yang boleh dicuba seperti Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak, Gulai Kawah, dan gerai-gerai yang memasak secara di bahagain LIVE di bahagian luar juga boleh diterjah!





Ada juga kepelbagaian kerabu dan hidangan istimewa yang biasanya kita jumpa di Hari Raya seperti lemang, ketupat dan pebagai lagi.








Menambah keseronokan berbuka apabila adanya sashimi dan makanan laut yang segar seperti oyster (tiram) serta pelbagai jenis udang. Dinikmati bersama sos yang disediakan satu kepuasan yang sukar digambarkan




Akhiri malam dengan pelbagai pilihan kuih-muih tradisional dan pencuci mulut yang menyelerakan dari pelbagai pilihan patisserie terbaik chef PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Kuih muih tempatan dan moden, serta tidak dilupakan pemanis arab juga ada disediakan.



Ada air balamg dan minuman panas. Sila cuba teh tarik disini, memang sangat umpphh!




Buffet ramadhan disini akan bermula dari 24 March hingga 21 April 2023.


Harga buffet :
RM228nett (dewasa)
RM114nett (kanak-kanak -6 hingga 11 tahun).


Diskaun diberikan untuk kad kredit dan debit terpilih.
*Early Bird dari 1 hingga 15 Mac: pembelian 4 pax, percuma 1 pax (4+1)- sahlaku digunakan pada 24 hingga 28 Mac 2023 sahaj. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.


Nostalgia Bazaaria Negeri di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur

Terletak di Aras 2 PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, ruang konvensyen telah dijadikan seperti bazaar ramadhan. Di mana memberi peluang untuk pengunjung merasai sendiri pengalaman mendapatkan makanan jalanan - Nostalgia Bazaaria Negeri.



Ditampilkan hidangan tempatan dari 13 negeri Malaysia yang berbeza seperti Savor Johor's Briyani Gam Lamb Shank, Melaka's Ikan Bakar Portuguese and Nyonya Asam Pedas, to the best of Penang's Nasi Kandar and Terengganu's Nasi Dagang with Gulai Ikan Aya.





Tidak lupa, juadah istimewa Malaysia Timur – seperti Ambuyat, salad anggur laut segar dari Sabah dan Ayam Pansuh dan Umai Ikan dari Sarawak.


Harga Buffet:
RM128 nett
Percuma untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun.


*Early Bird dari 1 hingga 23 Mac: 9 pax, percuma 1 pax(9+1) -Sah laku dari 24 Mac hingga 21 April 2023. Bayaran penuh diperlukan semasa membuat tempahan.


Untuk tempahan, sila hubungi di talian +603-2782 8493 / 8411 / 8391 / 8465 / 8491 / 8413.


No comments :