Tuesday, September 27, 2022

KANCIL RAJA PAIS Kini Di Danau Kota, Jom Rasai Pais Sebenar

Hi Korang,

Malaysia memang terkenal dengan makanan-makanan yang unik tapi sedap dan enak, tak kira di mana jua pun ada je makanan yang sampai orang ramai sanggup ke sana semata-mata untuk merasai keenakan makanan tersebut.

Biasa dengan patin masak tempoyak kan ?? tapi pais ermm belum tentu lagi korang familiar.

Kalau nak tau Pais merupakan sejenis menu daripada ikan dan lain-lain yang di letakkan rempah-rempah yang dimasak dalam bungkusan daun pisang namun kini ianya mengunakan alumnium foil kerana kurang daun pisang di pasaran ketika ini.

Untuk ini Kancil Raja Pais aka KRP yang sebelum ini dikenali sebagai Kancil Raja Patin memperkenalkan menu-menu berasaskan pais untuk korang semua. Kalau korang nak tau yang Kancil Raja Pais ini merupakan pakar masakan tempoyak No. 1 di Malaysia berasal dari Temerloh. Ianya menggunakan bahan-bahan segar dari Sungai Pahang. Selain daripada mempunyai cawangan Kuala Lumpur, Kancil Raja Pais ini berpusat di bandar Temerloh.

Pendek kata, bagi pengemar ikan patin samada di masak gulai mahupun ingin merasai sendiri rasa pais sebenar, tidak perlu bersusah payah untuk ke Temerloh di hujung minggu kerana di Kancil Raja Pais aka KRP ada segala-galanya.


Menu Terbaru Di Kancil Raja Pais aka KRP


Kini Kancil Raja Pais aka KRP memperkenalkan lagi 2 menu terbarunya iaitu Sotong Salut Tepung Sos Tempoyak dan Udang Salut Tepung Sos Tempoyak


Sotong Salut Tepung Sos Tempoyak

Udang Salut Tepung Sos Tempoyak


Hidangan yang ringkas namun rasa sosnya terangkat

Ramai yang sedia maklum yang rasa asal tempoyak sebenarnya masam kerana penggunaan durian yang manis dan isinya yang tidak sedap tapi sos tempoyak yang Kancil Raja Pais aka KRP gunakan langsung tidak mempunyai ciri-ciri tersebut malah ianya manis namun ada rasa pedasnya yang tersendiri.


Bagi kak lily yang kurang meminati tempoyak terus sukakan kedua-dua hidangan ini di sebabkan sos istimewa ini.

Menu-Menu Istimewa Lain Di Kancil Raja Pais aka KRP


Selain daripada hidangan menu baru ini ada juga hidangan-hidangan berasaskan pais dan gulai tempoyak seperti




Set Patin Pais Bakar
Nasi, Patin Pais Bakar, Ikan Masin, Sambal, Ulam



Set Patin Kayu Api
Nasi, Patin Pais Bakar, Ikan Masin, Sambal, Ulam


Set Gulai Patin Tempoyak
Nasi, Patin Pais Bakar, Ikan Masin, Sambal, Ulam


Sifud Pais Tempoyak
Nasi, Sotong, Udang, Lala, Sayuran & Air


Keli Pais Bakar - RM 10

Dari kesemua menu-menu yang di hidangkan selain daripada sotong dan udang sos tempoyak, kak lily amat suka sekali Set Patin Kayu Api kerana aroma kayu api menusuk ke dalam hidung dan ke perut, hahaha terus nenambahkan lagi rasa untuk menambah nasi lagi sepinggan.


Harga Menu Di Kancil Raja Pais aka KRP


Umum memang sedia maklumlah harga ikan patin, tidak kira ikan patin sangkar mahupun ikan patin buah adalah mahal tapi tidak di Kancil Raja Paiias aka KRP. Dengan bertagline kan RASA DIRAJA, HARGA RAKYAT JELATA! kita sebagai rakyat marhaen memang dapat menikmati rasa pais ikan patin ni dengan tenangnya tanpa memikirkan harga menu-menu ini.

Memang selesa pabila makan di restoran Kancil Raja Pais aka KRP di Danau Kota ini, kedainya yang luas, bersih dan tak nampak serabut pun hah.

Oh ya selain daripada makan di restoran, Kancil Raja Pais aka KRP juga menyediakan perkhidmatan bawa pulang, cod mahupun khidmat penghantaran.

Jom kita ke :


Kancil Raja Pais aka KRP Danau Kota,
(Dahulu dikenali sebagai Kancil Raja Patin)
18, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah,
53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Landmarks : Sederet dengan 99 Speedmart Taman Setapak Indah, bertentangan Medan Selera Danau Kota



Waktu Operasi : 11 AM - 10 PM Setiap Hari
Daily Whatsapp: 013 432 6165



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook

Instagram

TikTok


No comments :