Thursday, June 9, 2022

Produk KANIKA FOOD – Senang Nak Sediakan Hidangan Jepun dan Promosi Bundle Set Bersempena dengan Hari Bapa

Hi Korang,

Sesuatu yang mudah lagi menyenangkan memang menjadi pilihan kak lily.

Dengan kita sibuk seharian kita para ibu sibuk bekerja di pejabat dan sebelah malamnya hanya baru berada di rumah, penyediaan makanan cepat lagi memudahkan amat penting sekali.

Tambah lagi hidangan yang disediakan itu benar-benar enak kena dengan selera. Selain daripada masakan melayu, kak lily sekeluarga juga amat gemarkan hidangan 'simple' Jepun seperti sushi



Untuk ini, kak lily gunakan produk-produk hebat jenama Kanika daripada HSH Frozen Foods Sdn Bhd. Produk Kanika ini boleh didapatkan di hampir semua pasaraya di Malaysia di mana ianya ditawarkan pada harga juga cukup berpatutan.

Apa yang menarik dengan produk Kanika sangat membantu dalam penyediaan hidangan tanpa mengambil masa terlalu lama. Contohnya seperti Breaded Scallop kita hanya nyahbekukan (defrost) seketika dan seterusnya terus boleh digoreng dalam minyak yang panas. Begitu juga dengan produk Chuka, hanya nyahbekukan (defrost) dan boleh digabungkan dengan pelbagai hidangan sampingan seperti sushi (beras jepun), salad dan tidak ketinggalan mee.

Untuk info, HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia. Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Kanika memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Selain itu Kanika juga telah dieksport keluar ke Hong Kong dan Singapura.

Promosi Bundle Set Bersempena dengan Hari Bapa

Bersempena dengan hari Bapa tahun ini, Kanika turut mengadakan promosi jualan set bundle pada harga RM127 sahaja. Dengan harga ini korang boleh jimat sebanyak 10% daripada harga yang ditawrakan di pasaran. Pembelian set bundle ini bermula dari 6 Jun sehingga 18 Jun 2022

Antara produk didalam bundle set ini antara lain seperti:-

1 x Black Jute Bag

2 x Udon

2 x Breaded Scallop

2 x Sesame Salad Dressing

2 x Chuka Wakame

2 x Chuka Hotate

2 x Chuka Idako


Chuka Wakame


Seaweed atau rumpai laut yang telah dijeruk. Mempunyai rasa masam-masam manis. Selain enak dinikmati dengan sushi (beras jepun). Boleh juga dijadikan hidangan sampingan bersama salad. Untuk ini kak lily gandingkan dengan nasi sushi sekali.


Chuka Kurage


Jelllyfish yang cukup lembut, punyai rasa masam-masam manis pedas ini kak lily  jadikan ianya di dalam gulungan sushi mudah lagi enak.


Breaded Scallop

Sesame Salad Dressing


Kak lily hanya nyahbeku Kanika Breaded Scallop seketika. Dan terus boleh digoreng dalam minyak yang panas. Memang ranggup sangat, sedap! Tambah pula dinikmati bersama Kanika Sesame Salad Dressing, ermm di makan begitu sahaja.

Chuka Hotate


Kak lily amat gemarkannya kerana teksturnya yang lembut serta rasa pedas-pedas sedikit. Kak lily letakkan di atas nasi sushi yang telah di bentukkan panjang dan letakkan di atasnya.

Chuka Idako


Ini antara menu yang popular di Restoran Jepun - Chuka Idako. 

Menariknya Kanika Chuka Idako ini kita hanya perlu nyahbeku sahaja dan serta merta boleh terus nikmati bersama hidangan lain. Rasa sotongnya masih lagi segar dan lembut ditambah pula dengan adanya sos perapan manis-manis memang sedap. 


Udon


Untuk mee udon ramai yang suka nikmatinya bersama dengan sup kimchi. 

Kak lily hidangkan mee udon ini bersama sup rebusan air udang. Makan panas-panas memang syok! Kalau nak lebih istimewa boleh tambah hirisan daging atau isi udang dan lain-lain.


Apa yang penting semua produk Kanika sangat mudah disediakan dan hasil hidangannya memang sedap memberi 1001 kepuasan. Teringin nak makan hidangan Jepun. Korang boleh sediakan bila-bila masa sahaja. Dengan menyediakannya dari rumah. Apa yang perlu hanya dapatkan produk Kanika di pasaran dan korang boleh realisasikannya dalam pelbagai jenis versatil hidangan.



Meh layan video kak lily yang simple ni dalam menyediakan hidangan sushi pelbagai rasa dengan produk KANIKA FOOD

 


Boleh dapatkan produk Kanika daripada pasaraya berdekatan ataupun di platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan Kanika Malaysia | Premium Quality Frozen Food Supplier



Untuk keterangan lanjut, boleh layari:-




Boleh juga hubungi terus:

Kanika Malaysia @Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor

Telefon:
1300-88-0707
010-2117549
012-9897424

Email:
customersvc@kanika.com.my


#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood 
#freedelivery #easyrecipe #easypreparation 
#japanesefood #chuka #appetizers #snackfood 
#halal #sesamesaladdressing #breadedscallop 
#udon #chukakurage #food #yummy #delicious

No comments :