Hi Korang,
Siapa yang tak kenal dengan pasaraya Lulu Hypermarket kan.
Kak lily memang suka membeli belah barangan dapur kat sini tau. Terkini Lulu Group telah membuka pasar raya kelima mereka di Setia Eco Hill Mall, Semenyih.
Sebagai salah sebuah organisasi runcit terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, pembukaan Lulu Hypermarket di kawasan Semenyih ini sekaligus memberi kemudahan membeli-belah yang dapat memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 penduduk setempat.
Of courselah kak lily di antara pengunjung yang begitu excited diatas pembukaan Lulu Hypermarket di sini. Dengan keluasan sekitar 36,000 kaki persegi bersama konsep rekabentuk ruang runcit terkini memberi lebih kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang berbelanja.
Untuk pengetahuan korang, LuLu di Setia Eco Hill ini luas dan ianya terbahagi kepada 2 tingkat iaitu
Level 1
Barangan Makanan, Keperluan Diri, Café untuk para pelanggan menikmati makanan
Level 2
Barangan Pakaian Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan Barangan Elektrik & Elektronik serta Peralatan Dapur.
Sepertimana yang kita boleh dapat lihat dari mana-mana Lulu Hypermarket terdapat beberapa bahagian produk yang dikelaskan dan disusun dengan kemas bagi memudahkan pelanggan membuat carian. Ada bahagian bakeri, masakan panas, barangan kering, hasil Buatan Malaysia, Daging, Ikan, Penjagaan Diri, Lulu Fashion Store, Lulu Celebrate (saree dan lain-lain), Lulu Connect dan pelbagai lagi.
Untuk info, LuLu Fashion Store menampilkan label fesyen tempatan dan antarabangsa manakala LuLu Connect menawarkan peralatan elektronik termasuk telefon pintar dan peralatan rumah.
Lebih meriah terdapat Promosi Pembukaan yang berlangsung dari 15 sehingga 18 September 2022 yang menawarkan pelbagai produk dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Disediakan juga hadiah percuma untuk pelanggan awal dan ini juga menjadi tarikan utama pelanggan berpusu-pusu hadir semasa pembukaan.
Promosi Pembukaan Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih
Sudah semestinya pasti ada pelbagai tawaran hebat di hari pembukaan kan.
Tawaran harga promosi pembukaan memang jauh lebih murah dari pasaran. Rata-rata pelanggan yang datang tidak akan melepaskan peluang mendapatkan produk yang ditawarkan pada harga promosi.
Antara produk yang ditawarkan pada hari promosi sehingga 18 September 2022 seperti:-
Ikan Talapia RM5.90 (Setiap seekor)
Minyak Zaitun RM4.99 250ml
Bawang kisar, serai dan halia kisar, diskaun 30%
Nasi Arab Mandhi RM9.99 per set
Ayam Goreng RM1.99 setiap ketul
Lulu Roti Kentang RM2.49
Croissant RM6.99 5 biji
Donut RM1.99 1 biji
Tomato RM2.69 Per Kg
Orange - 99 sen 1 biji
Nutrigen rm2.99
Dan banyak lagi barangan yang dijual pada harga promosi. Sanagat berbaloi. Murah dari harga pasaran.
Parkir ? Tiada Masalah yerr...
LuLu Hypermarket Setia Eco Hill mempunya tempat letak kenderaan yang mencukupi iaitu tempat letak kenderaan pelbagai tingkat.
Pastinya Lulu Hypermarket menawarkan variasi pilihan produk berkualiti tinggi pada harga rendah di bawah satu bumbung.
Jom kita ke :
Semenyih, Selangor
Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,
Website :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
Jom ke Lulu Hypermarket Setia Eco Hill Semenyih
No comments :
Post a Comment