Sunday, April 17, 2022

SURIA KLCC MEMBUKA TIRAI SAMBUTAN AIDILFITRI

Hi Korang,

Kumpulan Syarikat Suria KLCC mengalu-alukan ketibaan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman.


Pada 15 April 2022, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Esplanade KLCC. Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadhan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19.


Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd; Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen.

“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 - Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan,” ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau.


Penampilan pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun.

Bersesuaian dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita.

Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga juga turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk. Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall.

Para pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 1 Mei dimana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC.

Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ yang mana pengunjung boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial. Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri.

Kemuliaan Ramadhan turut di perhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022. Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan.

Program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021. Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia.


PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA

Tema Dusun Atuk turut diperkenalkan di Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya sehingga 2 Mei 2022. Program tebusan hadiah istimewa juga turut menanti para pengunjung yang berbelanja bagi setiap pembelian yang bernilai RM700 dan ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan layak menerima bekas kedap udara seramik dan sampul hari raya Alamanda.



Pelanggan yang membelanjakan RM1500 dan ke atas akan menerima hadiah tambahan yang mana tebusan layak di lakukan untuk setiap satu pengunjung setiap hari. Pelanggan yang berbelanja berdasarkan nilai tersebut akan menerima baucar daripada Manhattan Fish Market yang bernilai RM40 atau sehelai selendang esklusif dari Noor Arfa atau baucar beli belah Alamanda yang bernilai RM50.

Bagi menambah keriangan membeli belah, para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan aktiviti fesyen dan kecantikan yang menarik seperti tutorial pemakaian selendang serta aktiviti gubahan bunga hasil dari kolaborasi bersama pihak Alamanda, Bokitta dan Cempaka Sari.

Di dalam usaha mewarnai keindahan semangat hari raya, persembahan dan aktiviti tradisional seperti caklempong, angklung, inang dan tarian zapin turut dipertontonkan untuk menghiburkan para pengunjung. Tidak ketinggalan, aktiviti menganyam ketupat dan aktiviti origami pelita menggunakan cawan kertas untuk ahlli VIKids turut di adakan.

PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL

Dusun Atuk turut di perkenalkan di Pusat Beli Belah Mesra di Kemaman bagi memastikan sambutan Hari Raya kekal meriah. Sudut ‘Centre Court’ akan di hiasi dengan pelbagai hiasan pokok buah - buahan yang sinonim dengan suasana kampung.


Antara aktiviti menarik yang di adakan adalah aktiviti aplikasi ‘henna’ atau lebih dikenali sebagai inai yang akan berlangsung mulai 8 April sehingga 30 April dari jam 10pagi sehingga 10malam. Ini hanyalah sebahagian dari aktiviti menarik yang akan di adakan untuk para pengunjung.

Aktiviti kanak-kanak tidak ketinggalan apabila kanak-kanak perempuan yang berada dalam lingkungan umur 4-6 tahun dan 7-9 tahun masing-masing boleh menyertai aktiviti ‘Miss Little Kebaya’ pada 16 April yang mana mereka perlu memperagakan baju kebaya dan seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

Bagi memastikan keceriaan lawatan Pusat Beli-Belah Mesra, para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima bekas kedap udara seramik dan juga sepeket sampul raya Mesra.

Bersempena sambutan Hari Nuzul Quran pada 19 April, Pusat Beli Belah Mesra akan mengedarkan ‘bubuk lambuk’ dan 500 peket kurma pada para pelanggan dan pengunjung. Pihak pengurusan Mesra bersama pihak berkuasa tempatan dan juga penyewa Pusat Beli-Belah Mesra akan memberi sumbangan baju raya berserta duit raya kepada warga emas dari daerah Kemasek selaras dengan usaha tanggungjawab sosial.


Untuk info lanjut, layari:






No comments :