Sunday, January 15, 2023

VE'ERA, Set Penjagaan Rambut Asas Seperti Rawatan di Salon Walaupun Di Rumah

Hi Korang,

Rambut adalah mahkota wanita tidak kiralah samada berhijab mahupun tidak, keduanya mahupun rambut yang cantik dan sihat walaupun bertudung.


Kalau korang nak tau, jenama penjagaan rambut VE'ERA merupakan produk jenama tempatan yang diperkenalkan oleh Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong bersama isterinya. Mempunyai salon di Pulau Pinang yang telah beroperasi 7 tahun dan kini mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan set penjagaan rambut dibawah jenama sendiri - VE'ERA.

It All Starts with the Roots, tagline bagi VE’ERA yang mana tidak dinafikan lagi rambut yang cantik dan sihat bermula daripada akar rambut yang kuat. Menyedari tentang itu, VE'ERA diperkenalkan dengan 3 produk regim penjagaan rambut yang hebat iaitu syampu, hair mask dan hair tonic (tonik rambut).

pengasas jenama VE'ERA - Mr. Gin atau nama penuhnya Gin Kioh Xiao Zhong

Oh ya, VE'ERA membawa maksud V - Victory (kejayaan didalam kehidupan), E - External (selamanya hayat) dan ERA - bergenerasi. Dengan misi untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana dalam penjagaan kulit rambut kepala, VE'ERA dihasilkan dengan formulasi bahan-bahan organik seperti teh hijau (green tea) dan chamomile.

Produk penjagaan rambut VE'ERA sesuai untuk mereka yang memiliki rambut jenis normal, berkelumumur dan juga berminyak. Ini kerana formulasi didalam VE'ERA dapat merawat dari kulit kepala sehingga rambut.

Dengan formulasi teh hijau organik yang mempunyai sifat antioksidannya dapat menjadikan rambut bersinar dan beralun. Teh hijau juga memang telah terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah keguguran rambut dan mengatasi masalah kelemumur.

Manakala chamomile merupakan formulasi daripada tumbuhan yang boleh menyejukkan kulit kepala. Selain itu ianya juga sangat disyorkan terutama bagi mereka yang berambut perang. Ini kerana chamomile dapat membantu untuk mengekalkan rambut agar lebih bersinar.

Kesemua produk penjagaan rambut VE'ERA ini mendapat kelulusan KKM, menerima pengiktirafan GMP dan juga halal. Ianya selamat digunakan oleh golongan dewasa, tidak kira lelaki mahupun perempuan.


Meh kak lily citerkan serba sedikit mengenai 3 produk di bawah jenama VE’ERA ini yer.

VE'ERA Shampoo

Disyorkan penggunaannya 2 hari sekali. Namun tidak ada masalah jika mahu menggunakannya setiap hari. Syampu ini diperkenalkan bagi membantu mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat iaitu berkaitan dengan kegatalan kulit kepada (berkelumumur) dan rambut berbau. Ini terutamanya pada mereka yang berhijab sepanjang hari.

VE'ERA Hair Mask

Fungsi VE'ERA Hair Mask sama seperti perapi yang digunakan selepas rambut dibersihkan dengan syampu. Sapukan VE'ERA hair mask di setiap helaian rambut dan urut dengan lembut. Pastinya rambut akan menjadi lebih terurus dan tidak akan tersekat apabila disikat.

Formulasi didalam VE'ERA Hair Mask dapat memperbaiki keratin rambut agar tidak rosak, kuat dan sihat. Boleh diletakkan di kulit kepala jika terlalu kering di bahagian tersebut.

VE'ERA Hair Tonic

Untuk medapatkan hasil penjagaan rambut yang maksimun haruslah rambut diletakkan dengan VE'ERA Hair Tonic. Ianya dapat menyejukkan kulit kepala, mengawal minyak rambut dan juga memberi aroma yang cukup wangi.

Hanya spray VE'ERA Hair Tonic sebaik sahaja rambut selesai disyampu dan juga dirapikan dengan VE'ERA Hair Mask.

Pengalaman kali pertama mencuba Set VE’ERA

Baru tadi kak lily menggunakan ketiga-tiga produk VE’ERA ini dan ternyata ianya memberikan kepuasan bagi kak lily. Shampoonya senang untuk di bilas dan tidak memerlukan air yang terlalu banyak dan selepas menggunakan VE’ERA Hair Mask, rambut kak lily langsung senang di uruskan kerana ianya tidak tersangkut, pendek kata guna jari pun boleh.

Bagi VE’ERA Hair Tonik pula, ya ampun cukup-cukup wangi pabila di semburkan ke rambut, tidak perlu lagi pewangi rambut yang lainnya.


Jom Dapatkan Set Penjagaan Rambut VE'ERA

Untuk saiz biasa produk penjagaan rambut VE'ERA harga untuk satu set adalah RM210, berbanding jika beli secara ala-carte (satu-satu), jumlah yang perlu dibayar adalah RM267. Dan ini adalah jauh lebih menjimatkan. Set ini boleh digunakan dalam 2-3 bulan.

Manakala untuk saiz pek travel, harga satu set adalah RM99 berbanding jika dibeli secara ala-carte (satu-satu) jumlah ke semuanya adalah RM107.

Boleh dapatkan dari laman web VE'ERA, agen dan stokis VE'ERA. Untuk keterangan lanjut boleh layari:-


Jom follow social media VE'ERA ni tau.





No comments :