Friday, December 16, 2022

SINGGAH PENGERANG Semarakkan PIALA DUNIA Dengan PARTI BOLA KAW

Hi Korang,

Ini pertama kali kak lily ke Pengerang tau..

Not bad jugak lokasinya, tempat baru kan so semuanya baru.


Kalau korang nak tau yang Singgah Pengerang yang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe dengan mengajak orang ramai untuk menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka. 


Dianggarkan lebih 40 orang pengunjung termasuk para pempengaruh media sosial (Influencer), penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang telah hadir memeriahkan program tersebut.


Tetamu yang hadir pada program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah dihidangkan dengan makanan yang disediakan daripada Singgah Cafe. Turut memeriahkan tayangan Piala Dunia adalah pelbagai aktiviti lain antaranya ialah permainan mini, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.







Memang seronok semua orang, mana taknya sebelum tengok bola ktorang join mini games yang Singgah Pengerang anjurkan maka haruslah kak lily tak lepaskan peluang kan janji dapat kumpul hadiah hahahahaha.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi.

“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,” ujar Ahmad Shakir.



Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.

Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel. Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.

Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. dengan Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.

Yesza Morocco menang wei malam tuh!!

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari laman web www.singgah.com.my atau ikuti akaun Facebook dan instagram @SinggahPengerang atau emel ke rsvp.singgahpengerang@kopetro.com.my untuk membuat tempahan

Jom kita ke :


Singgah Pengerang Hotel
No. 21 - 25, Jalan Kelicap 3, 
Bukit Pelali, 81600 
Mukim Pengerang,
Pengerang, Johor

Tel : 07-824 6011

No comments :