Hi Korang,
Walaupun kita berpuasa namun, aktiviti harian tetap harus di jalankan seperti biasa, betul tak??
Selalunya kak lily bersenam di hujung minggu, namun ketika bulan ramadan ini kak lily berjalan di sekeliling rumah untuk bersenam ringan sahaja.
Untuk korang yang suka bersenam ringan seperti kak lily ini, apa kata korang sertai kempen bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik menerusi kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ yang telah diadakan bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2022.
Kumpulkan keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa dan bergembira bersama.
Korang hanya perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah. Mudah, bukan?
Menerusi jumlah langkah itu, anda akan mampu meningkatkan jumlah langkah harian dan turut berpeluang memenangi hadiah yang O-some! Hanya Berjalan, WhatsApp dan Menang!
Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah ini :
1) Beli produk JACK ‘n JILL Cream-O bernilai RM5. Simpan resit pembelian anda!
2) Berjalan 10,000 langkah dan tangkap layar (screenshot) langkah anda yang direkodkan menerusi app kiraan langkah yang anda gunakan.
3) WhatsApp ke +6011 5500 1878 butiran diri, tangkap layar paparan app kiraan langkah, resit pembelian dan jawab satu soalan mengenai kempen ini.
Korang berpeluang untuk menjadi pemenang kempen ini!
Pemenang Hadiah Utama
1x Kad Hadiah Apple Store bernilai RM5,000
Hadiah Tempat Pertama
1x Kad Hadiah Apple Store bernilai RM1,500
Hadiah Pemenang Tempat Kedua
5 x Kad Hadiah JD Sports bernilai RM500 seorang satu
Hadiah Saguhati
40 x Pemenang hadiah saguhati akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM200
Setiap 10,000 langkah akan menyumbang 10 mata ke Dana JACK ‘n JILL Cream-O.
Berdasarkan mata kumulatif pada akhir kempen, JACK ‘n JILL Cream-O akan menyumbang sehingga RM15,000 ke Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia). Sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini bagi memenuhi keperluan Kembali ke Sekolah mereka tidak lama lagi.
Jom, sertai kami untuk hari yang O-some setiap hari! Kongsikan kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ dan pengalaman berjalan anda di laman Instagram, Facebook atau Tiktok anda. Lebih ramai, lebih meriah!
Mari usahakan ini agar lebih ramai berjalan demi kesejahteran kanak-kanak kurang bernasib baik serta peluang untuk memenangi hadiah yang O-some!
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.urc.com.my
#CreamOMY
#CreamOMYSelangkahJalanSedetikOsome
No comments :
Post a Comment