Hi Korang,
Kita sambung lagi citer makan-makan buffet ramadan 2022 ni ek.
Kali ni kita ke Lugar De La Boda yang terletak di Puchong.
Tahun ini, Lugar De La Boda, Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan.
Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.
Untuk menu utama, Lugar De La Boda di Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Sambal Sotong, Sambal Kerang dan banyak lagi.
Terdapat 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang Wajib cuba iaitu Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Tepanyaki Tokyo, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain, Fried Corner, Ais Krim Corner dan Soup Of The Day.
Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut.
Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.
Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda,Puchong telah pun bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022.
Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520
Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA
Jom kite ke :
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement.
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadan, food review bagi tahun 2022, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2022 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau
#buffetramadhan2022
#buffetramadhanselangor
#iftarramadhan
#buffetramadhansedap
#buffetramadhanhanana
#buffetramadhanpuchong
#buffetramadhanputrajaya
No comments :
Post a Comment